Assalamualaikum..
Jumaat yang tenang..menerima perkhabaran sahabat baik SA bertarung nyawa malam tadi di Kuantan. Sampai masanya arwah pergi meninggalkan keluarganya dan kami semua sahabatnya...airmata ni tak tertahan- tahan...bangun sahur pukul 4am tengok handphone dulu...allah..kau pergi juga Jijie...tinggalkan isteri dan anak- anakmu...tinggalkan kami semua sahabatmu...
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Kenangan SA dengan arwah sejak dari alam persekolahan...kami sangat rapat...kami ada 1 group masa tu..lelaki dan perempuan..sampai dah habis sekolah pun kami rapat walau kami belum berpeluang bertemu kembali..3 orang dah sahabat SA pergi tinggalkan kami semua..Arwah Norsuhaida Sogi, Arwah Mohd Rozaimie dan sekarang Arwah Azizi Hamzah...Asbab arwah meninggal kerana Jangkitan Kuman pada paru- paru...
Paling sedih..arwah pulang ke negeri abadi hari ini pada hari lahirnya yang ke 45 tahun...dan pada hari Jumaat yang mulia..
Jenazah baru tiba di Masjid Pasir Panjang PD dari Kuantan..
Arwah orang pertama SA akan bagi tau...apa aje masalah SA...dia sentiasa ada bila SA memerlukan..x kira apa la...kalau SA dalam kesedihan SA cari dia..kalau ada masalah memang bagi tau dia gak...especially kalau SA di ganggu...kalau perlukan nasihat...memang SA akan cari arwah...padahal SA ada jer sahabat- sahabat yang lain...kadang- kadang kami bergurau senda dalam group whatsaap...kawan- kawan lain cakap SA pernah couple dengan Arwah tapi SA crush kat orang lain..SA menafikan sebab SA x ingat kan...retrograde Amnesia SA alami lepas bangun dari koma memang tak membantu SA untuk ingat...tapi arwah tak menafikan pun...malah mengaku betul..hahaha..
SA sangat- sangat sedih bila baca conversation yang ni...
Dania ajak SA ziarah arwah buat kali terakhir tapi SA terikat dengan kerja yang sangat- sangat penting..SA x boleh ambil cuti..hari ni last day boss International Aset dan ada a fewa arrangement yang SA perlu buat...
Message terakhir dari arwah February lepas...itupun dia bertanya khabar...dan suruh SA jaga diri dan x lekang pesanan supaya SA bahagia...dia juga saksi SA sellau kesedihan putus cinta dengan ex boyfriend yang SA dah kenal dari 2006. Dia la orang yang paling lega bila SA tak berjodoh dengan Ex SA...dia la tukang pujuk bila SA stress...semuanya dia...
Allahuakbar...
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Al-fatihah
Azizi Bin Hamzah
7 April 1978 - 7 April 2023
Bagi menghormati pemergian sahabat SA ni...tiada entry untuk hari ini...insyaallah bertemu kembali esok dengan entry yang tak sempat SA share untuk hari ini...mohon kawan- kawan semua sedekahkan Alfatihah buat arwah...
takziah kak SA... alfatihah buat arwah..moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. aamiin
ReplyDeleteal fatihah untuk arwah..untungnya arwah meninggal hari jumaat bln ramadhan pula tu moga dilapangkan kuburnya diampukan segala dosa2nya
ReplyDeleteInnalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeletesalam takziah, Alfatihah buat arwah kak. Dana paham rasa kehilangan kawan baik kak, pernah mengalami tahun 2017 menangis sampai bengkak mata
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilahi rojiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan dosa2nya dan diterima amal ibadahnya. Semoga diangkat darjatnya bersama dgn orang2 soleh. Ameen YRA 🤲🏻
ReplyDeleteAl Fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteal-fatihah T__T allahuakbar memang sedih tak terkata bila melibatkan kematian sahabat yang sgt akrab mcm ni T__T
ReplyDeleteInnalillah dan salam takziah untuk seisi keluarga..semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah...
ReplyDeleteAl Fatihah buat arwah., sahabat yang baik ya dia..
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga yg ditinggalkan.
ReplyDeleteAlfatihah arwah Azizi Bin Hamzah.. org baik allah sayang
ReplyDeleteSalam takziah:(
ReplyDeleteDidoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲
alfatihah utk arwah..org baik selalu Allah jemput awaikan..
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah. Nanti dah free bolehlah ziarah ahli keluarga arwah pulak kak.
ReplyDeletesalam takziah untuk keluarga arwah
ReplyDeleteAl-Fatihah (dibaca) salam takziah.. Perginya di bulan mulia..
ReplyDeleteSalam takziah SA. Semoga tabah dengan pemergian sahabat yang sangat dikasihi.
ReplyDeleteSaam takziah buat SA
ReplyDeleteSalah takziah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Takziah. Moga arwah ditempatkan di tempat mereka yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDelete