Monday, August 21, 2023

Tengok Wayang Film Rahsia Di GSC Palm Mall

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, lepas urusan SA dengan Wedding Planner kat Senawang, Dania mintak nak tengok wayang citer RAHSIA ni...SA sebenarnya malas nak tengok citer hantu ni...tapi layankan aje..ini la time kami bertiga nak habiskan masa bersama kan..Dania pun blom berapa ngam lagi ngan Uncle dia ni..masa bincang persiapan perkahwinan kami bertiga rasa serasi plak..Dania dah mula ringan mulut dengan uncle dia..syukur la kan...

So kami tengok tayangan pukul 2.00 petang...awal- awal dah booked tiket guna apps GSC...

Ye..citer dia takde la seram mana pun cuma banyak jump scared dia la..yang paling terkejut of course la En Tunang....dia bab Jump Scared memang x berapa nak berani..hahaha...Filem ini merupakan versi remake, reboot atau tampil semula daripada filem yang pernah memenangi Filem Terbaik di Festival Malaysia ke-7 (FFM7) pada tahun 1987 iaitu tajuk yang sama 'Rahsia'.



 

Kami tengok show pukul 2.00petang


Okeh dah boleh masuk


Selfie dulu



Us..


Kudapan nak melayan movie..


Hall 8


Kami bertiga lagi



Panggung x penuh lagi...


So...okey ke citernya...

Korang ada yang dah tengok blom...kang citer kat sini jadi spoiler plak...

Sinopsis Filem Rahsia 2023

Filem Rahsia mengisahkan tentang Ramlah iaitu seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful.

Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu.

Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat. Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Korang kena tengok sendiri la kalau nak tau misteri disebalik kehilangan Saiful anak lelaki Ramlah tu..

SA bagi 7/10 

Ada la here and there yang x masuk dengan jiwa SA..SA x nak jadi spoiler so korang kena la tengok sendiri nanti...ok?


Credit sinopsis : Myinfotaip.com

17 comments:

  1. Ada iras la muka uols :D
    Filem asalnya dulu mmg seram. Yg baru ni dengarnya dapat good review jugakkan...

    ReplyDelete
  2. betul2 mistik ke tak? suspens sungguh ni Kak.

    ReplyDelete
  3. MZ ada baca review jugak...MZ suka baca citer2 mistik tp bab2 filem, memang tak laaa sbb nanti jd stress tak enjoy hahahhah (MZ ni 'berani' la orgnya hahahhahah)

    ReplyDelete
  4. Dania buat nota ke, masuk cinema bawa notebook tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la kak..nota tu sebab sblom tu kami bincang perjalanan majlis SA...

      Delete
  5. Agak serem juga film begini, sudah lumayan lama gak pergi ke bioskop,selamat menonton

    ReplyDelete
  6. wah dating bertiga ye. seronok tgk kak SA small family gathering gini. ermm cite melayu saya mmg tak expect tinggi sgt

    ReplyDelete
  7. morning.. wah, memang x la kan cita hantu ni.. Iris heboh nak gi tgk..
    coffee?.. of coz awal pagi lagi dah minum dah

    ReplyDelete
  8. lama tk tgk wyg...ada tgk nabila update psl filem dia ni

    ReplyDelete
  9. cite hantu memang tak minat nak layan lah... entah nape entah hehehehe

    ReplyDelete
  10. Ala, nak pergi tengok tapi takut tengok sorang2 hahaha

    ReplyDelete
  11. Ikut rate tu kira macam okay jugaklah untuk ditonton kan. Lama rasanya Malaysia tak keluar cerita seram. Yang reboot ni mesti ramai nak tengok.

    ReplyDelete
  12. Nak tengok movie ni tak boleh sorang2. Kena bawak Dania jugak la. Haha.....takut banyak terkejut je nanti.

    ReplyDelete
  13. Harap2 masuk viu atau Netflix setelah turun dari pawagam. Saya beberapa kali nonton film Malaysia dari Netflix atau viu. Tapi jarang nonton yg horor. Biasanya komedi atau romance. Skr nih lagi ada The Bridge pula di Viu. Menarik ceritanya.

    ReplyDelete
  14. kakak Dania tak lepas buku nota ditangan ye...betul2 wedding planner mama ni,asal terlintas je mesti nak catat dulu kan nanti lupa..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......