Tuesday, January 31, 2023

Trip JB ~ Pasar Borong Pandan

Assalamualaikum...

Sebenarnya kan...banyak tempat nak explore kat JB..ada banyak je hot spot tapi mana yang sempat jer la..nasib En Tunang SA jenis sporting, dia yang cadangkan banyak tempat untuk blog SA. Dia okey dengan minat SA ni...dia pun x halang SA menulis. Ye la...dari takde buat apa yang tak bermanfaat kan...update blog pun bleh dapat duit...hahaha...

Pasar borong Pandan merupakan sebuah tempat yang mempunyai daya tarikan di mana semua barangan dijual secara pukal kepada peruncit, industri, perdagangan, institusi, atau sebarang pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain dan perkhidmatan bawahan yang berkait. Secara umum, ia merupakan jualan barangan kepada sesiapa yang bukan pengguna biasa. Biasanya semua barangan ini dijual secara pukal. Tetapi kadang kala ada juga barangan dijual dalam kuantiti yang sedikit bergantung kepada permintaan para pelanggan.

Menurut En Tunang, Pasar Borong Pandan ni memang akan meriah bila tiba musim perayaan...memang ramai orang turun mencari keperluan raya. Selain dari penduduk JB, kawasan ini pun menjadi tumpuan orang- orang Singapore tidak kira hari biasa mahupun hari- hari perayaan serta hujung minggu. So SA berpeluang la ke sini hari tu...sama la lebih kurang dengan Nilai 3. Suatu ketika dulu pun Nilai 3 sangat menjadi tumpuan..siap adayang dari negeri- negeri lain buat rombongan ber bas- bas datang...tapi selepas PKP ni macam tak hidup dah Nilai 3. Tapi diorang yang meniaga guna platform lain..iaitu meniaga dalam Tik Tok...

Jom tengok gambar yang sempat SA snap untuk blog ni...



Source from google.com
 
























Menurut Division Statistik Bangsa-bangsa Bersatu, "pemborong" adalah julan kembali (jualan tanpa perubahan barangan baru dan terpakai pada peruncit, industri, perdagangan, atau pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain, atau bertindak sebagai agen atau broker bagi membeli barangan bagi atau menjual barangan kepada, orang sedemikian atau syarikat. Pemborong biasanya secara fizikal memsang, menyusun dan mengred secara pukal, memecah pada bungkusan lebih kecil, membungkus kembali dan mengedar dalam bilangan lebih kecil. Ketika pemborong kebanyakan barangan biasanya beroperasi dari tempat berlainan, pemborong makanan mungkin terdapat di pasar borong khusus di mana kesemua pemborong berkumpul.

Pada kebiasaannya operasi pasar borong bermula pada waktu malam hingga awal pagi. Purata pelanggan-pelanggan pasar borong ini terdiri daripada peniaga-peniaga kecil, pengusaha restoran dan orang biasa yang ingin mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan barangan segar.

SA x beli apapun kat sini sebab takde keperluan rasanya...hahaha..betul- betul beli air kelapa je sebab dah terlalu haus kan...then balik sebab esoknya pagi- pagi SA dah nak gerak balik ke Seremban...

Ada satu tempat lagi yang SA x sempat nak pergi...ekceli boleh jer kalau nak pergi cuma perut cramp...membuatkan mood SA nak explore kelaut..SA nak pi JPO..ada la benda yang SA nak survey..tapi takpe la..next time bleh datang lagi kan...


11 comments:

  1. Wah.. Sukanya tengok buah oren dengan durian tu.. Longgok gitu je..
    Perut cram, memang jadi tak best nak jalan..

    ReplyDelete
  2. saya tertarik dengan buah berangan goreng tu berapa agaknya sekilo tu ye kak?

    ReplyDelete
  3. Ya allah Sa, klu tau kita satu hotel, bole ajak lepak minum2 haha...xde jodoh lg nak jumpa rupanya

    ReplyDelete
  4. Wak kalau jumpa buah berangan goreng ru mesti beli.
    Setengah kg RM 30

    ReplyDelete
  5. Ni kalau saya pergi mesti rambang mata. Semua nak beli

    ReplyDelete
  6. nama jer pasar borong tp meriah tempatnya..:)

    ReplyDelete
  7. Pergi cuci-cuci mata pun dah happy ni.. lama x jumpa berangan goreng mcm ni... kalu dulu selalu nampak org jual di petaling street mcm ni

    ReplyDelete
  8. rindunyaaa nk shopping kt JPO! hahah.. pernah ke JB tp tak sampai sini lg SA.

    ReplyDelete
  9. bestnya kalau dpt pegi Pasar Borong Pandan ni mcm2 ada.. durian tuu... sedapnye aaa

    ReplyDelete
  10. Wah, meriahnya. Sesuai untuk shopping ni.

    ReplyDelete
  11. tengok buah berangan tu best je...kalau makan jangan kentut...hazab karang

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah