Saturday, August 26, 2023

Handbag Baru Lagi!!

Assalamualaikum...

Handbag dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan..betul tak? Bag tangan adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana tidak kira apa juga status seseorang wanita itu ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen.

Sebenarnya kan..bag ni SA beli untuk hantaran perkahwinan tapi biasa la bila dah nampak bag lain yang lagi cantik dan sesuai dijadikan hantaran terus beli lain..yang ni SA simpan dalam almari..takde la lama mana SA beli..rasanya SA beli bulan 6 sebab wedding anak buah tu bulan 7..

Kebetulan majlis perkahwinan anak buah baru- baru ni kat Rumah Abang Jamil yang SA pakai kebaya warna pink tu..SA rasmikan handbag tu..best..very comfortable..tak besar tak kecik sangat..sederhana la..

SA beli kat butik Charles & Keith dengan harga RM350 di Mid Valley kalau tak salah..ke kat The Curve...eh...lupa la..sebab handbag yang untuk hantaran tu SA beli kat KLCC... tak jadi buat hantaran kira jadi hadiah Birthday SA sendiri la..hahaha..En Tunang kata okey...so apa lagi....seronok la SA kan..

SA ada terbaca artikel tentang bag tangan mengikut bentuk tubuh badan..SA ada copy kat sini untuk share ngan korang..

Jom baca...






Tip memilih tas tangan iaitu mengikut jenis bentuk tubuh.


Si kurus tinggi

Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai. Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar.

Jenis tote sesuai menyerlahkan penampilan manakala jenis genggam juga tidak akan mengecewakan anda.

Bertubuh kecil

Beg yang besar memang tidak sesuai untuk mereka bertubuh kecil kerana akan menutup bentuk badan anda yang sudah sedia kecil.

Elakkan beg sandang di bahu dengan tali panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih rendah. Beg tangan dari jenis tote cukup sesuai untuk menampakkan keseimbangan tubuh.


Bertubuh besar

Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang berbentuk bersegi dan bersaiz besar supaya tidak akan kelihatan lebih besar daripada beg yang dibawa.

Pastikan corak tidak terlalu kecil atau terlampau berwarna-warni. Pilih beg jenis lembut atau berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan tubuh anda lebih besar.


 'A' shape atau jenis pir

Biasanya mereka bertubuh jenis ini memiliki masalah agak besar di bahagian pinggul dan kecil di bahagian dada. Sebolehnya cuba alihkan perhatian ke bahagian lain di atas.

Jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh.

Perlu mengekalkan beg dari jenis sling kerana ia akan memberi perhatian di bahagian pinggul yang lebih besar.



sesuai tak ngan SA yang tinggi 163cm ni? Tak gemuk tak kurus kan


Jenis beg tangan

Structured/Ladylike

Biasanya bentuknya kukuh dan kekal walaupun tiada barang di dalamnya. Ia mempunyai tali kecil dan juga tali pilihan panjang yang mudah dicabut dan boleh digayakan di bahu. Sesuai untuk majlis formal dan ke pejabat.

Genggam (clutch bag)

Tidak bertali dan lebih selesa dipegang, ia lebih sesuai untuk majlis santai dan glamor.

Beg hobo

Beg stail ini tidak berstruktur dan lembik dengan mempunyai satu tali yang biasanya disangkut pada bahu.

Beg messenger

Biasanya bertali panjang dan boleh disandang atau dipakai silang pada badan. Sesuai digayakan ke pejabat atau untuk mengembara.

Beg satchel

Beg jenis kulit ini biasanya leper di bahagian bawah dan mempunyai dua tali pemegang. Sesuai digayakan pada majlis rasmi.

Tote

Tali pendek dan terbuka tanpa zip. Bersaiz besar kerana fungsinya membawa banyak barang. Boleh dipakai untuk bersantai, membeli-belah malah sesuai juga untuk ke pejabat.

Beg Bahu

Beg jenis ini merujuk kepada semua jenis rekaan yang boleh digayakan di bahu dan mempunyai satu atau dua tali.



Tip memilih beg tangan

  1. Pastikan bentuk beg berlawanan dengan bentuk badan - apabila badan anda dari jenis 'curvy', pilih beg tangan dengan struktur solid.
  2. Jika badan anda jenis solid, pilih beg dengan struktur 'curvy'.
  3. Lebar beg tangan tidak melebihi lebar badan.
  4. Saiz beg tangan adalah seimbang dengan saiz badan.

Kredit : BERITA HARIAN


11 comments:

  1. Nampak sesuai dengan SA 🤩 Ngam!!! Saya ikut design dan ikut mood masa pilih bag.. kadang rasa nak besar.. kadang rasa nak pakai saiz kecik... Jarang fikir sesuai ka dak...

    ReplyDelete
  2. Sesuai sangat, mesti banyak $$$$$ dalam tu

    ReplyDelete
  3. Perempuan dan handbag berpisah tiada.. Orang rumah saya pun ntah berapa handbag dia ada.. 😅

    ReplyDelete
  4. MZ pun suka brand tu tp so far lom pernah beli lg brand Charles & Keith

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam. Rumah Abang Jamil yang kat Taman Guru, Jalan Paroi tu ke?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih singgah dan tinggalkan jejak kat blog Pak Ngah.

    ReplyDelete
  7. Dania sibuk pulak kata suka beg Charles & Keith cuma ummi dia buat tak tahu je. Hehehe. Lepas tu belikan beg Christy Ng. Bila time ada sale lagi murah. Remaja bagi yang biasa simple je....

    ReplyDelete
  8. My daughter ada beli Charles & Keith bag juga masa blk Msia. Cantik dan semua org suka.
    Nampaknya SA juga sesuai dgn beg tu. Cantik kaler hitam, senang nak match.

    ReplyDelete
  9. cantik la handbag baru tu..:)

    ReplyDelete
  10. Hahha Cuya pon banyak handbag...mcm2 jenis ada XD

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah