Friday, August 25, 2023

Perkongsian Jumaat ~ Allah Maha Besar

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua...

Hari ni SA sampai KL pukul 6.55am..dalam bas tadi pagi sebelum SA tido..ada la scroll FB dan terjumpa cerita ni..bagus untuk pembacaan dan bagus untuk dijadikan tauladan..SA copy and paste kat bawah supaya semua boleh baca dan akan datang SA boleh baca lagi untuk panduan kehidupan..

Kisah yang sangat menginsafkan..



 Allah Maha Besar

5 minit tadi aku singgah beli nasi lemak tepi jalan. Kakak yg jual tu lebih kurang sebaya aku.

Aku pelanggan ke 3 yg beratur. Depan aku ada sorg brother dan kakak tu tgh sediakan beberapa bungkus nasi lemak utk customer paling depan.

Sempat la aku dgr sembang kakak tu dgn pelanggan depan sekali seorg perempuan. “Lambat sikit hari ni sebab anak kecik meragam sebelum keluar berniaga”, katanya.

Maka aku assume dia keluar berniaga utk tambah pendapatan membantu suami atau untuk menyara kehidupan dia dengan anak keciknya. 

Nampak dia kelam kabut maybe sebab org dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus utk customer first tu. Aku tgk dekat 7 bungkus gak tp sebab kakak tu sorg yg buat semua so kena tunggulah.

Mungkin juga dia tak nak kehilangan pelanggan buatkan dia kelam kabut. Kalau lama sgt org beratur dan tunggu, org akan pegi. Kalau betul ini yg aku jangkakan, kesian kakak tu. Mungkin dia perlukan jualan yg byk hari ni untnk dia tampung kehidupan. Hiba jap aku.

Tiba2, dia terlanggar bekas telur mata kerbau atas meja. Terbarai semua jatuh ke tanah. Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan. Modal tak dapat, customer nak ada telur mata dalam nasi lemak pun dah xda. Aku dan brother yg berdiri depan tolong dia kutip dan kemaskan. Kami biarkan dia selesaikan urusan dengan pembeli pertama.

Sampai giliran brother tu, dia order 2 bungkus nasi lemak. Aku tgk je muka kakak tu, nampak berlinangan airmata dan dia tak berhenti minta maaf sebab lambat uruskan pelanggan yg first tadi.

 “Maaf cik, lambat dan terpaksa tunggu lama”, katanya pada brother tu. 

Aku tengok brother tu senyum je.

Masa nak bayar, aku nampak brother tu keluarkan wallet. Aku nampak byk not RM 10 dan RM 5 tp dia keluarkan not RM 50. Nasi lemak brother tu dalam RM 6 je. 

“Cik takda duit kecik?”, tanya kakak tu. “Saya ada ni je kak”, balasnya sedangkan aku nampak duit dlm wallet dia.

“Saya takda duit kecik, esok atau bila2 cik boleh datang bayar”, balas kakak tu pada brother tu. Tiba2, brother tu amik bungkusan nasi lemak yg dia bungkus then kata, “Takpa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tapi saya x tolong alihkan ke tengah sikit. Rezeki akak la balance tu ganti semula telur mata yg jatuh tu”, brother tu senyum dan berjalan ke kereta.

“Allah, banyak sangat ni cik. Terima kasih byk2 dan semoga rezeki cik melimpah”, kata kakak tu sambil mengesat air mata. 

Brother tu senyum sebelum dia blah dari situ.

3 pengajaran yang sangat baik bagi semua

1. Masih ada melayu yang sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yang sebenar. Akan ada saudara seagama yang prihatin dan berhati mulia macam brother tu di sekeliling kita.

2. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kau sangka rezeki yang terlepas dari tanganmu akan pergi begitu sahaja. Akan ada rezeki lain yang DIA gantikan tanpa kau sangka asalkan kau redho dengan setiap yang berlaku. 

Rezeki dan rahmat Allah luas.

3. Duit dalam poket kita bukan hak kita, tapi duit yang kau sedekahkah itu adalah milik kau sepenuhnya. Nak banyak harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit & return bukan 2 atau 3 digit tapi infiniti. 

Semoga kalian dapat sesuatu dari apa yg berlaku sebentar tadi. Tak payah motto “tak hensem takpa janji kaya” sebab yg kaya itu Allah Ya Rabb yang bodoh sombong tu manusia

Kredit: Zairina Yuszairi

4 comments:

  1. Pengajaran ke-3 tu sama dgn pesanan ex-boss PH dulu. Sampai skrg ingat & amal pesan dia.

    ReplyDelete
  2. No. 3 tu kalau boleh amalkan sangat baik. Betul, yang kita bagi tu la hak milik kita sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. inspiring sgt2

    ReplyDelete
  4. Allahu...bagus sgt perkongsian ni..moga lebih ramai manusia mcm ni, bukan yg mcm yg tgh viral sekarang ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......