Sunday, July 16, 2023

Resepi Ayam Masak Sos Tiram

Assalamualaikum...

Alhamdulillah  SA dh kebah demam...dh xde selsema cuma batuk teruk aje..semalam seharian SA berehat mkan ubat ikut time...sambil2 memerhatikan adik2 SA buat persiapan goodies majlis perkahwinan SA nanti...SA x larat langsung nak membantu..kebetulan Tiya pun demam panas jugak...siap SA peluk Tiya mintak Tiya pindahkan demam dia kat SA...kesian tengok dia demam panas..merah2 muka, mata dan badan...dah la sekeping je badan kan...syukur petang semalam Tiya dh kebah demam..suhu dh normal...

Hari ni SA nak share resepi simple dan sedap..SA dah buat dan memang sedap...SA ada derhaka skit la x ikut exactly  bahan dalam resepi...sesuai untuk hidangan keluarga dan sesuai jugak kalau nak bawak bekal pi kerja...

Jom tengok resepi...





 Ayam Masak Sos Tiram


Bahan-bahan


1. 4-6 ketul Ayam 

2. 2 sudu Sos Tiram 

3. Gula 

4. Garam (optional) 

5. ½ inci Halia- dihiris

6. 3 biji Bawang Merah - ditumbuk

7. 1 biji Bawang Besar - dihiris

8. 2 ulas Bawang Putih - ditumbuk

9. Kiub Pati Ayam 

10. Lada 

11. Bunga Lawang, Kayu Manis, Cengkih 


Cara Memasak:


1. Tumiskan bawang merah, bawang putih,halia, lada yang dah dihiris ke dalam minyak panas. 

2. Masukkan kiub pati ayam & rempah-rempah seperti bunga lawang, kayu manis & cengkih ke dalam tumisan. 

3. Bila dah naik bau, masukkan sos tiram. Kacau hingga rata. 

4. Masukkan ayam, bawang besar & gaulkan. Tutup kuali dengan penutup supaya ayam cepat masak & kuah terhasil daripada proses pengewapan tersebut. 

5. Biarkan beberapa minit. Masukkan gula & garam secukup rasa. 

6. Tutup balik kuali & biarkan sehingga ayam betul-betul 


Kredit to telegram @ResepiDuniaMasakan

10 comments:

  1. ayam tak perlu goreng dulu ek...ok boleh cuba. kadang-kadang malas nak buat resepi bila kena goreng dulu ayam....dasar pemalas

    ReplyDelete
  2. derhaka macam ni tak berdosa... hehe

    ReplyDelete
  3. Resep dan bumbunya gak susah juga

    ReplyDelete
  4. anak² sy pun suka ayam sos tiram... masakan ni ala² chinese style sikit sbb x pedas

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sihat kak dan Tiya. Sedap masak ayam macam ni. Ini kalau tambah black pepper sikit, waah..bertambah sedap!

    ReplyDelete
  6. wah..nampak sedapp.. yum yum

    ReplyDelete
  7. sedapnya lahai lauk mcm ni..:)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......