Thursday, January 12, 2023

Rindunya Nak Staycation Berdua Lagi ...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tengah duk scroll handphone tengok gambar mana yang simpan mana yang nak delete jumpa gambar ni...alaaaa...rindunya kat minah sebelah tu...walau hari- hari whatsaap tetap rindu jugak sebab tak nampak muka kan...nak VC dia segan ngan roommate dia katanya...

Sebenarnya kesian dia struggle tau belajar kat sana, dengan makan mahal, kadang cafe bukak kadang x bukak, bila x bukak tu kena la call grab atau foodpanda, harga korang pun faham la kan... dengan course dia amik tu cuma 2 pelajar je termasuk dia...dengarnya pensyarah nak combine kan dengan budak- budak diploma nanti...intake baru pulak bulan 2 nanti kan...SA cakap takpe la kakak, 2 orang pun okey sebab pensyarah boleh focus kat korang je...memang la rasa x best...tapi x pe kot...SA suruh je dia focus..

Paling kelakar dari awal - awal dia masuk dia cakap dia adakala kena kacau and ada sorang student course lain tapi dah senior la crush kat dia....SA cakap kawan takpe..jangan melibatkan perasaan, not at this time..awak baru nak sesuaikan diri...Dania cakap memang tak la..Dania tak suka..x handsome pun...terus SA gelak besar...Uncle tau pasal ni pun uncle gelak...Uncle cakap benda melibatkan perasaan ni memang x leh elak..x leh jangka..tapi kena hati- hati..jangan sampai bercinta takut nanti belajar ntah kemana kan. SA memang selalu nasihatkan dia..focus belajar...Uncle pun hari- hari whatsaap dia..tanya dah makan ke, tanya pasal kelas dan macam- macam lagi la..dan kalau korang nak tau kami dah ada official group family, cuma kami bertiga je...so apa nak share semua share kat situ...



 

Bulan 5 nanti Dania akan habis Semester 1 dan akan bercuti..tak tau la lama ke tak...masa tu nanti ingat nak staycation la ngan dia berdua...lama dah x staycation...masa tu nanti insyaallah kereta pun dah ada dah...so panjang la langkah kami nanti..hahaha...

Petang ni SA nak pi sign agreement kereta Dania...harap semuanya dipermudahkan...lepas office insyaallah SA akan ke Shah Alam...harap- harap sempat la SA balik Seremban...hahahaha....

20 comments:

  1. wah tahniah dah dapat baby baru ye..makin jauh la boleh staycation nanti agak2 menghala ke JB ke tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blom dapat lagi Afzan, dalam process tapi dah end process la...hehehee

      Delete
  2. Cantik gambar, di Pintasan Saloma. Dania belajar di mana, SA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. University College Agroscience Malaysia kat Alor Gajah

      Delete
  3. Sian lak kalu gitu lah kak, cafenya jenis tak tetap ye. Macam adik dana tu kt UKM takpe dia ada banyak cafe di setiap kolej nya, makanan pun mampu milik lagi bas pun sentiasa ada dalam kampus cuma kalau keluar tu tumpang kekawan. Lagi 2 sem je abis dah tu, macam Dania panjang lagi perjalanan kan, nanti dapat bawak kereta bestla senang sikit kan

    ReplyDelete
  4. Bagus nasihat SA tu. Time belajar tak payah la couple2. Klu boleh masa ni ambil peluang join aktiviti2 di kampus sebab boleh bagi banyak pengalaman & dapat jugak masuk dalam resume nanti.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan dania.. kesian dia boring 2 org je dlm kelas.. semoga dia kuat semangat dgn dugaan kehidupan di kampus

    ReplyDelete
  6. Semoga Dania terus semangat ye. Bila anak dah peringkat remaja kita lebih kepada menjadi kawan sahabat dia kan SA. Supaya dia tak rasa kekok nak meluah bercerita dgn kita. ;)

    ReplyDelete
  7. Ada pro & cons bila tak ramai dalam kelas.tapi ambik side +ve ..in shaa Allah banyak hikmahnya tu..
    Tahniah Dania..rezeki Allah kurniakan..muda remaja dah dapat kereta baru..Alhamdulillah 🤲

    ReplyDelete
  8. Dania dengan kak SA dah macam kakak adik dah. Hehehe. Wahh nanti Dania dah ada kereta time cuti boleh la hantar mama pegi ofis. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Wahhh..kereta Dania tu. Semoga dipermudahkan semua. Aamiin

    ReplyDelete
  10. La kasihan la kalau cafe on & off buka.. semoga dipermudahkan urusan Dania di kampus.

    ReplyDelete
  11. Skrg ni mmg banyak tempat tak ramai dlm kelas. Pengalaman Sk pernah dulu, sorg jer dalam kelas. Dah macam ngajar tuisyen pulak.
    Iman pun ada masalah pasal makan kat u masa awal2 dulu. Sabar ya, Dania.. moga dimudahkan urusan awak.

    ReplyDelete
  12. Wah, senanglah nak staycation jauh sikit bila dah ada kereta.

    ReplyDelete
  13. Sedihnya dgr psl cafe.. apa lah dia nak makan.. klau hari dgn foodpanda/grab dah la service charge dia mahal.. semoha Dania byk bersabar ya..
    Hati2 bila berkawan dgn lelaki but i know you are a strong girl..

    ReplyDelete
  14. Alhamdullilah rezeki baru Dania. JOM JALANNSSS!

    ReplyDelete
  15. Yeay...seronok la leh jenjalan jaun skt...panjang kaki kan...

    ReplyDelete
  16. bolehlah tu kak cuti2 time dania cuti sem.. bestnya girls day out

    ReplyDelete
  17. maksudnya camna kak? course dia (batch dia) ni cuma ada 2 students je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya course dia amik Business Management tu cuma 2 student je utk batch dia itupun dia ngan roommate dia..sebab ni asasi kan...nanti degree harap2 ada ramai la..

      Delete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......