Tuesday, July 25, 2023

Majlis Persandingan Shira Mansor & Tarmizi

Assalamualaikum..

Sambung lagi kali ni majlis persandingan plak pada hari Sabtu..hujan lebat betul Sabtu tu..SA dan Dania dari rumah pukul 11 pagi..keluar2 rumah je hari memang dh mendung arah ke Seremban Selatan tu..alamak....takkan hujan kot...sampai je Seremban Jaya hujan turun dengan lebatnya....habissssss.....SA dan Dania dah sampai rumah pengantin...terus duduk dulu dalam kereta...semua yang dah samai terpaksa tuan rumah jemput dengan payung dari kereta ke khemah..

Dalam 1/2 jam lepas tu baru hujan reda...alhamdulillah...tunggu Mak Pah dan Pak Zain..kami naik.lain2 kereta..kang senang Pak Zain nak bawak.Mak Pah balik..sebab Mak Ah kan x sihat...gigih datang sebab nak bagi kad untuk majlis SA nanti kat sedara mara...SA memang nak balik lambat sebab nak bergambar lepas tu nak jumpa sedara mara yang dh lama x jumpa kan...

Kat bawah ni semua gambar2 yg sempat la SA snap dan ada yang dari hp kazen2...siap ada yang request nak bergambar ngan SA...ye la lagi sebulan majlis SA plak kan...dup dap dup dap dh SA ni...nanti sampai majlis sure banyak dan ramai nak bergambar kan...

Jom tengok gambar


































Alhamdulillah  selesai dah majlis persandingan...tepat pukul 3 petang makanan pun dah habis...tingga extra untuk yang lambat sampai je..cendol habis, aiskrim habis, apam balik habis...syukur la..hujan diawal majlis merupakan hujan rahmat kan..

Banyak jugak la kad SA habis Pak Zain bagi kat sedara mara...ikutkan memang awal.lagi nak menjemput...tapi Pak Zain x larat nak pi rumah diorang. Tak macam.dulu dia kuat katanya..bila majlis macam ni la dia boleh jumpa sedara mara dan adik beradik dia..tu yang jemput awal2 tu...nanti nak sampai majlis baru la blast lagi kat grup WhatsApp...

Okey la..kita jumpa lagi Sabtu nanti..Majlis Bertandang atau Sambut Menantu plak kat Rumah Abang Jamil Taman Guru Seremban...haaa kena pi tu sebabnya nak bagi kad lagi..mana la tau ada sedara mara yang x sempat bagi hari tu kan...


2 comments:

  1. Senang datang majlis sekali menjemput ramai-ramai. Berseri-seri bakal pengantin. Bergambar tu acara wajib. Gallery mesti penuh.

    ReplyDelete
  2. Mcm bapak sy jugak dulu... pergi kenduri org lepas tu edar kad kawen anak sendiri... hehehe... cantik tema pengantin... lama dh x tgk org guna tema biru laut

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah