Monday, June 26, 2023

Terjah Highway Viral Temiang- Pantai Highway

Assalamualaikum...

Sekian lama highway ni wujud sampai la viral 2 tahun kebelakangan ni .highway yang dikatakam pemandangan macam kat New Zealand..kalau letak kambing biri-biri atau lembu dh serupa habis dah nga  New Zealand..

SA akui cantik la tapi silapnya SA pi lepas hujan..kalau panas or waktu pagi maybe lagi cantik...ingat nak stop jap amik gambar tapi x berani plak..lepas tu x tau plak nak stop belah mana..lagipun x bleh simply-simply berhenti..x pasal-pasal kena saman kang. Lagi satu akan membahayakan pemandu yang lain dan juga diri sendiri.


Highway Temiang Pemandangan Cantik Seperti Di New Zealand..

Betul ke?

SA x pernah sampai lagi New Zealand so SA x pasti betul ke tak serupa..hehe..tapi mengikut dari pemerhatian SA sendiri Sabtu lepas..kawasan sepanjang highway Temiang ni memang memukau mata. Cantik dan damai sangat. Kenderaan x banyak. Patut la ramai yang sengaja jalan ke sini semata- mata nak tengok sendiri lebihraya dengan panorama seperti di NZ

Kat bawah ni beberapa keping gambar yang sempat SA snap dari dalam kereta. Of course la SA yang snap kan SA co-pilot.




Sempat rakam video gak..abaikan suara SA melatah tu😆😆






















sampai penghujung Highway Temiang..Belok kanan tu terus ke rumah SA dalam 10 minit perjalanan 

Sejarah Pembinaan Lebuhraya Temiang-Pantai

Jalan dan termasuk lebuhraya dari Temiang ke Pantai telah mula dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021 dengan jarak sepanjang 7.44 kilometer bermula dari persimpangan jalan Seremban-Kuala Klawang berakhir ni persimpangan masuk ke lebuhraya LEKAS. 

Disebabkan highway ini menjadi suatu tarikan pengunjung kerana pemandangan  yang cantik, dengarnya kerajaan Negeri Sembilan akan memohon kepada Kerajaan Pusat untuk wujudkan suatu tempat khas yang sesuai untuk meletakkan kenderaan. Cuma tak tau bila ia akan terlaksana atau dilaksanakan...

Dengarnya jugak dah lebih dari 48 saman pihak JPJ keluarkan kepada pemilik kenderaan yang memberhentikan kenderaan sepanjang highway ini viral...aduhai..tak pasal- pasal je...

Nanti nak lalu la lagi sekali sebab nak amik gambar time panas...baru nampak gunung ganang tu kan...ada yang suggest lalu time matahari nak naik dan matahari nak terbenam...jenuh plak la kan kalau nak lalu pepagi semata- mata nak lalu highway ni...

9 comments:

  1. Whoaaa..teringin nak tengok time mataahari cerah memancar kawasan tu..Dapat view ala ala New Zealand pun okay dahhhh..ehehe

    ReplyDelete
  2. masya Allah.. cantiknya view ek.. sejuk mata..

    ReplyDelete
  3. Rasanya hujung tahun lepas pernah lalu sini.
    Kak Amie pernah menjalani practical teaching di Chan Hwa High School, Jalan Temiang.

    ReplyDelete
  4. cantikk kan, lalu sini.
    menikmati pemandangan

    ReplyDelete
  5. tp mmg selalu hgway yg nmpk bukit bukau...mmg lawa sgt pemandangan nya

    ReplyDelete
  6. hati2..dok layan pemandangan..

    ReplyDelete
  7. tak pernah sampai lagi hiway ni kak...

    ReplyDelete
  8. memang cantiks.. Ayu pernah join run kat sini. berbaloi2 penat berpeluh naik turun bukit tu tu sbb pic cun2 semua nya..

    ReplyDelete
  9. Cantik juga bergunung ganang dan hijau saujana mata memandang.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......