Tuesday, September 26, 2023

Throwback ~ Catering Aliran Iman Enterprise Terbaik

Assalamualaikum...

Kita throwback lagi...sementara tak busy pagi ni kan...bercerita tentang catering memang penting zaman sekarang..zaman la ni memang takde dah nak buat kenduri rewang- rewang..kebanyakkan saudara mara dan ahli keluarga dah tak larat sebab dah berusia kan..apatah lagi Pak Zain dan Mak Pah. Ikutkan Pak Zain x bagi amik catering tapi cakap kat dia kita dah takde sape nak harap dah..semua orang busy dengan kehidupan masing-masing kan..anak- anak muda takdenya yang nak membantu de..baik diorang naik moto berlumba kat mana- mana..baik main handphone je berkurung dalam bilik..akan datang tak tau la macam mana generasi kita..rindu la nak merasa kenduri rewang- rewang macam kat kampung dulu- dulu kan..lepas tu pupus ditelan zaman dah...

Walaupun mahal..tapi bagusnya catering ni..rumah tak berkecah kan..takde dah orang-orang tua sibuk nak bungkus2 lauk padahal kenduri tak habis atau tak mula lagi..hahaha...adoiiii...bab ni memang viral..orang blom start makan dia dah bawak plastik nak bungkus lauk...

SA pilih caterer ni lepas SA makan lauk dia sedap- sedap semasa kenduri bertunang anak buah SA..rupanya caterer ni kawan abang sepupu SA..sebab tu SA ambil..dia siap ada pakej dan SA ambil pakej paling murah RM13.50 per pax untuk 1000 pax...semua complete ye..



SA amik pakej Gangsa add on 1 Khemah untuk pelamin dan segala keperluan pelamin bawah khemah..
Total keseluruhan RM13,670.00. 
untuk makanan SA pilih Nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca sayur, acar bombay, papadom, air teh dan air oren serta buah oren..
DJ/PA System dan Kek 2 tingkat juga tempat makan pengantin sekali lauk2 pengantin..
Jimat dan berbaloi kan?
















Alhamdulillah...

SA puas hati sangat dengan caterer ni..SA serah bulat- bulat arrangement pada owner caterer, susun atur macam mana semua SA serahkan kat dia..dia pun cakap suka berurusan dengan SA sekeluarga..x banyak kerenah dan ikut ajer apa yang dicadangkan cuma last minute SA tukar kekedudukan pelamin atas cadangan wedding planner..dengan wedding planner SA x dapat seperti apa yang dijanjikan..pelamin SA pun sebenarnya buruk..memang lakaran apa segala termasuk bunga dan tempat duduk dari idea dan impian SA..tapi apa yang SA dapat x seperti apa yang SA nak..takpe la dah lepas dan tak sempat nak tukar pun masa tu..janji dalam gambar pelamin nampak cantik..

Berbalik pada caterer, diorang bersihkan semua tempat yang diorang guna sampai takde sebutir sampah pun ye..caterer macam ni yang kita nak kan...Pak Zain memang puas hati..x perlu ka i nak bersihkan dan lepas kenduri terus boleh rehat...makanan balance termasuk makan pengantin pun dia bagi kat tuan rumah semua ye..dapat lah kami bahagi- bagi kepada jiran dan saudara mara terdekat..

Owner caterer siap jemput SA dan family datang kenduri lain yang diorang cater sebagai tanda terima kasih Sabtu lepas cuma SA x sempat nak pi masa tu SA ada kat JB..insyaallah kalau SA nak kenduri apa2 termasuk kenduri doa selamat ke..SA nak amik caterer ni..keep in touch la kan..dan dah banyak juga SA recommend kat sedara mara dan kawn- kawan..ramai memuji especially kawan- kawan office..

SA recommend perkhidmatan caterer Aliran Iman Enterprise...kalau korang ada cadangan nak buat kenduri, broucher kat atas tu so korang boleh contact diorang ye...

8 comments:

  1. PH suka nasi minyak aritu SA, lembut dan sedap sangat 👍👍👍
    Dan berbaloi sgt pakej tu, siap dgn DJ & PA system. Terbaik!

    ReplyDelete
  2. makanan sedap, pakej menarik dan sempurna memang best kan SA....adik adik haritu 2 orang yang last tu ambik catering sama sebab bagus dan memang dia cuci lantai semua sebelum balik. mereka jaga kebersihan tu yang kita pun kagum cara kerja gitu

    ReplyDelete
  3. Terbaik la catering macam ni, makanan pun sedap, not bad 👍🏻 berbaloi sgt2 pakej tu siap dgn kek pengantin, DJ & PA system, lepas majlis kemas & bersihkan tempat. Kurang sikit penat nak mengemas lepas majlis

    ReplyDelete
  4. memang nk dtg sgt, tapi..same pulak date dgn sepupu punya wedding di Bt Pahat

    ReplyDelete
  5. Review yang bagus ni. Alhamdulillah dapat cateriing yang sedap pun 1 rezeki jugak tu

    ReplyDelete
  6. terbaeklah entry review gini..bagus utk future customers

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...semua nya berjalan dgn lancar. bab makanan ni memang risau kan...
    but syukur semuanya ok..plus sedap lagi..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... sangat berbaloi dengan harga tu SA dan semuanya pun berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......