Assalamualaikum...
Kenapa SA buat sendiri tauhu bergedil? Ni gara-gara beli tauhu bergedil RM8 untuk 5 biji di Bazar Ramadhan..hahaha...giler kan harga...cukup la sekali SA beli dan Dania ajak buat sendiri..google je menu mesti jadi...dengan confident level Dania tu SA pun beli bahan...mana bahan yang ada kat rumah tu SA x beli la...
Untuk menu tauhu bergedil ni SA guna resepi Cik Nom...resepi dia senang faham dan ringkas je.. SA share resepi dari beliu di akhir entry ye
Antara bahan yang kena beli..tauhu yg jenis besar2..
Ni bahan yang dah siap sedia..
SA dah sumbat intinya...letak banyak.minced beef..puas hati den
Dah siap goreng
Sambal kicap...SA follow exactly dalam resepi...sumpah sedap cuma pekat sikit sebab xde kicap ABC...
Jom tengok resepi dari Che Nom
Resepi Tauhu Bergedil
Bahan - Bahan
300g / 25-30 biji tauhu kering
½ biji bawang besar
150g daging kisar
6-7 biji kentang
3 tangkai cili merah
sedikit daun sup
½ cawan bawang goreng
½ sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
2 biji telur
secubit garam
Bahan-bahan untuk cili kicap:
½ biji bawang besar
3 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
sedikit minyak
Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang
Cara membuatnya
Cara-cara untuk tauhu begedil:
- Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
- Cincang halus daun sup dan cili merah.
- Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
- Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
- Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
- Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
- Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
- Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
- Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
- Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
- Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
- Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
- Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
- Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
- Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.
Cara-cara untuk sambal kicap:
- Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
- Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
- Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
- Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.
Tips
- Kentang jika tidak dikupas kulitnya, pastikan cuci kentang sebersih-bersihnya untuk dimasukkan kedalam masakan. Selain itu, jika mahu direbus kentang, tidak perlu dihiris nipis.
- Pastikan bawang merah goreng tidak dibiarkan begitu lama dan cepat-cepat mengangkatnya selepas ia sudah masak keperangan. Hal ini kerana bawang itu masih dalam proses masak dimana ia akan cepat hangit dan menyebabkan rasa pahit serta tidak sedap.
- Bawang boleh diletakkan dibawah kipas selepas ditos jika tidak pandai mengagak masa mengangkatnya. Tips ini oleh dicuba ya.
- Jika tidak mahu menggunakan kaedah menggoreng kentang kerana takut berminyak, kentang boleh juga direbus. Bagi Che Nom, kentang yang digoreng kerana akan lagi sedap rasanya dan begedil lebih mudah dibentuk.
SA suka kebanyakkan resepi Che Nom sebab mudah, senang faham..bahan pun x renyah...
So SA share kat sini supaya korang juga boleh share sama...cumanya SA x goreng kentang tu..SA rebus...nanti next time boleh la buat versi goreng plak kentang tu kan...ni kalau buat juadah hari raya pun sedap ni kan..bleh pelbagaikan menu raya..okey SA dh ada menu sampingan untuk raya....buat tauhu bergedil je...cadang nak buat Bakwan jugak untuk hari raya...pun senang gak kan..cucur udang ke..bancuh siap2..tetamu datang hidang panas2...kan?
Siapa setuju?
buat sendiri puas ati mkn byk kn..daging pun bole ltk extra....pernah try resepi che nom yg lain sedap juga(udang sweet sour & siakap stim limau)
ReplyDeletefeberet ank dara ciknur si kakak tu
ReplyDeletetp klau ciknur mkn suka kulitnya he hee inti kurang
terbaek.. sedap ni :)
ReplyDeletefav juga ni tapi nak buat malas yang makan sorang je,kalau teringin sangat beli je..kalau ramai2 puas hati buat sendiri makan berebut tu yang sedap
ReplyDeleteMenjadik nampaknya tauhu pegedil tu. I pun beli RM8 juga (jap2.. lupa.. RM8 ke RM5?. Ke cendol yg RM5?.). Tp mkn seketul dua je sbb org tu buat tak brapa nak fresh, kurang smangat sikit nk mkn. Haha.
ReplyDeleteyum yum sedapnya
ReplyDeleteEmmm..sedapnya..makan tiga pun kurang rasanya,apalagi di cocol pakai sambal kicapnya
ReplyDeleteAduhai!
ReplyDeleteTengok sambil telan liur aje yang mampu.
Nak buat tapi mambang rajin dah balik Tanah Jauhar.
Uiii....berbaloi2
ReplyDeletePenuh melimpah isinya
Sedapnyaa
ReplyDeleteIntinya penuh kan kalau buat sendiri. Kalau beli takde la penuh macam tu.
ReplyDelete