Wednesday, October 11, 2023

Event World Mental Health Day

Assalamualaikum...

Semalam satu entry je kat blog ni ye..ya allah semalam SA busy sangat- sangat. Pagi ada event World Mental Health Day. Ada talk dari doktor pakar psychiatry yang didatangkan khas dari KPJ Ampang Puteri.

Semalam 10 October 2023 merupakan World Mental Health Day. Menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Tema tahun 2023 ialah "Mental health is a universal human right". Bersempena dengan ini banyak organisasi mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Antara aktiviti yang sentiasa dilakukan adalah advokasi kesihatan mental secara dalam talian, webinar, kempen jalanan dan bual bicara.

Pakar Psychology jemputan kali ini adalah Cik Ummu Nazra Nadzam. Banyak info tentang kesihatan mental yang kami semua dapat semalam.



Sebelum ceramah bermula kami semua digalakkan untuk menyertai game menguji minda yang disedikan oleh team HSSE. Memang nampak semua yang join enjoy la sebab setiap permainan atau game disediakan hadiah















Stigma mengenai kesihatan mental masih lagi tinggi. Pendidikan kesihatan mental di fokuskan demi mencapai sifar stigma dan mewujudkan masyarakat yang celik kesihatan mental. Company SA bekerja turut mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada semua staff betapa pentingnya mengutamakan kesihatan mental. Adakala kita tak sedar kita mengalami ganguan mental kan..





 
SA dapat souvenir lilin wangi ni..letak kat cubicle SA waaa...wangi dan tenang aje..kalau bakar lagi wangi kot..SA pilih warna purple ni..bau dia sedap..diorang beli kat IKEA..





SA main game draw your mental expression so dapat hadiah ni..bagus bleh letak supplement


Anggota masyarakat perlu bersama-sama menjaga, memberi pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan memacu tindakan menggalakkan serta melindungi kesihatan mental yang sebenarnya hak asasi manusia. Ramai aje antara kita dalam masyarakat sekarang mengalami ganguan atau mengalami masalah kesihatan mental atas bermacam- macam faktor untuk itu sebagai rakyat Malaysia, kita mesti berusaha mewujudkan keadaan kesihatan mental diutamakan dan setiap orang boleh mendapatkan bantuan tanpa rasa takut atau malu. Pergi ke saluran yang betul untuk dapatkan rawatan.

SA berpendapat agar event atau program kesedaran ini memang patut dijadikan aktiviti tahunan mana- mana organisai agar dapat memupuk dan memberi kesedaran kepada semua masyarakat. Kalau bukan kita sendiri atau ahli keluarga kita ada yang mengalami masalah ini maybe kita boleh suggest kepada kawan- kawan kita yang terlibat untuk mendapatkan rawatan. Sebab masalah kesihatan mental ni adalah masalah kesihatan yang orang malu untuk ketengahkan. Jadi kalau ada dikalangan kita atau orang- orang terdekat dengan kita mengalami masalah ini boleh la kita suggest kepada mereka untuk dapatkan rawatan sewajarnya...

4 comments:

  1. Bagus ada aktiviti macam ni kat ofis. Kat tempat saya kerja dulu, ada disediakan servis kaunseling jugak untuk staff yg memerlukan khidmat kaunseling. Semuanya memang P&C, HR pun tak boleh tau maklumat siapa yg pergi dapatkan khidmat kaunseling tu.

    ReplyDelete
  2. bagus sgt ada prog2 mcm ni.. betul kak, kadang2 kita x perasan kawan2 yg dekat je yg kita ada masalah but diaorang pendamkan..bahaya tau. so bila ada prog2 mcm ni..at least ada la kesedaran bagi kita & bagi side kawan kita tu...
    best nya siap ada goodies & hadiah lagi

    ReplyDelete
  3. very good event ni!! patut kena buat kat semua tempat for awareness

    ReplyDelete
  4. bestnya kak bengkel atau event gini

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......