Assalamualaikum...
Jarang nak tengok Pak Zain terkesan dengan drama...x kisah la siaran tv mana ..kali ni Pak Zain sangat-sangat terkesan sebab drama ni melibatkan nasib anak-anak kecik dan kekejaman jiran sebelah rumah...lakonan Nadiya Neesa memang x pernah mengecewakan...
Pak Zain cakap dia terbayang plak nasib cucu-cucu dia kalau ada yang macam ni..SA cakap .drama ni diorang buat sebab ada je kes macam ni kat luar sana..cuma kita yang x tau...malah ada je yang satu family hidup melarat...terus dia suruh Mak Pah tukar channel ..memang x la Mak Pah nak tukar channel kan sebab dia memang follow citer tu..dia awal-awal dah duduk depan tv...
Tak sampai hati Pak Zain tengok anak-anak kecik yg ditinggalkan ibunya asbab mencari rezeki...dengan pantauan jiran sebelah rumah..dengan layanan anak jiran yang sememangnya dari neraka...geram betul...SA kalau citer2 penuh emosi ni memang malas nak tengok...menaikkan darah je...
Drama yang sarat dengan emosi…😢ðŸ˜
“Jaga Aku Selamanya…”
Jaga Aku Selamanya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan oleh Rashidi Ishak dan Wan Alauddin Wan Zainuddin dibintangi oleh Johan As'ari, Nadiya Nisaa, Baqir Jamalullail dan Puteri Rafasya.
Maya (lakonan Nadiya) seorang Ibu yang terdesak dan berusaha untuk menyara 5 orang anaknya setelah ditinggalkan oleh suaminya seorang penagih dadah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Demi kelangsungan hidup, Maya terpaksa meninggalkan kesemua anak-anaknya yang masih kecil untuk bekerja di bandar.
Bagaimanakah nasib anak-anak malang yang tanpa jagaan ibu mereka itu?
Saksikan drama bertemakan kekeluargaan yang pastinya sarat dengan pelbagai emosi sebanyak 13 episod ini, bersiaran setiap hari Rabu-Sabtu jam 9 malam di TV3.
Ada terbaca kes baru lagi kat JB klu tak silap, mak ni terpaksa tinggalkan anak2 di rumah flat pergi kerja jauh jadi berhari2 tak balik. Sampai anak2 kehabisan makanan, letrik pun kena potong, yg abang terpaksa jaga adik2 kecik. Jiran2 panggil JKM datang ambik budak2 ni tinggal kat rumah kebajikan. Yalah, nak tolong dieorg pun org susah jugak.
ReplyDeleteMesti sedih drama ni...
ReplyDeleteAien try tgk dengan positif, tp xdpt. Cause kenapa perlu tinggal anak2 kerja jauh. kesian sangat dgn budak3 mcm ni. Sedih tp tu laa
ReplyDeletebaca sinpsis pn dahh sedih kakk
ReplyDeleteNasib baik wak tak tenguk drama ni.
ReplyDeleteSaya cerita macam ni memang tak tengok dah kak..sedih nau kalau melibatkan budak budak
ReplyDeleteleh geng ngan pak zain la, x la tgk cita mcm ni.. kalau tgk pun sbb ada yg layan. kalau tgk sure sedu sedan la dpn tv nanti
ReplyDeleteBaca sinopsis jer dah rasa peritnya.
ReplyDeleteBaca sinopsis pun macam sedih je.
ReplyDeleteSedihnya cerita ni tapi tak pernah lagi tonton. Suka juga bila Nadiya Nissa ni berlakon.
ReplyDelete