CENCARU MASAK KICAP PEDAS BERSAMA PERAHAN JUS LIMAU KASTURI
BY ~ Aleen Aireis
Bahan-bahan :
- 2 ekor ikan cencaru
- 4-5 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang puith
- 2 sudu besar cili sos
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 mangkuk kecil air (boleh agak-agak sendiri)
- 1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air
- 1 biji bawang besar - dipotong dadu
- 10 biji cili api - dipotong
- 4 biji limau kasturi - dibelah dua
Caranya :
1) Ikan cencaru dicuci bersih kemudian dicampur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, ketepikan.
2) Bahan bertanda ( ) dikisar lumat, panaskan kuali tumis bahan kisar hingg garing.
3) Masukkan air, cili sos, kicap, sos tiram dan bawang besar potong dadu, masak mendidih. Letak garam, gula secukup rasa jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah kicap pedas likat sedikit.
4) Tuang atas ikan cencaru, tabur cili api potong dan letak limau kasturi.
5) Cara makan, semasa menjamu selera nanti, perahkan 2 limau kasturi dalam hidangan itu, tidak perlu perah semua.. nanti rasa nak makan lagi.. perah lagi ..
NOTE : cencaru ini tak mau goreng nak bakar pun boleh
Jom buat ..
Lama x makan ikan caru ni... boleh try masak mcm ni..selalu Kak Ngah bako aje..hihihi
ReplyDeletesedap cencaru ni buat masak kicap :)
ReplyDeleteDulu-dulu ikan kegemaran saya ialah cencaru masak sambal..
ReplyDeleteYang simple dimple itulah yang sedap kan SA.
ReplyDeleteMenu simple ni lah yg selalu membunuh diet seseorang SA. Hihihihihi! Dap nye!
ReplyDeletesedap nampak nya..plus dgn limau2 tu..emmm.. yum yum
ReplyDeletewah..sedap ni..nak kna cuba la ni..:)
ReplyDeleteammi pun rasa berselera tengok
ReplyDeleteni memang sodap! makan dengan nasi putih panas-panas, boleh bertambah nasi!
ReplyDeleteini kira simple ke kak? kalau dana istilah simple tu ikan bakar bodo atau ikan goreng je hahahha
ReplyDeleteTak boleh tengok.. rasa teringin
ReplyDelete