Bahan inti :
- Kentang - potong nipis
- Bawang merah - hiris
- Bawang putih - hiris
- Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
- Tauhu pok
- Garam dan perasa secukupnya
- Daun bawang/daun sup
- Lada sulah secukupnya
- Minyak masak
- 3-4 biji telur
Cara masak:-
1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.
3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.
4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.
5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.
6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.
Bahan sambal kicap :
- Cili padi hijau
- Cili padi merah
- Bawang putih
- Kicap manis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara masak
1. Satukan semua bahan dan kisar halus.
2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.
3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.
Resepi & foto : Naddy's Kitchen
Sedap nya...saya sering buat pergedel kentang dan tahu..mudah bahan dan cara membuatnya,tapi resep SA beda..patut di simpan lain waktu mau coba.makasi resepnya ya..
ReplyDeleteSedap ni tauhu begedil ...dah lama tak buat. Kemalasan melanda :D
ReplyDeletefav juga ni aduhai tengahari tgk tauhu bergedil ni memang tak senang duduk nak buat tapi malas haha
ReplyDeletefav jugaks ni...dap dap
ReplyDeleteSuka bergedil tapi sambal kicap berapi tak berani
ReplyDeletesuka juga..nk2 yg ada byk daging..buat sdiri puas mkn....kita kalo yg bli suka tauhu anora tp isinga tkde daging tp mmg fav la
ReplyDeletePernah sekali ja kot buat tauhu begedil ni...Nak cari tauhu pok tu payah
ReplyDeleteSedapnyaa tauhu bergedil
ReplyDeleteCcl pun peminat bergedil jugak ..selalu klw teringin nk makan beli je kt vendor2 ..nnti ada masa terluang nk cuba buat sndiri .
ReplyDeleteBoleh cuba buat sambal kicap tu sebab boleh juga makan dengan pisang gak.
ReplyDelete