Thursday, March 16, 2023

Pesan Kat Adik Beradik Kita!!!

Assalamualaikum...

Semalam dalam train scroll FB..terjumpa perkongsian ni...rasa terpanggil plak nak share dan jadikan entry hari ni..Pada SA ada sedikit pengajaran dalam perkongsian ini...

Jom baca...



credit photo to FB


Pesan kat adik-beradik kita! ‼️

Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri. Beli rumah, beli tanah, beli aset.

Bagi ada harta dengan nama sendiri.

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka, bertelagah.

Tak guna.

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap. Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta.

Jangan.

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nk marah, nak bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti. Tup² bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat² "hak" kita.

Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?

Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka.

Ini tak, kita buat mereka seperti bola. Sekejap pass sana, sekejap pass sini.

Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka.

Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan. Tapi banyak yang jadi bod0h dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka". Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.😥


Wallahu A'lam.


In sha ALLAH. Sama-sama kita mengambil ibrah dan muhasabah.


Kredit : FB Shahros

15 comments:

  1. Betul sangat ni kak SA... tak payah nak menunggu apa yang kita akan dapat dr parents kita sebab kita sepatutnya yg memberi parents kita.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah perkongsian yang sangat bagus. Syukur alhamdulillah kak, selepas arwah ayah meninggal kami adik beradik sepakat dan berbincang apa perlu kami buat.

    ReplyDelete
  3. Indeed..
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Malangnya banyak berlaku kes macam ni dalam kalangan masyarakat kita

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak, sangat menusuk kalbu. Akan ku ingat pesanan ini

    ReplyDelete
  6. good sharing.. x suka betul bila tgk bab melibatkan harta ni...byk sgt perangai yg sedih bila tgk & fikirkan... berebutkan yg bukan hak. mcm x ingat mati..mati nanti satu sen pun x bawa... Allahu... minta dijauhkan dr semua perangai mcm ni..aamiin

    ReplyDelete
  7. good sharing..pesanan yang berguna untuk kita semua..

    ReplyDelete
  8. betul, kerana harta pusaka, adik-beradik berpecah-belah...

    ReplyDelete
  9. Banyak je kes berebut ni. Macam ada satu kisah ni bila ayah dia meninggal nak berebut kebun pulak. Padehal masa hidup kebun tu tak siapa kisah pun.

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan urusan kita semua ^^

    ReplyDelete
  11. setuju... mujur arwah ayah dan mama xde harta. kita carilah harta sendiri

    ReplyDelete
  12. Perkongsian dan peringatan yang bagus..
    Kadang kita lupa..
    Semoga hubungan adik beradik dan kekeluargaan tidak dirosakkan dek harta pusaka

    ReplyDelete
  13. Thank you for sharing..
    Bila dah berebut psl harta pusaka ni kes naya.. depan mata sendiri pun dh nampak dah..huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......