Monday, January 16, 2023

Resepi Terung Goreng Berlada


Assalamualaikum...

Hi korang...

Dalam pada sibuk skit, SA nak update resepinyang SA save dari FB Group ni kat blog...SA biasa je buat terung goreng berlada ni...tapi style SA la...SA nak jugak cuba buat style dari resepi orang lain...terung ada dalam fridge tu...boleh la buat nanti....SA biasa buat guna cili kering dan last sekali taburkan ikan bilis goreng..memandangkan Mak Pah tak leh makan ikan bilis..nanti kaki dia sakit...makanya nanti boleh la cuba buat macam ni...sebenarnya lauk simple macam ni pun sesuai untuk kenduri kahwin kan...eh...hehehe....



 

*RESEPI TERUNG GORENG BERLADA*

Bahan2

  1. Terung
  2. Garam dan gula secukup rasa
  3. Minyak untuk menumis 
  4. Sedikit air asam jawa
  5. Bawang besar-dihiris 
  6. Ikan bilis digoreng garing


Bahan2 tumbuk kasar

  1. Bawang besar
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Belacan 
  5. Cili besar merah 
  6. Cili padi


Cara memasak

  1. Terung dibasuh dan dibelah tengah..
  2. Goreng dlm minyak panas, biar smp masak tapi jangan lembik sangat... 
  3. Angkat toskan...
  4. Kemudian tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi ..
  5. Masak sehingga pecah minyak...
  6. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.. kalau nak lebihkan kuah masukkan sedikit air.. biarkan mendidih..
  7. Kemudian masukkan terung yg telah ditoskan tadi dgn bawang besar yg dihiris... 
  8. Biarkan kejap bagi sambal berlada sebati dgn terung..
  9. Bila sudah betul2 masak, angkat .... siap!!


Kredit : Sofia Saleh

Resepi Memikat Suami


8 comments:

  1. Semalam Aini lunch terung goreng berlado.. sedapnya

    ReplyDelete
  2. ni memang kesukaan ramai ni...kalau kenduri lauk ni mau yg pertama licin

    ReplyDelete
  3. sedapnya terung goreng berlada nih fav...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. Nie je lauk pun dah puas hati..

    ReplyDelete
  5. sedapnyha..nnt nak buat jugak la..:)

    ReplyDelete
  6. ala kak lama dah kita nak buat tapi sebab tengok harga terung rasa terbantut.. mahalnya la sekarang ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah