Tuesday, June 27, 2023

Anak Tunggal Memang Macam Ni Ke?

Assalamualaikum..

Dania ni kan anak tunggal...lepas tu dia ada perangai yang kadang- kadang buat my blood go up tau...kadang dia jenis ambil mudah je..duit x kisah la note berapa dan besar ke tak sepah- sepah..kadang kat celah- celah buku jumpa RM50, kadang dalam laci almari solek jumpa banyak duit berkepuk- kepuk..ntah duit raya tahun bila..kadang SA la tukang kutip duit dia yang sepah- sepah...pening kadang ngan Dania ni..

Baru ni kami berdua kemas bilik..Dania jumpa tabung ni dalam almari baju dia..SA tau tabung ni memang wujud lama dah.....dh bertahun tau tabung ni...nasib dia bukak..kalau dia main buang je macam barang-barang lain x tau la..dia boleh bersorak wey bila bukak sekali tengok penuh dengan duit..dia lupa dia ada tabung ni..rasanya zaman dia sekolah menengah ni...

Selalu SA nasihatkan dia..jangan sepah- sepah duit..tahun lepas lagi best..SA bagi duit raya RM100, dia letak atas sofa sepah- sepah..ada sepupu SA jugak..SA tanya siapa punya sampul duit raya ni sepah2. Dia kata Mika kot...terus je bagi padahal duit raya dia..SA suruh mintak balik..hahah...giler la RM100 kot..dia memang cenggitu la cepat lupa dan jenis x kisah..geram aje...

SA cakap nasib dapat balik..kalau tak dapat camne..dia jawab senang je.."Anggap lah xde rezeki, rezeki Mika la tu" boleh? Mudah je kan...

Baru ni SA search la perangai atau tingkah laku anak tunggal sama ke macam tingkahlaku anak no 2. Ada sedikit persamaan la..jom baca apa yang SA jumpa kat website...SA share kat sini and bagi kredit pada website tersebut...



Dia nak buang terus sebenarnya tabung ni..tapi nasib dia check dulu..kalau tak..wassalam...


Penuh ok satu tabung ni


 Total tabungan : RM173



Jom baca fakta anak tunggal yang SA share dari SINI


8 Perangai Anak Tunggal Yang Mungkin Ramai Tak Tahu


Ramai yang menyifatkan anak tunggal sebagai seorang yang manja dan sering mendapat apa yang mereka mahukan. Disebabkan mereka satu-satunya permata ibu dan ayah, maka boleh dikatakan segala kasih sayang keluarga dicurahkan tanpa berbelah bahagi.

Dengar macam best kan?

Tapi sebenarnya tidak semua orang tahu karakter sebenar mereka. Agak-agaknya apa yang menariknya kalau dapat pasangan anak tunggal eh?

Jom kita lihat antara karakter-karakter anak tunggal yang mungkin ramai tak tahu.

Berdikari
Mungkin ramai yang menganggap mereka manja, tapi sebenarnya individu anak tunggal ini seorang yang berdikari kerana sudah menggalas tanggungjawab sejak mereka kecil lagi. Lebih-lebih lagi jika mereka dibesarkan oleh ibu bapa yang bekerjaya, mereka lebih pandai untuk bawa diri sendiri.

Rapat dengan orang tua
Disebabkan tidak mempunyai adik beradik yang lain, mereka lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga, terutamanya ibu bapa. Kemana sahaja pasti bertiga. Sweet kan?

Teratur dan pandai berkemas
Jika ibu bapa mendidik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang sangat teratur. Tak kiralah dalam penjagaan diri atau rumah, semuanya mahu kelihatan sempurna di mata mereka.

Sensitif
Oleh kerana selalu mendapat perlindungan daripada ibu dan ayah, anak tunggal boleh menjadi lebih sensitif dan kadang-kadang tidak boleh menghadapi situasi yang sukar.

Ego
Kerana sudah terbiasa bersendiri dan mendengar kata ibu bapa saja, anak tunggal cenderung bersifat ego kerana merasakan mereka berhak diutamakan berbanding orang lain.

Bijak dalam akademik atau bakat tertentu
Kajian pakar menunjukkan anak tunggal lebih berjaya dalam Pendidikan, atau pun mereka mempunyai bakat-bakat tertentu yang boleh membanggakan ibu bapa. Ini kerana mereka mendapat perhatian sepenuhnya daripada keluarga dan tidak berkongsi dengan orang lain.

Pentingkan privasi
Kehidupan sering bersendiri membuatkan mereka mementingkan ruang privasi hanya untuk mereka saja. Sebab tu ramai yang anggap anak tunggal ni sombong.

Suka berjalan
Kajian membuktikan bahawa anak tunggal memang suka berjalan. Mereka suka mencuba benda baru dan tidak suka dikawal. Mereka juga tidak suka duduk seorang di rumah dan sering keluar bersama rakan-rakan di luar.

Kredit : Remaja.my


6 comments:

  1. seronok ini...time2 sesak tiber jumpa benda paling berharga...kikiki

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. dorang tak kisah duit sebab tahu nanti ada jer duit.

    ReplyDelete
  3. kolin pun suka menabung macam ni SA hahhaha...

    ReplyDelete
  4. dulu masa kecik2 rasa bestnya jadi anak tunggal, padahal adik2 berderet dah.
    dah tua ni baru syukur alhamdulillah, ramai2 adik & seronok adik beradik ramai ni

    ReplyDelete
  5. Biasa la budak2 SA. Dieorg belum rasa macamana susahnya nak cari duit tu hihi... anak saya tak sepahkan duit tapi dia jenis boros dgn duit. Dapat duit elaun dari bapaknya je sbb tolong buat kerja rumah dia habiskan beli gula-gula dan air tin 🤦🏻‍♀️ banyak kali kena remind kena simpan duit dan menabung tapi esok2 dia lupa & boros lagi...

    ReplyDelete
  6. Anak tunggal suka berjalan tu memang ya la....Dania kdg ajak jom la ummi kita gi bla bla bla....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah