Monday, May 15, 2023

Selamat Pengantin Baru Puteri Nur Farahanan Dan Pasangan

Assalamualaikum...

Sabtu lepas majlis pernikahan dan berinai besar anak buah SA di Seremban. Majlis perkahwinan Puteri Nur Farahanan. Majlis nikah di masjid tapi SA x pergi...sebab Sa sibuk pagi pergi follow up, petang pi open house dan pi tempah kad kahwin...SA pergi majlis berinai dan berarak lilin je...

Sampai jer kat dewan orang dah ramai...suka SA tengok baju pengantin warna kuning di raja tu..klasik sangat...berarak lilin ni memang antara acara yang ada dalam family kami...untuk siapa yang nak buat la..SA x pernah rasa..rasanya tak buat kot..dah tua- tua ni kan...selain berarak lilin turut diadakan tarian piring...






















 

Siangnya hari Ahad diadakan plak majlis bersanding...

Ya allah panas betul masa ni...SA takde la nak tunggu lama sebab panas...sebab tu x banyak gambar SA dengan saudara mara...gambar atas pelamin pun adik2 SA je yang amik...SA dah gerak balik dan pi Giant dah masa ni...

Lagipun nak kejar masa...Dania nak balik U dan En Tunang nak balik JB...SA plak nak tapaukan lauk macam selalu..rasa x lengkap plak x bekalkan dia lauk bawak balik...hahaha...

Next will be another majlis...On Julai...anak buah jugak...lepas tu baru SA...hahahaha....aduyaiii...satu apa pun x complete lagi ni...

10 comments:

  1. kita tunggu bakal pengantin yang gambar tengah2 tu haa... haha..

    ReplyDelete
  2. best sanding malam tu, tidak sepanas siang hari... selamat pengantin baru buat pengantin ya

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru to both... moga kekal bahagia hingga ke jannah..aamiin..
    empunya badan pun....dah dekat dah tu. moga semuanya berjalan dgn lancar & dipermudahkan ...aamiin

    ReplyDelete
  4. meriah majlis anak buah SA..ada tgk yg majlis berinai tu kat fb SA..sama lah suka warna baju pengantin masa majlis berinai, kuning diraja...

    ReplyDelete
  5. Meriah majlis anak buah SA ni. Lawa ..cantik

    ReplyDelete
  6. Uniknya.. berarak lilin. Pertama kali tau acara macam ni.

    ReplyDelete
  7. Tahniah anak buah..
    Tak lama lagi mak sedara pulak...😍😍

    ReplyDelete
  8. Tengok gulai cendawan tu, teringat mcm pernah makan kat keterer Pilah ni. sedap. Cousin dah 2 kali amik dengan dia.

    ReplyDelete
  9. Unik juga adat negeri lain ya. Berarak piring ni memang tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......