Monday, August 7, 2023

Late Lunch Di Lomak Salai Tampin

Assalamualaikum...

Haaa...kami late lunch kat sini...mulanga dua beranak ni emmang teruja la..sekali tengok mak oiii...penuhnya orang...sebab dah sampai kan..takkan nak tukar tempat makan lain plak..yang nak sangat cuba makan kat sini Dania..tempat ni viral kan..ramai jer blogger dan bukan blogger share makan kat sini..so SA tak nak la hampakan pemintan anak dara tu..makanya ikutkan aje..SA mati- mati ingat boleh masuk teruk duduk and order makan je..rupanya diorang ada system ye..kena dapatkan no giliran..tunggu dulu kat area yang ditetapkan iaitu bawah khemah..cuaca panas ni..SA tengok ramai lagi yang blom dapat meja..erm..dah alang- alang sampai dan dah amik nombor kita ikut aje la..tak lama la tunggu no kami dipanggil..

Dapat meja lepas tu kena beratur plak amik makanan...jom la tengok gambar...mana yang sempat SA snap sebab baru sampai kan...masih x tau lagi ni makanan sedap ke tak..tengok menyelerakan...




kesian kena tunggu lagi...lapar dah ye...


Selfie dulu la


Band ni nyanyi best oiii...lagu pun best


Bahagian kambing bakar...nampak emnarik tapi tak ambik


Bahagian bakar- bakar..


Amik la kerang..sepiring RM12...Lama x makan kerang


Bahagian masak lomak...amik la lomak daging salai...


Bahagian ni amik ayam kampung goreng


Sotong goreng kunyit dan sotong goreng tepung


Antara lirik lagu Apo Nak Di Kato nyanyian Ito Blues Gang


Bahagian kuih- kuih


Bahagian sambal, SA amik sambal belacan


kerabu dan ikan masin apa segala la..


Antara air yang ada


SA amik air Limau Seri Melenggang dan Dania nak Sirap Batu Bolang dn SA percaya itu nama daerah2


Ready nak bayar dah


Ayam kampung tak serupa ayam kampung, xde rasa ye..tawar


Okey la 6/10 SA bagi..inipun sebab fav Dania..cuma banyak kepala sotong..SA terpaksa habiskan sebab Dania x makan kepala sotong


Kerang balado.. failed sebab kerang langsung x segar dan x leh makan


Daging salai campur kentang 5/10..kuah cair


Sambal belacan...pun kureng


Air limau sedap


Air sirap pun ok sedap


Jom makan...Bismillah...


masa ni blom tau lagi x sedap


Pose lagi...


Dah rasa lain..


Seee....bukti kerang tu semua tak boleh makan..isinya macam tu ha...sedih tau..dah la mahal


Total Damage




Overall maaf..SA x happy so SA bagi 3/10 je..memang tak recommend kat korang semua..nak cuba boleh tapi atas risiko sendiri la ye..kebanyakkan yang makan hari tu mengeluh jugak...lagi satu kalau parent korang sakit lutut ke atau berkerusi roda macam Mak Pah, elok tak yah pergi..kesian kat makcik pakcik kena memanjat tangga, lepas tu kena tunggu lagi untuk nombor di panggil dan  untuk dapat meja..

SA ada up kat FB gak rasa kurang puas hati SA tu...takde la SA nak tag kedai ke apa...x nak la dikatakan cuba condemn atau rosakkan perniagaan orang...cuma SA rasa x puas hati la and semua dari experienced SA sendiri...korang nak cuba boleh cuba, hak korang tapi SA tak recommend...kadang selera orang ni tak sama kan...

Dania nampak macam ralat sebab SA x berapa happy, SA cakap takpe la..rezeki kita hari ni..tak mahal mana pun kita makan berdua..tapi nak repeat semula tak la..cukup sekali...maaf cakap la..baik SA jer yang masak kat rumah and bagi dia makan puas- puas..

Takpe la kan..pengalaman..x semestinya semua pengalaman nak kena manis kan..serious system diorang tu x bagus la..kesian lama menunggu..elok orang tengah lapar terus kenyang balik...kenyang sebab lama menunggu..kalau ada Pak Zain tu..sure dia ajak balik je and makan kat kedai lain atau pi kedai mamak...hehe..

17 comments:

  1. sib baik tak teringin nak pi sana walau viral. dah agak dah...

    ReplyDelete
  2. Frust nya tengok kerang tu... Sebab tak cukup masak ye kalau jadi gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan PH..dia simpan dlm freezer lama kot..sebab tu isi jadi cenggitu, kering...

      Delete
  3. Mula dah terliur tengok kerang tu. Memang suka kerang. Sekaliiii baca sampai habis kerang tak elok. alah lah lah....Tempatnya cantik tapi makanannya tak secantik tempatnya. Sayang tau...Agaknya gi sekali lepas tu tak gi dah...

    ReplyDelete
  4. sodap laa nampak menu2 salai ni SA , kena try nihh

    ReplyDelete
  5. Kadang2 tempat viral bukan semuanya sedapp kan

    ReplyDelete
  6. ewwww teruknya kerang tuuu dan part menunggu pun...emm MZ jenis kurang sabar so rasanya memang takkan lah pegi tpmt gini hahahhaha

    ReplyDelete
  7. Kadang2 makanan tak seberapa tapi sbb byr influencer promo kedai makan kat media sosial terus jadi viral.

    ReplyDelete
  8. Aiseyman.. Bukan kedai ni viral satu Malaysia ke?

    ReplyDelete
  9. Nampak tempat tu luas, selesa dan cantik. Susun atur makanan pun presentable. Tapi sayang kalau makanan kurang kick.

    ReplyDelete
  10. nampak tempat macam best..mesti sedap.hanya sekadar rupa kan..kadang yang tepi jalan lebih sedap. apa-apa kena makan juga,,.dah bayar kan

    ReplyDelete
  11. kdai viral xsemestinya masakannya sedap..huhu

    ReplyDelete
  12. Nampak tempat gojes. Kadang ada kedai viral tapi tak memuaskan. Moga ada pembaikan. Sayang tempat cantik

    ReplyDelete
  13. kerang tu dia dah simpan dalam peti beku tu kak, sebab tu dia rupa gitu. Dana pernah terbeli jenis kerang gini... isi kering gitu. Sayang kan kedai besar ,viral tapi makanan tak menepati citarasa kan, patut orang nogori la masak lomak dia power

    ReplyDelete
  14. sama mcm kisah carneyz order kerang tp kerang x fresh... mmg faham perasaan tu dah la lama dh x mkn... puas hati mkn kt sini mcm portionnya byk... menu pelbagai jugak

    ReplyDelete
  15. nampak orang duk review lalu lalang lalu dekat newsfeeds fb rupanya sebaliknya ye..

    ReplyDelete
  16. Teringin juga nak makan kat sini tapi ramai juga kenalan yang makan kat sini kata biasa je. Lepas tu tengok kat TikTok dengan sistemnya bagai, agak mencabar juga ye nak makan kat sini. Kalau nak cuba sekali tu bolehlah kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......