Friday, May 26, 2023

Kebaikan Adab Lambang Ketinggian Budi Dan Akhlak Seseorang

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua kawan -kawan..

Dah 2 hari naik bas x dapat tido...semalam sebab duduk belakang sekali diapit lelaki kiri kanan..so rasa x selesa..hari ni ok dapat seat macam biasa tapi belakang seat SA ada 2 orang perempuan borak pung pang pung pang dari Seremban sampai KL citer masalah opis diorang, gossiping, kutuk mengutuk sambil gelak kuat2..x paham betul la ..adab ntah letak kemana x tau la..x fikir passenger nak cover tido 1 jam dalam perjalanan ganti balik tido yang terganggu akibat bangun awal...dah banyak kali bagi hint pun dua orang tu still jugak borak..sudahnya SA pasang earbud dengar lagu but still boleh dengar suara diorang berdua...susah orang xde adab ni...sebab bukan SA sorang terganggu..ramai kot...

Nak sedapkan hati yang terusik ni sebab tak dapat tido, meh baca perkongsian ni...

Kebaikan adab menunjukkan ketinggian budi dan akhlak seseorang mukmin. Apabila seseorang itu beradab baik, sudah pasti akhlaknya juga turut baik. Justeru, adab bercakap, berbudi dan bermuamalah sesama manusia sangat penting dalam kehidupan. Bersifat timbang rasa ketika berhubung sesama manusia merupakan adab yang dituntut dalam agama. Begitu juga dalam berbicara merupakan suatu budaya manusia yang melambangkan hati, sikap dan fikiran. Oleh itu, peliharalah tingkah laku, lidah dan ikutilah adab yang baik semasa bercakap atau berhubung dengan mukmin yang lain sungguhpun barangkali mereka itu bukan orang yang dikenali.

Kalam dari ulama Hassan Basri, katanya “Wahai anak adam, sesungguhnya siang kamu adalah tetamu dalam kehidupan kamu, justeru berbuat baiklah dengan ‘tetamu’mu, kerana jika kamu berbuat baik dengannya, ia akan pergi dengan sentiasa memujimu, tetapi jika kamu tidak berbuat baik kepadanya, ia akan pergi dengan mengecam kamu”. Oleh itu, beradablah dengan waktu dalam hidup ini dan beradablah dengan Allah setingginya agar dengan adab yang tinggi dalam menyantuni perintahNya akhirnya menghasilkan natijah yang didambarkan iaitu menghuni syurga Allah SWT buat selama-lamanya.




So lemau skit la SA hari ni x dapat tido..nasib baik SA half day hari ni sebab nak pi amik ubat Mak Pah kat IJN...sepatutnya ambik semalam...malas plak SA nak pi semalam...En Tunang turun KL hari dan kami ada banyak sangat urusan yang nak diselesaikan...

Esok dah start cuti sekolah kan?

Enjoy your holiday..rancang perjalanan korang...lepas majlis nanti la kot SA pergi bercuti...x pun tunggu Dania cuti lama skit...

15 comments:

  1. good sharing. betul..masa dlm bas tu la nak cover tido & curi2 rehat jab kan..
    minggu depan busy, so weekend ni bawak Ian & Iris jenjalan jab plus gi wedding anak ex boss...

    ReplyDelete
  2. ada tempat kita boleh nak borak bising2. tpi ada tempat yang kita kena hormat org lain. common sense je tu kan SA. huhu

    ReplyDelete
  3. Itulah tak beradab
    Dekat kedai makan mcm tu juga punya lama nak tunggu duduk di kerusi diorang dah siap makan tpi kuat menyembang . Kesian tunggu turn nk duduk makan . Sepatutnya respect la. Dah mkn2 bagilah giliran org lain nk makan pula. Lagi2 orang tua kesian berdiri lama lama

    ReplyDelete
  4. ye adab kak mana2 pun kita ada adab, hormat menghormati kan. Nak borak pun biar la tempat yg sesuai, kat tmn bunga kt dlm bilik ke yang mmg utk korang je. Dlm bas kdg org nk tidor lagi lah perjalanan jauh kan

    ReplyDelete
  5. Itulah macam-macam peel la kan. Btw good for sharing 👍👍

    ReplyDelete
  6. Akak pulak aritu stress dgn pompuan2 kat surau borak sekuat2nya sampai Akak tak bleh nk khusyuk. Dah bagi hint juga.. baca surah kuat2 tp tak jln. Pelik org mcm ni. Sbb masa Akak skolah dulu, Ustazah dok pesan dlm surau jgn crita hal dunia.

    Begitulah luahan Akak arini di blog SA. Hihi. Sekian.

    ReplyDelete
  7. pompuan kalau dah berborak.mmg x ingat dunia... masa tu dah x fikir dah adab ke apa... yg dia nak lepaskan apa yg terbuku di hati

    ReplyDelete
  8. Kalau sudah berkumpul suka bergosip..mungkin kebiasaan jadinya terbawa di tempat umum.

    ReplyDelete
  9. Adab memang penting.. Saya sering nasihatkan anak-anak tentang peri pentingnya menjaga adab. Bagi saya, biar tak pandai tapi tahu menjaga adab.

    ReplyDelete
  10. Betul..memang annoying..dia nak satu bas dengar cerita dia kut...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih perkongsian ilmu.
    Saya yang naik bas sesekali ni pun jumpa memacam perangai..SA yang hari2 naik bas pasti mengalami aneka ragam manusia dalam bas.
    Melihat ragam manusia sekeliling,memberi pengalaman,pengajaran dan panduan untuk kita
    Sama2 kita didik diri dan anak beranak kita.

    ReplyDelete
  12. Naik bas, naik flight, kalau jenis org menyembang x hirau kiri kanan ni mmg geram je.. kalau boleh masuk je bas/flight mst terus nk lelapkan mata

    ReplyDelete
  13. Eiii tak suka orang berborak macam dia berdua je dalam bas tu. Sakit gak hati mendengarnya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......