Gelisah antara sebabnya akibat jiwa tak bersyukur.
Kalau nak ubat jiwa gelisah, PERTAMA sentiasa syukur kepada Allah
Alhamdulillah Ya Allah
Alhamdulillah Ya Rahim
Alhamdulillah Ya Latif
Syukur banyak dapat tenang.
Ada orang tegur ustaz, "Ustaz tak baik cakap macam tu, kata orang stress sebab kurang bersyukur. Ustaz dah salah bagi persepsi."
Oh, sebenarnya mengikut kajian ada kebenarannya. Ustaz pernah sampai ke Oxford Mental Hospital dan berjumpa orang-orang di sana. Ustaz kongsikan kaedah rawatan antara yang disarankan dalam islam ialah renung-renungkan senarai nikmat yang banyak dan syukur.
Keluar daripada persepsi menjadi mangsa keadaan atau mangsa orang.
Jangan lihat apa yang hilang, fokus pada apa yang ada.
Bayangkan kita sakit, ibaratnya sakit kaki. Hanya 20% kita lemah, 80% lagi badan kita berfungsi dengan baik. Fokus kepada otak, tangan, paru-paru, jantung, hati, perut, buah pinggang dan organ lain yang berfungsi elok.
Insya-Allah hati kita tenang. Boleh senyum dan kurang fikirkan kelemahan 20% tadi.
Allah sebut, siapa syukur Allah tambah nikmat.
Percayalah, Allah tak pernah bohong.
Yang banyak bohong, adalah kita.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".
Surah Ibrahim : 7
KEDUA sentiasa bernafas dengan betul. Orang hidup mesti bernafas puas-puas. Ambil nafas dalam-dalam.
Masa tarik nafas,
Kali pertama sebut, "Alhamdulillah, Ya Allah." kemudian hembus.
Kali kedua sebut, "Alhamdulillah, Ya Rahman." kemudian hembus.
Kali ketiga sebut, "Alhamdulillah, Ya Rahim." kemudian hembus.
InsyaAllah tenang je rasanya.
KETIGA urus masa dengan betul setiap hari.
Waktu pagi jangan lupa urus masa.
Masa pertama untuk Allah.
Baca Quran waktu pagi, berbanding baring-baring tidur.
Tetapkan satu masa khas berzikir di awal pagi.
Zikir itu boleh hidupkan mati, hidupkan hati yang gelisah.
Jom pujuk hati kita, ingat Allah.
Kalau waktu zikir hati tak tenang, waktu tu kena relax sekejap.
Mungkin kimia dalam otak tak stabil. Jadi masih tak tenang.
Jadi berhenti sekejap, ambil nafas.
Betulkan niat semula, nak ingat Allah.
Tengok langit yang luas, tenang.
Berikan senyuman paling manis, syukur yang tinggi dan senyum pada Allah.
Kalau resah juga, mungkin ada gangguan jin. Buat rawatan. Mulakan dengan zikir.
1. Astaghfirullahalazim.
2. Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazolimin.
Selepas zikir dan taubat inilah akan menghapuskan dosa.
Bila dosa terhapus, hati kita tenang.
KEEMPAT amalkan baca Surah Al Insyirah (Alam nasyroh) sebanyaknya. Ini hanyalah ikhtiar yang ustaz belajar daripada guru-guru dalam perubatan islam.
Cara bacanya,
Ayat pertama baca, tiup sapukan di dada,
"Bukankah kami ringankan, lapangkan dadamu wahai Muhammad?"
Doa, jiwa kita yang sempit jadi lapang. Hati resah gelisah jadi tenang.
Ayat kedua, tiup di tangan dan sapu di bahu,
"Bukankah kami ringankan bebananmu Wahai Muhammad?"
Ringankan bebanan yang ditanggung. Kita fikir macam-macam dalam hidup.
Ayat ketiga baca, tiup di tangan dan sapu di pinggang,
Ringankan pinggul, supaya kita jadi orang yang mudah bangun tidur.
Ringan nak solat taubat, hajat dan tahajud.
Mudah bangkit bila kita jatuh.
Ayat keempat, tiup di tangan dan sapu dimuka
Ayat ini memujuk hati kita seperti Rasulullah s.a.w
Disebalik kesusahan bersamanya ada kesenangan.
Asbabun nuzul surah ini diturunkan kerana nabi kematian isteri, kematian pakciknya. Nabi sedih. Lepas baca, jiwa nabi ada tenang, lapang dan ada kekuatan.
Selepas itulah Allah kurniakan kepada nabi peristiwa Israk Mikraj.
Insya-Allah kita ikhtiar dengan macam-macam cara untuk dapat rahmat Allah supaya gelisah terubat, kuat dan tenang melalui kehidupan.
Ustaz doakan kebaikan buat semua.
#UstazHanafiMalek
terima kasih kak SA atas perkongsian. sangat bermanfaat.
ReplyDeleteSemoga urusan kita semua dipermudah. Amin
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiannya. Saya pun kalau jiwa kacau, terus buka youtube dengar zikir dulu. lepas tu baru slowly start yang lain.
ReplyDeletetq SA atas perkongsian ini
ReplyDeleteSalam Jumaat kak SA.. tq untuk perkongsian yang ohsem ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletenice sharing..and thanks for sharing..:)
ReplyDelete