Assalamualaikum...
Hi korang...
SA dah dapat gambar dari OP, jom la kita throwback. Gambar kat bawah ni gambar yang SA dah siap pilih...gambar terlampau banyak..Rasanya semua dah tau SA nikah di Pejabat Agama Daerah Seremban. Ada la sebab- sebab tertentu yang SA x perlu share kat sini. Pelbagai halangan semasa kami uruskan pendaftaran pernikahan. Tapi takpe la benda dah lepas janji SA dah selamat nikah.
Seawal 8.30 pagi Jumaat, 1hb September 2023, SA dah ready kat Pejabat Agama. Nikah di pejabat agama ni hanya dilakukan setiap hari Jumaat pagi sahaja dan bukan SA aje pasangan yang dinikahkan tetapi termasuk SA ada 8 pasangan dan giliran SA pasangan yang ke 3. Kat sini memang strict ye kawan- kawan. Tak boleh ramai hanya 7 orang yang dibenarkan masuk untuk setiap pasangan bernikah termasuk pengantin. Sebab tu SA rasa x best..ramai tak dapat raikan majlis nikah SA..hanya Adik dan Pak Zain serta Abang Ipar dan biras SA yang ke Mekah tu.
Alhamdulillah pernikahan kami berjalan dengan lancar. dengan sekali lafaz kami selamat dinikahkan. Takde soal jawab atau syarahan yang lama cuma basic-basic aje yang Kadi inform masa tu. Sebabnya kami pasangan yang dah pernah berkahwin. Senang la kerja kan...tak lama pun sesi kami..dalam 15 minit macam tu selesai..paling cepat..
Debaran waktu ni..haha..
Khusyuk dengan syarahan
Tak ingat plak sebab apa kami tergelak, tersengih da tersenyum ni..
Mas kahwin RM200 dan seutas gelang tangan
Alhamdulillah selamat bergelar isteri kepada Khairul Khaidi Adrutdin
Bacaan taklik
Sign ye jangan x sign
SA pun sign
Penyerahan mas kahwin
Syukur alhamdulillah...
Selamat dah semuanya...pelbagai dugaan kami tempuh untuk menjayakan impian kami...Alhamdulillah akhirnya allah permudahkan..
Masa ni SA dengan demam, batuk dan selsema..tapi waktu akad nikah tu tak batuk...SA dikenakan bayaran RM310 untuk Kadi, Saksi dan jugak mini pelamin untuk bergambar...bergambar kat pelamin tu la sebab OP x dapat cover kalau nak amik gambar kat pelamin kat rumah. itupun dugaan jugak..tapi takpe la..dugaan besar dapat kami hadapi inikan pulak hanya masalah OP kan...
Next SA akan citer bab bergambar di mini pelamin yang disediakan pihak Pejabat Agama Daerah Seremban...panjang lagi kisah ni ye..rasanya sampai hujung bulan ni pun x habis2 lagi...takpe lah nanti SA selang selikan dengan citer lain supaya korang tak boring..
Ramai dah tanya nak tengok gambar majlis SA ni...SA cuba cepatkan perkongsian ye...
tahniah SA. sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk SA.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah selamat wpun byk dugaan rupanya.
ReplyDeletedun wori, tak boring.. mmg tunggu cerita majlis SA ^__^
ReplyDeleteAlhamdulillah, tentu legaaaa bila semua urusan selesai. Tahniah SA dan suami..
ReplyDeleteTakpe, segala dugaan tu dah jadi kenangan... dah selamat dah SA bergelar isteri kpd en suaminya 🤲
ReplyDeleteAlhamdulilah. Akhirnya selamat disatukan.
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah kak..bersatu jgk akhirnya..:)
ReplyDeletealhamdulillah..semuanya dah selamat dah.. congrats again kak..
ReplyDeletegoodies dpt hari tu kak..dont worry.. :-)
Alhamdulillah, akhirnya selamat semuanya. Tahniah SA
ReplyDeleteTak pernah boring pun baca cerita ka SA 😄. Pasti saya ikutin semuanya.
ReplyDeleteCantiiik di sini dandanan kakak. Warna putih tuh tak semua orang bisa pakai. Saya tak cocok. Wajah jadi kusam. Tapi Kaka di sini baguus sangat. Berseri di kulit.
Alhamdulillah....nampak seri pengantin tu
ReplyDeletecongrats again and again...cute jer gmbr mas kawin dan gelang tgn tu..niceeee
ReplyDeleteMasa suami baca lafaz taklik tu dulu ammi nangis dah…goosebumps terus
ReplyDeletetahniah kak
ReplyDelete