Assalamualaikum...
Lama dah SA x share petua kan? tengah scroll FB tadi terjumpa petua ni...rasanya masalah ni memang kita sebagai ibu selalu hadapi kan...especially bila tukar jenama beras...rupanya ada sebab dan ada petua untuk elakkan nasi kerap basi. Kalau kat kampung- kampung diorang punya predict selalunya ke arah perkara yang mistik kan..wallahualam..ada betul dan ada jugak salahnya..x kan semua nak dikaitkan dengan sihir kan..percaya boleh cuma tak boleh taksub sangat..
So SA share ye kat sini untuk panduan kita bersama..mana tau dengan gunakan petua ni boleh elakkan dari masalah nasi kerap basi. Ye la..beras bukan murah ye tak?satu kerugian bila kerap plak nasi basi...
Nasi asyik basi?
Dah kerap nasi jadi basi?
Nasi jadi basi berkali kali maka periuk pun penuh bakteria.
Bila dah 2 atau 3 kali basi pasti nasi akan kerap basi.
Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.
Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cept basi.
Petuanya:
Cuci periuk dengan sabun bagi bersih.pastu masukkan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping atau lebih banyak lebih bagus.tambah sedikit ja air supaya air garam dan asam dapat bersatu
Kisarkan periuk dengan tangan selama 3-4 minit .pastu biarkan selama 15 minit.
Ulangi 3-4 kali.
Buat dekat tudung periuk sekali-sama.
Pastu cuci dengan sabun.
Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali. Pastu didihkan selama 15 minit dengan air bersih.
Pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali.
Masalah akan berulang.
( Untuk lebih lumayan hasilnya : sila direbus dengan 4 cawan air sehingga tinggal 1 cawan air sahaja-semua kuman akan mati.)
2. Untuk cucian beras yg terakhir jangan dicuci dengan tangan.cukup anda mengocak ngocak air dalam periuk dengan teknik menggongcang tangan.sebab air bila terkena tangan atau kulit ia mudah basi. Lakukan 2-3 kali teknik ini.
Selepas dah dituang airnya masukkan air baru tanpa terkena kulit atau tangan mengikut sukatan paras air untuk beras masing masing.
Lumayan hasilnya sampai petang esok pun masih boleh makan nasi tersebut.
3. Masak orang kaya-guna air tapisan biopure atau air mineral atau air masak sejuk….conform tak akan basi .
Kalau ada nasi lebih dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat.masukkan kedalam peti ais bahagian buat ais tu...bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau...
Cara stim:
Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk letrik dan tambahkan sedikit air panas.tekan cook’. Buka dah panas...nasi akan jadi cantik semula dan lembut dimakan.
Lagi satu caranya jika anda ada microwafe:
Masukkan kedalam mangkuk tahan panas ..basahkan 2-3 helai tishu, perah air perlahan lahan...buka semula tishu tadi dan letak/tudung diatas nasi tadi...tekanlah cook selama 5-10 minit.
Anda akan dapatk Nasi tadi jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak.
( teknik ini juga boleh diguna pada microwave)
Cara panaskan :
Tambah air panas/minum sikit tapi sebelum tu masa awal awal nak buka tudung periuk tu..buka perlahan lahan supaya wap ditudung periuk tu tidak menitis masuk semula kedalam periuk setelah semalaman bertudung sebab wap inilah yang akan membuatkan/mempercepatkan nasi jadi basi. ELAKKAN WAP YANG ADA DITUDUNG PERIUK TU JATUH SEMULA KEDALAM PERIUK.
Semoga bermanfaat buat semua...
Kredit : Group Resepi Kuih Muih FB
kalau nasi mula mudah basi, saya pun akan rebus air dalam periuk ni. Taruk daun kari, rempar ratus macam kulit kayu manis, cengkih semua tu. lepas tu kering periuk atas api
ReplyDeletePerkongsian yang menarik. Nanti LeYa akan cuba buat petua ni. Tq Kak SA
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeletegood sharing sis.. tq for the tips!
ReplyDeletegood sharing kak..bagus ni..:)
ReplyDeletePart yg kata bahagian last jgn kene kulit tu acaner nak sukar air kalau tak kene kulit?
ReplyDeletestress juga bab nasi basi ni. dulu selalu jadi..
ReplyDeletetq sharing kak...
ReplyDeletePerkongsian berilmiah.
ReplyDeletethanks for sharing kak... pernah jugak terbaca di fb ni
ReplyDeletesaya selalu gak beku kan left over rice tu...bila nak guna panskan dengan microwave..selalu guna nasi ni utk buat nasi goreng ja
ReplyDeletewalaupun nasi beras siam lambat basi..boleh cuba ni
ReplyDeletemenarik juga petua ini....pernah cuci periuk dengan air asam jawa ..dan hasilnya tidak mengecewakan
ReplyDeleteTk perkongsian bermanfaat
ReplyDeleteIni juga masalah saya sejak tukar rice cooker 🤣. Rice cooker lama dari brand jepang, dan bertahan 8 tahun. Nasi tak cepat basi.
ReplyDeleteTapi saat saya ganti ke brand lokal yg murah, di situlah masalah basi berulang hahahaha
Tapi nak ganti rice cooker, sayang duitnya.
Makanya saya skr nih masak nasi secukupnya, utk siang lalu masak lagi utk malam.
Tapi nanti nak coba cara Kaka. Ada juga yg bilang peras jeruk nipis sedikit. Asamnya tak akan bikin nasi masam. Tapi itu akan membunuh kuman penyebab basi