Thursday, June 22, 2023

Darling Strawberry?

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tadi rehat x tahu nak pi jalan mana...cari buah pun takde yang menarik...menarik ada satu jer...strawberry darling ni...besar- besar dan dari rupa paras memang SA yakin strawberry ni sangat- sangat juicy. Premium fruits dari USA...geram jer SA tengok...nak beli tengok harga RM11.90 untuk 100gram. Kayangan sungguh la...Tak berani plak SA nak beli...

Bila x beli terbayang- bayang plak....ni la masalahnya ni...next time memang x leh time rehat pi jenjalan kat NuSentral tu...



hehehe...100gram cuma dapat 1-2 biji je..buat rhaso rhaso pun seram...


Cantik molek aje buah dia kan...compare ngan strawberry CH memang jauh la bezanya kan...alaaaa...acaner ni dah terbayang- bayang dah ni ha...bestnya...dah la fav plak tu...

Bukan Sahaja Sedap, Buah Strawberi Rupanya Ada 5 Manfaat Penting Untuk Tubuh..


Bagus untuk kulit

Strawberry sangat tinggi khasiatnya kan...Khasiat strawberry adalah kaya dengan vitamin amat baik untuk kesihatan kulit. Ia mampu mencerahkan dan memastikan kelembapan kulit yang baik. Kandungan-kandungan yang ada pada buah ini juga baik untuk kulit orang dewasa kerana kandungannya yang boleh mencegah jerawat dan menyingkirkan sel kulit mati. Menurut kajian, strawberry juga boleh melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet A yang menyebabkan penyakit kulit.

Mencegah kanser

Buah strawberi juga mempunyai antioksidan yang boleh mencegah kanser dengan melawan radikal bebas. Ia telah menunjukkan dalam kajian untuk menghalang pembentukan tumor dalam haiwan, kanser mulut dan sel kanser hati manusia. Banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh dari buah ini disebabkan kandungannya yang kaya dengan vitamin dan pelbagai lagi khasiat. Ini sudah pasti kerana buah-buahan sering dikatakan sebagai penyembuh penyakit.

Memperbaiki mood

Anak-anak yang semakin membesar pasti akan mengalami gangguan hormon. Mood mereka pasti akan berubah tidak kira waktu, tetapi tidak perlu risau kerana ia merupakan perkara yang normal.

Buah strawberry merupakan jalan penyelesaian yang mudah dengan mengamalkan pengambilan buah strawberi. Hal ini boleh merangsang mood anak anda untuk menjadi lebih baik kerana kandungannya yang banyak manfaat.

Menguatkan sistem imun dan saraf

Strawberry kaya dengan vitamin C, antioksidan dan banyak lagi kandungan yang berperanan untuk menjaga sistem imun agar sentiasa kekal sihat. Sistem imun yang lebih kuat dapat meningkatkan ketahanan kanak-kanak terhadap beberapa punca penyakit.

Ia juga dapat meningkatkan sistem saraf kanak-kanak kerana kandungan fitokimia yang terdapat dalam buah strawberry yang menawarkan beberapa manfaat kepada saraf dan fungsi otak.

Mengelak masalah sembelit

Sembelit merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak. Dengan pengambilan buah strawberi, dapat membantu menghidratkan tubuh badan kanak-kanak. Selain itu, ia dapat membantu proses penghadaman agar sentiasa baik dan mengelakkan kesukaran membuang air besar.

Sekiranya anak-anak anda tidak gemar untuk mengunyah buah strawberry, anda boleh menjadikannya sebagai jus atau potong kecil-kecil buah strawberry itu.

Strawberry merupakan buah yang banyak khasiat dan rendah kalori. Ia boleh ditambah dalam diet harian kita bersama keluarga untuk mengekalkan kesihatan kita dan keluarga tersayang.

Siapa suka strawberry?

18 comments:

  1. makan gitu saja tak suka sangat sbb masam...ater beli yg murah mmglah masamkan ahaksss..
    tp kalau ada dalam kek atau salad ammi belasah je

    ReplyDelete
  2. Saya ! Suka strawberry yang fresh , masih terasa manisnya . Strawberry kalau peram lama nau masam jadiknya kang

    ReplyDelete
  3. comelnya buah dia tu.. tapi kalau makan..maacam je rasanya tu

    ReplyDelete
  4. mak oi gemok gemok tu! pattern hampir sama semua..memang patut la dengan harganya kan...ok esok beli 2 biji je kak! hahahahahhaa!

    ReplyDelete
  5. Beli jew SA, buat rasa-rasa jew supaya tak teringat-ingat.
    Saya suka strawberi tapi yang manis lah, masam-masam manja pun ok.

    ReplyDelete
  6. saya suka stoberi!! selalu usha2 kat aeon...if yg CH punya, rege RM12, if yg import punya (dari korea etc) harga RM24 ..memang double the price

    ReplyDelete
  7. Beli le.. rasa. Kalau tak on, next time tak payah dah.

    ReplyDelete
  8. Beli buat rasa je SA. Sedapnya strawberry makan dengan Nutella 🤭

    ReplyDelete
  9. suka jugak but bila tgk harganya..wow.. kalau confirm yg manis2 tu memang puas hati beli mahal pun.

    ReplyDelete
  10. Mestilah suka strawberry.. tapi masam dia kadang tak tahan..

    ReplyDelete
  11. tgk buah pun dah terliur..klu ambik 5 biji berapalah harga yang harus dibayar..hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau ayu nampak ni, mesti kalut ajak beli hehe

    ReplyDelete
  13. Beli jer..buat raso2..dah beli tak teringat dah..

    ReplyDelete
  14. dana kalau teringin beli je kak, harga tu tolak tepi kang teringat2

    ReplyDelete
  15. nampak strawbery rindu nak pergi cameron pulak hahaha

    ReplyDelete
  16. Wahhh diantaranya membaiki mood. Ini satu info yg baru tahu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......