Wednesday, May 31, 2023

Jantung Mak Pah Tak Stabil

 Assalamualaikum...

Nampaknya blog SA ni bercuti sekejap sementara waktu sampai condition Mak Pah stabil..

Jantung Mak Pah x berapa stabil walaupun dah ditukar ke wad Nefro...malam semalam Mak Pah pitam..maybe sebab panas dan kurang makan..Biasa la dia bila masuk ward memang problem bab makan..

Untuk menjawab pertanyaan ramai kenapa Mak Pah x boleh minum air banyak sebab kidney failure, baru2 ni bloated, terlampau banyak air dalam badan dan paru-paru..sebab tu Mak Pah mendapat serangan jantung sekali lagi...ikutkan Mak Pah hanya boleh minum 500ml ke 800ml air je sehari tapi mungkin dia dh terminum banyak air maka badan dan paru2 Mak Pah bloated..



Hari ni SA dapat berita dari adik, Doktor kata jantung Mak Pah x stabil dan mungkin akan dihantar semua ke IJN. Doc x berani ambil case berkenaan jantung Mak Pah...so pihak hospital dah berhubung dengan pihak IJN untuk transfer Mak Pah ke IJN..

Satu lagi...doc nak dapatkan consent waris2 Mak Pah untuk benarkan bantuan CPR dilakukan in case jantung Mak Pah tiba2 terhenti...SA sekarang memang x senang hati tapi SA kena kuat...

SA jumpa boss masa tengah event besar company td lepas tu SA ceritakan condition Mak Pah..SA minta budi bicara untuk di benarkan SA ambil cuti...

Mohon doakan yang terbaik untuk Mak Pah..semoga Mak Pah terus sihat semula seperti sediakala..

Malam ni SA akan jaga Mak Pah kat ward..harap2 allah permudahkan segalanya....amin...

Tuesday, May 30, 2023

Mak Pah Di Ward Isolation HTJS

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni SA baru aje masuk kerja...kena la pi kerja..kang cuti lagi tapi x boleh buat pape kat rumah jadi mati kutu plak kan...dah la tak leh jaga Mak Pah, X leh tengok...

Update terkini
My mom dimasukkan dalam wad isolation untuk pantauan dan saringan covid 19. Result RTK negative, tunggu result PCR plak...in case negative baru dipindahkan ke ward biasa..buat masa ni my mom dipakaikan oksigen yang melekap antara muka dan kepala tu..CPAP ke apa ntah namanya..nampak seksa plak kita yg tengok..but insyaallah Mak Pah in a good hand...

Condition terkini setakat 6pm semalam, dh banyak air yg keluar dari badan Mak Pah, masih pakai oksigen yang kuat macam dlm gambar...Insha'Allah  she will be better dan boleh masuk ward biasa...PCR negative so kami bleh melawat sekejap bergilir2 semalam, adik lelaki yang balik pagi semalam pun xde rezeki nak tengok Mak Pah...semalam masa datang tengok Mak, SA x sampai hati dengar dia merayu nak air sebab dia mmg x leh minum banyak air..doc memang sukat air dia...





Oh ya...

SA kan sepatutunya terbabit dalam event besar company...Rebranding Launch dan sepatutnya telibat dalam rehearsal hari ni sampai tengah malam..SA tarik diri untuk stayback for rehearsal walau dah disediakan bilik hotel..tak sampai hati plak SA...ye la..Mak tengah berjuang sakit dalam ward, SA plak sibuk dengan event..nasib baik yang organize faham...SA akan join full rehearsal esok pagi la...baju semua dah dapat hari ni..cuma antara sempat dengan x sempat nak cuci je ha..baju kurung moden dengan warna baru company...harap2 sempat la SA basuh malam kang...

Petang nanti Lisa akan uruskan dapatkan sticker untuk Pak Zain melawat Mak Pah..x boleh amik in advanced...haih..sistem hospital ni kadang- kadang menyusahkan semua orang la kan..dengan lift uzur..semalam 20 min tunggu lift nak naik ward 8, dengan lift berhenti every floor...dengan orang ramai..sabar jer la..makin uzur dah HTJS ni...x tau la bila nak merasa elok..SA kalau banyak duit gaji RM20k sebulan, SA maukkan Mak Pah kat spital swasta...geram kadang- kadang kan...bukan la x bersyukur..tapi makin lama makin teruk..parking jangan cakap la..

Harap- harap Mak Pah boleh keluar dari wad Isolation ni dan boleh masuk ward biasa...bila dah pindah ward biasa senang sikit SA nak pi tengok atau pi jaga...kan?

Monday, May 29, 2023

Lunch Di Gloria Jean IJN

Assalamualaikum...

Hi korang..

Jumaat lepas SA half day...ambil ubat Mak Pah kat IJN..macam biasa la rutin SA setiap 3 bulan..memang ubat ulangan Mak Pah SA akan amik kat IJN..itu la tugas hakiki SA..

Kebetulan plak Jumaat tu En Tunang cuti..SA dan En Tunang nak uruskan permohonan nikah online..banyak prosedur nak nikah sekarang ni ye...kenapa la x nikah masa PKP dulu..kan senang..hahaha ..takpe la..pengalaman kan..En Tunang kena uruskan dulu borang dia...then bawak pi Jabatan Agama..nanti akan ada interview apa segala..lepas dh siap borang dia..baru combine borang SA dan SA plak kena hantar ke Jabatan Agama Islam kat sini...pun kena interview jugak nanti..takpe la..satu part online application dh settle...tunggu En Tunang settlekan borang dia dulu..

Sampai aje kat IJN, sementara menunggu kaunter nombor buka..kami makan dulu kat Gloria Jeans...dulu masa Mak Pah kat IJN ni 3 bulan, kat sini la tempat lepak SA...



walau half day tetap buat kerja ye


suka betul org tu candid gambar kita


Strawberry smoothies ke apa ntah namanya


Sedap...cuma masam skit la kan..


Cappuccino 


Cuppuccini...ehhhh...hahaha...




Seafood Aglio Olio kurang pedas .


Chicken Grill rasanya..

 

Kesian En Tunang drive dari JB ke KL...nampak penat muka dia...

Lepas dh makan..SA pun uruskan ubat Mak Pah..lepas tu nak balik dah...

Keluar je dari IJN terus hujan lebat..then kami terus balik Seremban..

Mak Pah Emergency!!

Assalamualaikum...

Dalam pada kami tengah happy2 sambut birthday Pak Zain  dan Si kembar semalam...kami di duga dengan Mak Pah x sihat. Selesai aje majlis petang semalam..tengah rehat-rehat, Mak Pah mengadu sejuk dan dia menggigil2...lama dh dia x kena macam tu...mulanya urut2 belakang dia, dia ok..tapi kemuncaknya malam semalam bila SA yg tengah tido, dapat call adik suruh turun sebab nak hantar mak ke emergency, mak x boleh bernafas dengan lancar dan hypo....

Mulanya memang dia x nak pi hospital, tapi nampak makin teruk..Dida pujuk dia pi hospital..terus dia angguk je kepala..Memang x tunggu lagi la kami semua..x fikir dh bab tido ke..perlu pergi kerja apa ke..SA plak sibuk dan bakal terlibat dengan Rebranding launching nanti...memang ikutkan x boleh cuti ke apa kan..ntah la...x boleh nak fikir bab kerja dh time ni...mujur SA dh inform boss terpaksa ambil emergency...dh update kat group WhatsApp  dan bagi gambar2 kat bawah ni..





Mohon kawan-kawan semua untuk selitkan doa buat Mak Pah dalam solat korang...harap2 takde apa2 yang serius..

Tapi MA dan doktor tadi dh bg tau yang Mak Pah terlampau banyak air dalam paru2 dia...kalau lewat sikit x tau nak kata apa..nasib Mak Pah masih kuat dan sedar...cuma tadi dalam kereta dia dh start merepek maybe hypo...dia macam khayal...

Now Mak Pah in a good hand..semua buku rawatan, ubat dan keperluan Mak Pah SA dh bagi td..cuma bag duit je SA pegang, SA , adik dan Pak Zain balik dulu tunggu berita kat rumah..adik.perlu kerja esok..Dania ada kat rumah dan perlu pulang ke Kolej esok pagi...MA tu pun cakap nak tunggu boleh...nak balik pun boleh sebab lambat lagi nak hantar ke ward...Mak Pah masi di rawat di Zon Merah..pengalaman SA masuk emergency room td..penuh dengan pesakit yang menunggu  masuk ward, ada macam2  kes, accident, separa kritikal dan banyak  lagi..maybe ward pun penuh sampai diorang masih ada di bahagian emergency..

Jumpa lagi next entry...

Friday, May 26, 2023

Kebaikan Adab Lambang Ketinggian Budi Dan Akhlak Seseorang

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua kawan -kawan..

Dah 2 hari naik bas x dapat tido...semalam sebab duduk belakang sekali diapit lelaki kiri kanan..so rasa x selesa..hari ni ok dapat seat macam biasa tapi belakang seat SA ada 2 orang perempuan borak pung pang pung pang dari Seremban sampai KL citer masalah opis diorang, gossiping, kutuk mengutuk sambil gelak kuat2..x paham betul la ..adab ntah letak kemana x tau la..x fikir passenger nak cover tido 1 jam dalam perjalanan ganti balik tido yang terganggu akibat bangun awal...dah banyak kali bagi hint pun dua orang tu still jugak borak..sudahnya SA pasang earbud dengar lagu but still boleh dengar suara diorang berdua...susah orang xde adab ni...sebab bukan SA sorang terganggu..ramai kot...

Nak sedapkan hati yang terusik ni sebab tak dapat tido, meh baca perkongsian ni...

Kebaikan adab menunjukkan ketinggian budi dan akhlak seseorang mukmin. Apabila seseorang itu beradab baik, sudah pasti akhlaknya juga turut baik. Justeru, adab bercakap, berbudi dan bermuamalah sesama manusia sangat penting dalam kehidupan. Bersifat timbang rasa ketika berhubung sesama manusia merupakan adab yang dituntut dalam agama. Begitu juga dalam berbicara merupakan suatu budaya manusia yang melambangkan hati, sikap dan fikiran. Oleh itu, peliharalah tingkah laku, lidah dan ikutilah adab yang baik semasa bercakap atau berhubung dengan mukmin yang lain sungguhpun barangkali mereka itu bukan orang yang dikenali.

Kalam dari ulama Hassan Basri, katanya “Wahai anak adam, sesungguhnya siang kamu adalah tetamu dalam kehidupan kamu, justeru berbuat baiklah dengan ‘tetamu’mu, kerana jika kamu berbuat baik dengannya, ia akan pergi dengan sentiasa memujimu, tetapi jika kamu tidak berbuat baik kepadanya, ia akan pergi dengan mengecam kamu”. Oleh itu, beradablah dengan waktu dalam hidup ini dan beradablah dengan Allah setingginya agar dengan adab yang tinggi dalam menyantuni perintahNya akhirnya menghasilkan natijah yang didambarkan iaitu menghuni syurga Allah SWT buat selama-lamanya.




So lemau skit la SA hari ni x dapat tido..nasib baik SA half day hari ni sebab nak pi amik ubat Mak Pah kat IJN...sepatutnya ambik semalam...malas plak SA nak pi semalam...En Tunang turun KL hari dan kami ada banyak sangat urusan yang nak diselesaikan...

Esok dah start cuti sekolah kan?

Enjoy your holiday..rancang perjalanan korang...lepas majlis nanti la kot SA pergi bercuti...x pun tunggu Dania cuti lama skit...

Thursday, May 25, 2023

Dua Beranak Kepedasan

 Assalamualaikum...

Ini lah namanya malu bertanya sesat jalan...awal bulan hari tu SA ada bekalkan cili tumbuk dengan kunyit hidup untuk masak lemak cili api kat En Tunang. Alaa...bumbu untuk masak lemak cili api tu la..katanya nak belajar masak lemak cili api...orang mintak SA bekalkan la...lain yang diberitahu lain yang dia buat tau...dia goreng ayam and jadikan bumbu tu macam sambal..padahal hanya cili dan kunyit hidup semata...

Makan plak ngan anak dia si Khalaf...ambik...dua-dua kepedasan. Berpeluh2 dan hari ni En Tunang dah cirit birit...tu la..elok xde masalah...jadi masalah...bila SA bebel dia kata alaaa x pe...janji sedap...allahu..cili ngan kunyit hidup apa yang sedapnya...xde bawang putih or bawang merah..haihhh...sabar jer la...


Berpeluh2 dua2nya...buat lagi..


Ni la ayam goreng campur cili dan kunyit hidup semata...


x tau la nak kesian ke nak gelak...kelakar pun ada



Ni dia update kat FB....


SA cerita kat Pak Zain dan Mak Pah...dua- dua pakat mengucap panjang dan gelak...SA tunjuk gambar...terkekeh2 dua2 gelak...sorry la..SA pun terpaksa gelak...

SA bukan nak marah...cuma risau kesihatan je..takut perut masing- masing x tahan kan...harap x berpanjangan la cirit birit En Tunang...Esok dah la dia turun Seremban nak uruskan pendaftaran permohonan nikah...lepas ni kena bekalkan sekali bawang2 dah blend la...sekali cili untuk MLCA tu...dah abis dia guna buat "sambal" ayam kan...

Buat hal la En Tunang ni...

Happy Birthday Si Kembar Adeliya & Aressa

Assalamualaikum...

Happy Birthday to you....

Happy Birthday to you....

Happy birthday to Adeliya & Aressa...

Happy Birthday to you....

Hari ni genap 12 tahun usia anak buah kesayangan SA..Si Kembar Adeliya & Aressa...dah boleh buat I/C dah...sekejap aje masa berlalu..ingat lagi detik- detik kelahiran dia...berbelas jam Ibu dia dalam labour room nak keluarkan diorang...lebih dari 15 jam rasanya...tido bangun dan tido balik pun masih x lahir...sudahnya lahir jugak, Kami semua berkampung kat HTJS menunggu kelahiran diorang..bila dari labour room nak tolak ke ward ramai2 iring si kembar ni sambil atuk nyanyikan selawat kuat2..semua dalam ward bangun tengok..lepas tu ujian kuning plak lebih dari seminggu...Ibu dia sensorang je uruskan sikembar..dengan stress dalam ward kena marah ngan nurse dan staffnurse...macam2 hal...

Hari ni dah 12 tahun...alhamdulillah...

Semoga membesar menjadi anak yang baik, yang menyenangkan semua orang yang cerdik pandai dan sentiasa sihat...



Masa birthday PKP


 Gambar terbaru raya hari tu...

Dah besar dah keduanya...dah anak dara...

Dah pandai nak cantik- cantik...

Happy birthday dari mama, kakak Nia, Atuk Uwan dan Uncle...jumpa Ahad nanti masa celebrate ngan Atuk...

Oh ye...birthday Pak Zain Ahad nanti...

Wednesday, May 24, 2023

Si Bulus Yang Menumpang Makan Di Rumah Kami...

Assalamualaikum...

Malam tadi 3 ekor bulus ni menunggu depan pintu..yang putih kelabu tu ada 2 ekor tau..sekor betina sekor jantan..yang betina tu jiran depan rumah selang 3 buah rumah yang punya..dah beranak tapi selalu lepak rumah SA...yang Oyen ni tenggelam timbul..asyik kena kurung dek anak jiran dari neraka sebelah rumah...kalau terlepas tu kira nasib dia la tu...kalau tak memang kena kurung...dengar la Oyen mengiau2...kesian tapi kalau dah dasar biadap memang xde la dilepaskan oyen tu...so malam tadi Oyen duduk atas almari kasut SA...budak tu panjat dah tembok..SA sergah...SA cakap ko buat apa? x puas kurung Oyen? biar la dia lepas..dia nak makan...terus budak tu turun ngadu kat mak dia..mak dia nak tunjuk protest marah la anak dia kuat2...SA dukung Oyen..letak dia kat tempat makan tu...memang kesian dia kelaparan...geram je..ntah macam hape perangai x tau la..pas tu tanda protest gak dia main bola malam2 tendang kat pintu pagar and gril rumah dia...SA buat bodoh je..SA tunggu je Oyen sampai habis makan...



Nampak kurus skit Oyen...x di bagi makan kot..Pak Zain memang 3 kali sehari bagi kucing makan


Haaa..dari sini jelas nampak macam mana kurusnya Oyen



Oyen ni kesayangan kakak Dania...kalau dapat pegang dia..memang kakak Dania peluk2...check mata..check kuku...Even kalau terlepas masuk rumah kitorang pun budak tu sanggup panjat pagar masuk and amik Oyen...mengiau2 la oyen ni..kalau SA  nampak memang SA sound je..ko apehal masuk rumah orang? x boleh ke Oyen tu lepas bebas...cuba ko tu kena kurung macam dia apa ko rasa...biar Oyen tu lepas..dia nak makan rumput ke apa ke...eh...bleh plak dia sound SA...kucing bukan kambing mana makan rumput..SA ckp..ko mana tau? ko nampak ke dia x makan rumput? lepas tu dengar budak rumah atas dari rumah dia cakap biar lah wey..kucing memang makan rumput untuk ubat dia..pas tu budak tu membentak2...Ada SA kisah....

Ni tka nampak dah Oyen pagi tadi...dah kena kurung balik la tu...

Menu Bekal Hari Ni...

Assalamualaikum....

Semalam balik kerja SA buka tudung saji...tengok xde lauk...okey la..kita singsing lengan baju..defrost kan apa yang patut..jumpa sotong...eh....ni sotong masa pi beli ngan En Tunang hari tu...hehehe...ok dah set nak buat sambal...then semalam ada beli kacang buncis so goreng jugak kacang buncis untuk bekal..x habiskan la semua sotong..kecik- kecik je sotongnya..so SA buat sampal dalam 6 ekor..Mak Pah ngan Pak Zain x makan...nanti kaki sakit mencucuk2..



 sambal sotong SA...separuh makan malam, separuh lagi bawak bekal..


Kacang Buncis goreng...

So SA dah siap makan dah tengahari ni...sekarang tengah rehat jap...jap lagi settlekan apa yang patut...eh...korang dah makan ke? makan apa tu......

ni SA nak tengok K-drama The Good Bad Mother...

Jumpa lagi next entry...

Sarapan Di Mama One Stop Bakery

Assalamualaikum...

Pagi Sabtu last week SA bawak Mak Pah dan Pak Zain sarapan kat Mama One Stop Bakery, dah lama dah tempat ni wujud, SA baru first time lepak sini..Dania pernah la sebab ada jamuan apa ntah...untuk sarapan pagi simple je kat sini...ada cater for makan tengahari dan ada jugak steamboat session kat sini start petang sampai malam kalau tak salah...wah ada steamboat boleh la join nanti...Bahagian atas cafe dan bahagian bawah ada bakery...pagi- pagi pun dah banyak jual kuih serta roti- roti...masa SA sampai xde orang pun masuk...bila dah duduk dan dah tunggu order sampai lepas tu berduyun- duyun orang masuk kat sini...

SA suka environment kat sini yang tenang je...



Tempat sedikit tersorok dia area Kg Mafah


SA order mee sup..


Ada ayam seketul


Dania makan Laksa


Hazelnut latte fav SA dan memang sedap..cuma adik tu x pandai buat love tu ha...


Mak Pah dan Pak Zain amik nasi lemak telur mata


Sedap plak tengok...tapi SA x nak makan nasi lemak


Suasana , deco cantik sangat


Kaunter air


Teh ais Dania


Mak Pah dan Pak Zain pilih Teh Tarik


Pandai adik tu brew Hazelnut Latte SA


Dua beranak...abaikan rambut mama dia kembang semangkuk sebab  baru shampoo rambut


 Borak apa x tau la..

Lepas makan..turun bawah kat cafe..SA beli karipap kentang 3 ketul, kaya bun dan pastries...Mak Pah tu suka mengonyel sambil tengok tv...


Karipap kentang dan karipap sardin


Burger malaysia 


Haa..pilih...pilih mana berkenan di hati



Boleh tahan ramai orang masuk bakery ni...dan boleh tahan banyak jugak jualan dia..more to pastry dan kek slice..x pasti plak ada jual kek sebiji ke tak...sebab x sempat nak explore...

So sedap ke makan kat sini?

Alhamdulillah sedap...boleh repeat dan boleh cuba untuk makan tengahari dan steamboat..SA plak  sempat nak explore sebelah belakang macam Ako Retna explore sebelum ni...rasanya pemandangan bahagian belakang lagi cantik kot...

SA ni nama je orang Seremban...banyak tempat makan yang SA x terjah lagi...nanti la bila ada kesempatan...nak explore ni kena keluar awal2 pagi sampai malam kan...baru puas hati...masa tu baru best cari tempat makan...

Episode JJCM dua beranak bersambung lagi minggu ni insyaallah..

Tuesday, May 23, 2023

Dah Lama Tak Share Masakan Pak Zain & Mak Pah

Assalamualaikum...

Balik kerja semalam macam yang SA citer kat entry sebelum ni, Mak Pah tengah masak...buat sambal montot ayam...hehehe...dia dh x tau nak masak apa...bahan masakan dalam fridge tu banyak je..tapi dia dah bosan nak masak..SA ada suggest sebelum ni jangan masak gulai hari- hari sebab tu la bosan..kena pelbagaikan lauk..buat la singgang ke..sambal ke..yang kering-kering..baru datang selera...itu yang dia buat lauk- lauk kat bawah ni...tapi tu la..macam banyak sangat plak jenis lauknya..yang ada kat rumah 3 orang ni je...memandangkan banyak lauk SA kena la makan...bila SA makan malam berat badan pun naik...kang x makan dia merajuk plak dia masak xde sapa nak makan...so nak elakkan dari dia merajuk..kena la SA makan sikit dan bawak bekal pi kerja...

Jom tengok lauk apa Mak Pah dan Pak Zain masak...diorang masak berdua semalam ni...



Singgang ikan selar..SA kan suka menghirup kuah sekali....mak aiiii....masam..masin...jenuh SA telan...last2 makan ikan je

Sayur sawi goreng..


Sambal montot ayam


Ini portion untuk makan 5-6 orang...

Selalu SA tegur, kenapa masak banyak sangat..Dania bukan ada...kadang boleh la bawak bekal pi keja..Pak Zain ckp dia x pandai bajet kalau masak sikit..kalau masak banyak sangat dia akan panggil anak2 balik makan..x kisah la sape yang available...

Lepas ni SA akan banyak share pasal lauk bekal la kan..hehehe...korang jangan muak plak ye...