Saturday, August 26, 2023

Resepi Kari Udang Harimau By Pak Zain

Assalamualaikum...

Khamis lepas SA masuk kereta jer terus Pak Zain cakap dia masak kari udang harimau..campur terung yang dia petik kat pokok..laaa..x sempat SA nak petik..biasa Sabtu SA akan petik apa yang patut kat kebun depan rumah tu....

Hari ni SA nak share Resipi Kari Udang yang sedap. 

Kari Udang sememangnya lauk kegemaran SA, memang la SA suka sebab SA bleh makan banyak..Dania x suka, En Tunang kureng skit bab udang2 ni..dia sama macam Dania, benda yang kena kopek memang dia x berapa minat..bagusss..SA bleh makan lebih. Resepi ni untuk sesiapa yang tak tau nak masak apa dengan udang, sila lah cuba. Selalunya SA akan padankan kari udang bersama tomato, terung atau kosong aje, tapi boleh juga kalau nak letak bahan lain yang korang suka.

10 tahun lepas SA x pandai masak kari..lepas Mak Pah sakit dan x boleh memasak lagi terus SA belajar masak kari...senang dan sekarang dah pakar dah..eh..xde la pakar sangat..dah boleh la masak kari yang sedap...setakat nak masak kari time2 buntu x tau nak masak apa dah boleh la...




Resipi Kari Udang Harimau

Bahan-bahan:

  1. 500 gram udang sederhana besar
  2. 2 sudu besar rempah kari (PZ guna kari ikan Babas), bancuh dengan sedikit air
  3. 1 sudu kecil halba campur
  4. Setangkai daun kari
  5. 2 biji Terung, potong memanjang besar
  6. 2 cawan santan pekat ( PZ guna santan kotak)
  7. 1 sudu besar bancuhan pati asam jawa
  8. Bahan tumbuk halus:
  9. 5 ulas bawang merah
  10. 3 ulas bawang putih
  11. 2 cm halia
  12. 2 cm kunyit hidup

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:

  1. Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (PZ tidak buang kulit).
  2. Panaskan 1/2 senduk minyak. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari, Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau supaya tidak hangus. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.
  4. Masukkan  air asam jawa dan santan  
  5. Kemudian masukkan pula terung. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam dan secukup rasa.
  6. Udang masukkan last..sebab udang x perlu masak lama- lama..

Tip:

  1. Udang jangan dimasak terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan tidak enak / overcooked
  2. Seeloknya guna udang harimau sebab kulitnya keras dan isinya lebih manis..udang laut pun ok cuma kena pastikan betul2 fresh...
Selamat Mencuba....


7 comments:

  1. Sedap udang ni jika dimasak kari, cuma kena tambah sayur macam ni la agar nampak meriah.

    ReplyDelete
  2. Saya pun share resepi kari juga. Tapi kari ikan.

    ReplyDelete
  3. sedapnya!! MZ memang suka mkn udg hehhe

    ReplyDelete
  4. Pun suka makan udang tapi nak buat resipi ni nak kena cari udang harimau gak la....

    ReplyDelete
  5. uishh sedap bangat ni..kna buat jgk ni..:)

    ReplyDelete
  6. wah..sedap sgt nampak ni.. yum yum...

    ReplyDelete
  7. Thank you resepnya kak SA ❤️. Saya pun sukaaaa udang. Bersyukur memang kalo ada keluarga di rumah yg tak suak. Jadi kita bisa puas makan yaaa 🤣. Sayangnya di rumah saya semua penyuka udang hahahaha. Jadi memang hrs banyak lah masaknya biar puas.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah