Monday, September 11, 2023

Lauk Beli Je...

Assalamualaikum..

Memandangkan tadi kat kampung kan amik buah...so lambat la kami balik..nasi memang dh masak..lauk je x sempat nak masak so SA decided beli lauk je..eh x kuasa la nak susah payah masak balik rumah lepas penat2 ambik buah kat kampung..

Kali ni SA cuba beli lauk kat The Rimba Paroi...x pernah makan kat sini..diorang ni memang meniaga lauk untuk makan tengahari. Time meniaga 11.00pagi sampai 5.30 petang je....boleh tahan gak menu banyak kat situ..x sempat la SA nak explore semua..mana yang dan aje la..

Kat sini nak bungkus lauk pekerja yang bungkuskan ye..keutamaan diberi untuk pelanggan yang dine in..nak bungkus boleh tapi kena la pekerja yang cedokkan lauk..for me bagus jugak..so xde nak suaah payah..request je nak bungkus lauk apa..end up tunggu kat kaunter, bayar dan balik







Banyak lauk pauk dh mula habis kan..so x sempat la SA nak explore snap gambar..mana yang ada je la..

Jom tengok apa SA beli


Ikan patin tempoyak bahagian ekor ni seketul je..


Daging salai masak lomak cili api campur bacang, pucuk ubi, terung telunjuk dan terung pipit...semua dicampurnya ha..SA beli 2 mangkuk kecik..


Kerang rebus 2 mangkuk


Kicap kerang rebus ni free je


 Telur dadar ni buat sendiri..

Boleh tahan sedap lauk2 kat sini..patut penuh ngan orang..kebanyakkan yang kerja2 kerajaan dan kerja opis2 la kot..banyak kereta besar2 yang parking kat The Rimba ni...

Harga?

Takde la mahal sangat untuk SA...3 lauk ni cost me RM43..boleh la tu.kalau kat kedai Nasi Padang confirm RM60 ke atas..cuma satu la..daging salai tu xde bau salai..maybe bakar dalam ketuhar kot...i dont know..maybe la...kalau real salai dan ada bau smokey2 tu sure lagi mantop..rindu plak nak buat saging salai sendiri..nanti la tunggu En Suami balik sini hujung bulan nanti..

Apapun lauk dia sedap berasa...nanti boleh la bawak family makan kat sini..boleh bawak En Suami jugak...SA tanya tadi diorang x bukak malam ke..diorang kata x...diorang meniaga sampai 5.30 petang je...

Recommend  ke tak The Rimba ni?

SA blom dine in lagi kat sini..nanti dh dine in nanti baru SA share erk..ikutkan rasa lauk yang tapau td..sedap memang la sedap..nanti la kita cuba dine in..

6 comments:

  1. Lepas ni kalau penat nak masak dah tau la nak beli lauk kat mana.

    ReplyDelete
  2. berbaloi lauknya okey sangat harga tu SA.

    ReplyDelete
  3. Kerang dan ikan patin pilihan saya. Hehe.

    ReplyDelete
  4. nampak mcm menarik tu kak...nanti review ek, dap tak?

    ReplyDelete
  5. tengok tu pun dah tahu mesti sedap eehehhe... rupa dia tu nampak sayurannya tu pekat cukup santan, terliur pulak nengok

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......