Assalamualaikum...
Pukul 11.30am kami dah gerak balik ke Seremban..
Tiba- tiba SA teringat ada restoran atau cafe kat area Muzium Di Raja Seri Menanti dan viral satu ketika dulu...kat situ ramai yang berkunjung sebab disajikan makanan- makanan traditional NS. So SA ajak la Ateh rondo situ kejap. Mulanya takde la berhajat nak berhenti dan masuk kawasan Istana tu cuma nak lalu aje...eh..tengok cafe tu macam ramai orang...ramai mat- mat motor dan geng-geng cyclist lepak situ..SA pun ajak semua singgah...nak tengok la apa yang menarik kan...wahhh...ada banyak benda menarik rupanya.....SA pundah lama x singgah sini...ada la sekali dulu masa dengan ex boyfriend tak jadi dan arwah sepupu SA...itupun lama dulu la....
Boleh tahan juga ramai rakyat tempatan atau luar dari NS yang berkunjung di sini..selain melawat Istana Lama Seri Menanti mereka turut menjamu selera di Kopi Buyau.
Istana Besar Seri Menanti dibina pada tahun 1905 dan siap pada tahun 1908. Istana ini merupakan salah satu istana yang Indah di Malaysia dari segi bentuk seni bina tradisional.Salah satu perkara menarik mengenai Istana ini ialah pembinaanya tidak menggunakan sebarang bentuk paku. Seni binanya menggunakan 99 batang tiang menggunakan kayu cengal.
Penerangan tentang Muzium Di Raja Seri Menanti
Macam- macam masakan ada dan yang simple2 je la especially bahagian snack tu..SA pesan lempeng kelapa untuk Mak Pah...tiber plak Mak Pah lapar..hehehehe
Ramai kan
Rumah Tradisional Tukang Kahar
Beduk
Beduk
Belakang beduk tu Mimbar
Hazelnut coffee ice SA punya
Fresh Orange ordered by Pak Zain dan Mak Pah...masam!!
Chocolate apa ntah ni...Ateh share ngan Dida
Lempeng kelapa dengan sambal..sambal tu sodap
Bukti Istana ni tidak di bina menggunakan sebarang bentuk paku
Dia cantum-cantum je macam tu..tapi kukuh ye
Nampak jerawat bawah mata SA tu...geram je...
Dua beranak ni memang mesra kucing
Pantang nampak kucing
Kereta Kuda
Nak main congkak kena bayar RM1 seorang
Ni kedai Premium Souvenir..SA suka bentuk tingkap ni...
Tempat bersiram
Batu Kasur
Batu Bertikam
SA zoom papan kenyataan ini untuk korang baca....
Selepas lepak dalam 1/2 jam...kami pun balik...sebenarnya SA berhajat nak bawak bakal anak tiri SA dan En Tunang kat sini sebelum ni...Dia pun nak tau banyak tentang NS kan...tapi tu la masa tak cukup..Muzium NS kat Seremban pun SA x sempat lagi nak bawak diorang berdua...nanti la next time kan...banyak lagi masa...
En Tunang berhajat nak tengok kampung- kampung yang masih ada rumah tradisional yang berbumbungkan Minangkabau..ada la a few kat kampung SA..tapi nak berhenti dan amik gambar tu macam segan plak...nanti la bawak pergi Muzium NS kat Seremban tu...ada sebuah rumah asal NS kat situ...boleh la bawak dia nanti...
biasanya ketumbit jerawat bwh mata tu maksudnya utk remaja yg sedang bercinta., hehe cikkak SA kanns
ReplyDeletebest kan sesekali gi muzium mcm ni.. tambah best ada coffee2...emmmm..nice
ReplyDeletewah..bestnya tempat dia..mkn sambil menghayati sejarah..:)
ReplyDeletecantik reka bentuk..klasik binaan orang dulu kukuh
ReplyDeletesalam singgah. wah.. muzium. dulu masa pegi PD, adelah ke muzium kota lukut. muzium seri menanti ni tak pnh singgah lagi. kami anak beranak mmg suke pegi muzium. ni plan ke KT pun ank2 ajak ke kg budaya dan muzium negeri
ReplyDeleteWah, macam best je. Boleh singgah kalau ke NS nanti.
ReplyDeleteDah buka yer muzium ini. Beberapa kali datang sini. Sayang masa tu tutup
ReplyDeleteSuka tengok Muzium nih... senibinanya menarik sekali, 1 day nak pergi
ReplyDeletePernah sampai sini sebab husband suka bawa anak2 melawat muzium. Dan satu lagi sebab free 😄
ReplyDeletetak pernah sampai lg muzium ni.. nampak lempeng tu sedap
ReplyDelete