Monday, August 7, 2023

Dari PD Lajak Ke Melaka Part 1

Assalamualaikum...

Kita sambung balik la kisah Sabtu lepas sarapan tu ye...Mak Pah dan Pak Zain dah gerak pi kampung Nelayan kat area situ, Kg Telok Pasir Panjang...nak pi cari ikan fresh katanya..SA dan Dania teruskan perjalanan ke Pengkalan Balak...ingat nak berenti kat tepi pantai tu...tapi anak dara tu cakap..jom la terus ke Melaka..SA pun apa lagi..jommmmmmm....laju aje jawab jom kan...so ikut la jalan lama ke Melaka...dengan panas terik..1 jam lepas tu kami pun sampai Bandar Melaka...teringin nak minum air tembikai sebiji kat Cendol Jam Besau tu..gigih ye mencari parking...sebelum tu beli dulu kad parking..malas nak download apps...bukan hari- hari kat Melaka kan...so SA beli kad parking untuk sehari..RM5..then beli gak satu buku kad parking tu valid sampai 2025...mana la tau kalau- kalau nak JJCM lagi ngan Dania kan...menambah lemak dua beranak..haha...

Jenuh la Dania melayan mama dia...berpanas weyh...pas tu dia plak pakai sweatshirt...erm hambikkk...bertambah la panas...sampai je dah dapat parking apa segala berjalan la kami menuju Cendol Jam Besau berdepan dengan bangunan Stadthuys a.k.a (dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda)  sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. 

Masa ni ramai pelancong dari China ye...penuh depan bangunan tu..beca nyer business meriah la Sabtu tu...busy jer diorang...seronok tengok...sesekali healing dua beranak kan tengok ragam orang sambil posing- posing..



Dua beranak terlepas kandang


Kami parking kat sini ye..bayangkan kami dua beranak berjalan dari sini ke Cendok Jam Besau tu...berkicap ketiak oiii...hahahaha...jom la tengok gambau dulu ha...snap gak la gambar apa menarik kat area situ...




Muzium Samudera Melaka atau Muzium Maritim Melaka ini merupakan sebuah replika kapal layar Portugis yang dibina seperti skala asalnya dan di dalam kapal ini menempatkan pelbagai pameran menarik tentang sejarah Melaka. Ia merupakan muzium paling dilawati dalam Melaka dengan sebanyak kira-kira 20,000 orang pengunjung sebulan x kira pelancong dari Malaysia atau Luar Negara.


Ni pulak Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia ialah sebuah muzium mengenai Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia. Bangunan muzium ini dibina di bawah pemerintahan kerajaan British pada awal 1890-an untuk menyimpan barangan perdagangan import dan barangan untuk dieksport.




Menonong jer anak dara ni...paneh katanya..


hari- hari busy depan ni..murah la rezeki abang beca..ramai pelancong hari Sabtu tu



Brader ni ajak naik beca..SA ngan Dania x rasa nak naik sebab tengahri rembang kan..panehh...


Kami terus ke sini


Sementara kena layan dan tunggu giliran kita selfie dulu


Haaa...nampak? sebenarnya kitorang kena scam..aney tu tanya berapa orang minum...SA jawab 2 orang..tapi nak 1 biji je..dia tak tanya pun kecik ke besar..SA plak laju2 pi terus duduk... lama lepas tu dapat sebiji yang besar tu ye...hahaha..amik ko RM15 sebiji..dia dah tebuk so..layankan aje la..yang kecik tu RM13...jenuh nak ngabihkan dua beranak..Dania cakap padan muka..nak sangat kan..eh..eh...tapi dia gak yang enjoy...end up tak habis pun...tapi best la..good experienced..nanti leh repeat ngan En "Suami" ye...


















Cendol Jam Besau ni memang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk melepaskan lelah dan membasahkan tekak sebab cuaca kat Melaka memang panas terik. Humid jugak sebab berdekatan dengan laut kan...automatic cepat kehausan. Penat- penat jenjalan tu bleh la bawak family korang lepas sini..tapi jangan terlampau lama..kesian orang lain nak minum gak kan..SA lepak sini 20 minit macam tu..anak dara SA tu ha..dah nak bangun tiber dia terbau waffle plak...order la waffle dulu...gambar dia tak banyak bukan sebab x nak bergambar ye...dia kan ada high expectation..lepas amik gambar dia mesti dia check dulu..kalau x melepasi piawaian dia..dia delete...bukan delete macam tu aje ye..kat history pun dia delete sekali...geram jer SA...

So lepas ni kemana plak kami...jalan kaki lagi patah balik ke parking tapi ikut jalan area Jonker walk tu...SA ingat nak naik river cruise tapi panas giler plak...so amik jer la gambar area tu...singgah toilet kejap..macam- macam yang SA perati area tu..pemuzik jalanan siap orang luar bleh sumbangkan suara, sedap ke tak sedap belakang kira, nampak pemuda pakai costume panda..sape nak amik gambar kena letak duit kat tabung yang dia pegang..macam- macam usaha orang sekarang cari rezeki kan..panas hujan ke belakang kira..pemuda tu terus pergi ke tempat yang ramai pelancong cina tu..semoga murah rezeki dia untuk hari tu...

Eh..dah panjang ni entry ni...

Kita sambung part 2...



9 comments:

  1. Sedapnya tembikai! Muzium Samudera ni antara perkara dalam bucket list saya yang tak berjaya cross lagi walau dah selalu ke Melaka huhu

    ReplyDelete
  2. Rajinnya mak & anak ni jalan2 time panas lit2. Nasib baik ada air tembikai sedap buat hilangkan dahaga.

    ReplyDelete
  3. seronoknya
    melaka memang bestt byk tmpt menarik utk tinjau2
    tembikai tu menggoda betul musim panas2 ni

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Dania..berani drive merata-rata dah...Seronok tengok dua beranak jalan-jalan...

    ReplyDelete
  5. seronoknya jenjalan but tu la..paneh

    ReplyDelete
  6. dh lama giler MZ tak gi cuti2 melaka...dulu2, zmn sblm covid, kami memang kerap sgt cuti2 melaka smpai dh bosan tak tau nak gi mana dah hahhaha muzium tu semua kami dh masukkkkk

    ReplyDelete
  7. jenuhla ke tandas habis 1 biji tembikai tu..hehe

    ReplyDelete
  8. Tembikai kalau dapat masa tengah panas2 ni memang menyegarkan.

    ReplyDelete
  9. Meriah Melaka bila weekend. Minum air tembikai ni macam aktiviti wajib kalau dah sampai sini. Agaknya sebiji tu kongsi 3-4 orang pun okay lagi kot kan. Jenuh nak habiskan berdua.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah