Assalamualaikum...
Pagi tadi gerak balik kampung sebab nak ambik sabut kelapa dan jugak tempurung kelapa skit...Sabtu nanti SA nak buat daging salai...nak tunjuk kat En Tunang tu macam man nak salai daging...ye la baru ni dia suruh SA order daging salai kat orang yang jual di FB, marah la SA...dah la orang tu jual mahal...benda boleh buat sendiri kan...kenapa nak beli...memang la lebih kurang sama aje cost nak buat daging salai tu dengan cost beli...campur penat lelah lagi...tapi buat sendiri puas hati...at least boleh belajar dan tau cara macam mana nak buat daging salai...tak suah mana pun tapi moment tu nanti berharga...so balik JB boleh la citer kat adik beradik...dia dah rasa dan lalui cara orang buat daging salai...haaa gituuuuu....
So pagi tadi SA ada la kat kampung...bengang je SA di hurung nyamuk...bengkak dan bintat lengan SA...geram je....
Pak Zain tengah kumpulkan sabut dalam guni
Bawang ni beli kat Zemart Seremban, Mak Lang kirim..kat kampung bawang mahal katanya
Seronok balik kampung...rasa udara dan pemandangan yang segar
Rumah Mak Lang..
SA kutip kacang botor atau kacang kelisa..
Buah jambu kampung...x elok isinya kata Pak Lang...bila belah berulat
Geram dengan keladi ni...rasa nak kidnap...
Pokok strawberry
Bayam brazil
Ni pun sama...tapi malas nak amik
Sayur kucai
Pokok keledek sayur...mak lang suruh amik buat goreng belacan..SA malas nak amik
Balik Seremban SA singgah kat Terachi...cari itik salai....perghhhhh...harga diaaaa....RM45 seekor ye...nasib besar- besar...SA beli seekor jer Itik Salai untuk masak esok...
Lemang pun ada dijual...SA x beli..
Ikan sembilang salai
Daging salai RM60 sekilo
Abaikan muka x siap tu...malas nak mekap...
Ikan sembilang slai lagi...
Yang ni plak petai jeruk..RM15 botol besar skit
Yang ni RM10 botol kecik...x beli sebab tak makan...hahaha
Sebenarnya...esok En Tunang datang...petang kot sampai...lepas tu SA ingat nak ajar dia makan itik..dia tak pernah makan...so esok nak masak la lauk itik salai...masak apa tu SA x fikir lagi...maybe masak rempah atau masak rendang...we see how...kalau sebelum ni En Tunang x makan tempoyak...sekali dia cuba makan lauk masak tempoyak daun kayu tu dia jadi suka...sure dia boleh la makan itik kan...kita tengok la esok macam mana...esok dia bawak si Khalaf jugak...si kecik tu bising hari tu x ajak dia balik Seremban...bebel jer dia..dia pun nak jumpa Atuk jugak katanya....so esok plak petang nak turun KL, nak bawak dia pusing2 KL nak tengok KLCC la apa la...
So esok SA masak la ye Itik tu...esok SA update....klau boleh memang SA nak ajar dia makan macam- macam...banyak sangat benda dia x makan dan x pernah makan...hahaha....
Teringat masa konvo Fuad, entah di mana sewaktu perjalanan dari Melaka ke Negeri Sembilan, nampak berderet-deret itik salai di jual tepi jalan. Suka sangat tengok, tapi Encik Suami tak mahu berhentikan kereta heheheee... terus jew kereta meluncur laju.
ReplyDeleteBanyak betul pokok. Nak masak petik je ye tak
ReplyDeleteseronok nya balik kampung, mcm2 ada tanam..main petik je.
ReplyDeletewah..salai sendiri daging...best tu. snap & share kat sini ek kak SA....
petai jeruk saya suka lama tak makan sedapnyaa. daging salai pun sedap buat masak lemak cili padi
ReplyDeleteBestnya itik salai
ReplyDeletemengancam sgh itik salai tu...husband sy pun tak mkn itik,dulu lauk kenduri kahwin kami mak sy masak itik kononnya lauk paling hebat dah tu rupanya keluarga diaorang tak makan pun haha
ReplyDeleteKalau lalu kawasan Negeri Sembilan mesti banyak gerai yang jual itik salai ni.
ReplyDeletemohon bukak order, saya nak beli daging salai kak SA..hahahaha!!!
ReplyDeletewahhh meriahhh pokok stroberi kat situ!!!
haha..ajar SA, en tunang makan macam-macam..nanti dah kahwin, senang tak banyak cerita makan je apa SA masak...hehe
ReplyDeleteya Allah suburnya tanaman mak lang akak, terutama stoberi, kucai dengan keledek tu
ReplyDeleteklu itik cik nor suka buat rendang..:)
ReplyDeleteSeronok tengok tanaman sayur-sayuran Mak Lang SA nak-nak Pokok strawbery tu...
ReplyDeleteammi itik tak makan...keli pun x makan.
ReplyDeletebapak mahal daging salai tu kan