Assalamualaikum...
SA stress kat office...dah 2-3 hari...sebab assist tentang board paper...adalah sebab stress nya..so semalam Jumaat pagi SA dah minum nescafe...konon nak release stress SA dengan kawan office keluar la kejap temankan dia ke Zus Coffee memandangkan SA dh minum nescafe ..SA order lain..Mango Creamy....sebelum ni x pernah order...ingat x sedap...ehhhh.....sedap rupanya...x kuat rasa susu, x manis sangat dan rasa lemak2 dengan pati mangga yang sedap ..guna fresh mango rasanya ..
Best la..biasa order latte, hazelnut latte la apa la kan...kali ni tukar plak...
Hilang ke stress??
Boleh la ..petang semalam bertambah2 stress bila x boleh balik selagi x hantar paper for signature pada company secretary dan CEO...boleh?
Nak tau pukul berapa SA sampai Seremban semalam?
Pukul 10.30 uolls...
Hp samsung ni mmg x lawa kalau Selfie...hahaha.. sebenarnya mmg muka penat and stress
Dah macam berpantang...sejuk oiii..macam kerja dalam freezer kilang air batu..
Bila stress bagus ke minum coffee?
Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu anda kekal berjaga tetapi juga boleh membuatkan minda anda kekal fokus. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.
Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan.
Pengambilan kafein secara berlebihan adalah fenomena yang boleh berlaku, berikut adalah gejala yang akan anda alami apabila mengambil kopi secara berlebihan:
Rasa gelisah dan gementar
Jantung berdebar-debar
Loya
Merasa bimbang secara tiba-tiba
Insomnia
Pening
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein yang serius.
Fakta kafein sumber dari google.com
ye betul kafein ni ada juga kebaikkannya. tapi tak elok juga terlalu kerap. paling bagus minum tanpa gula
ReplyDeletesaya pun suka minum kopi
ReplyDeleteHarap2 dah tak stress
ReplyDeletedah lama xminum kafein..jrang2 jer minum kopi..:)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan, Kak SA.
ReplyDeletesama la kita..hari2 nak kopi..bila stress or busy..lagi la kan.
ReplyDelete