Assalamualaikum...
SA kan...bercadang nak bawak bekal semula next week...minggu ni SA manja- manja dengan immune badan blom kuat lagi...tapi sebolehnya nak bawak bekal next monday. Bukan apa...jadi masalah kat SA bila SA x tau nak makan apa..dah la selera meragam kan,.so kat telegram SA cari la resepi-resepi simple je...sekali terjumpa resepi ni...eh...menarik dan bahan pun tak banyak...bahan mudah cari la senang citer..
Jom korang...korang pun boleh cuba resepi ni...memang simple...kalau guna daging batang pinang should be ok ni...x pun bleh guna dagijg buat steak tu kan...lembut skit...kalau daging cincang pun ok jugak kot sebab ada lemak- lemak...
Resepi Daging Kaprau.
Bahan-bahan:
- Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
- Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
- Cili api yang ditumbuk
- Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
- Daun limau purut (dihiris kasar)
- Sedikit gula
Cara-cara:
1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering.
3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata.
4. Masukkan sedikit gula. Dah siap.
Kredit : Resepi Dunia Masakan
Terima kasih atas perkongsian. GWS.
ReplyDeletesenangnya..nak try lah resipi ni nanti..semua bahan ada kat rumah, nak cari sos cili thai je..
ReplyDeleteWalaupun nampak simple, tapi menariklah SA. Mesti sedap ni.
ReplyDeleteMudah resepnya..dan nampak sedap menggugah selera
ReplyDeleteNampak simple eh.. boleh try ni. Tq share resepi.
ReplyDeleteOk, simple je ni mungkin boleh cuba buat ni. Thanks SA
ReplyDeletenampak menarik..saya suka lauk kering-kering ni
ReplyDeleteresepi nampak senang je tu.. ala tadi dah rasa macam nak ambik pes tomyam tapi tak jadi..kalau tak dah boleh buat
ReplyDeleteWow boleh cuba resipi ni. Kadang tak tahu nak masak apa...
ReplyDelete