Wednesday, January 11, 2023

Resepi Ikan Bakar Air Asam Picit

Assalamualaikum...

Perangai SA plak ha...lepak dalam train x tau nak buat apa sambil tunggu train gerak, SA ternampak plak resepi yang ni ..SA bukan apa tau..Mak Pah kan kurang selera makan kadangkala x nak makan...So SA gigih la cari resepi mudah dan simple untuk SA cuba mana tahu kalau-kalau tukar cara masak dia ada selera nak makan kan...

So SA share kat sini...nanti semua boleh cuba jugak ..x buat hari ni maybe buat masa yang sesuai kan ..

Jom tengok resepi...



Resepi ni simple je.. Ikan bakar boleh..kukus pun boleh. Makan dengan nasi panas-panas
Ikan di bakar letak garam kasar sahaja!! 
Air Asam Picit  & Ulam Ulaman.

Resepi : 

Ikan Bakar Air Asam Picit. 

1)  Asam Jawa Seketul bulat Sebesar Limau Nipis + Belacan Sebesar 2 Ibu Jari + Cilipadi 9 Biji+ 1/2 Sudu Teh Gula+ 1/2 Sudu Teh Garam. 

2) Masukkan Semua dalam Mangkuk. Tambah Air dalam 1/4 Cawan. 

3)  Ramas2 Asam Jawa dan Belacan sampai sebati. Patah2 kan Cilipadi sambil tenyeh kat Mangkuk. Kalau x pandai buat macam tu. Potong Kasar Cilipadi dan tumbuk dlm Lesung Batu kasar2 dan masuk dlm Air Asam n Belacan. 

4) Perasakan Garam dan Gula. Kalau Nampak pekat Tambah Air lagi. Agak-agak lah.

Cubalah inshallah sedap.

Credit resepi : Puan Yoi

13 comments:

  1. Eh2... senang giler buat air asam ni. Belacan tu takyah bakar dulu ye? Wah boleh try ni.

    ReplyDelete
  2. uish...
    ni kalau gu dengam ulaman yang direbus memang lawannya ni...syedap

    ReplyDelete
  3. aduii kak. kecur air liuqqq saya kakkk

    ReplyDelete
  4. Macam resepi belah2 utara ni kalau ada cili picit2. Dulu arwah MIL buat camni gak tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  5. arwah mak kalau mkn ulam suka buat mcm ni
    adoiii kecur air liur. mkn ramai2 bertambah nasi
    tibaaa rinduu pula

    ReplyDelete
  6. menu ni kalau saya jahanam dietku tak jadi sepinggan tak pasal-pasal menambah nasi

    ReplyDelete
  7. Ya Allah. Sedapnya lauk mcm ni.. Mmg menambah2 nasi.. Xperlu ayam2, daging pun. Lauk2 simple gini sebenarnya yg sedap.

    ReplyDelete
  8. tengok pun dah kecur air liur kak oi

    ReplyDelete
  9. ammi dah penah cuba...memang sedap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......