Friday, January 27, 2023

Majlis Nikah Dan Bersanding Imran Dan Fatin 22012023

Assalamualaikum...

Pagi Ahad hujan turun lebat sepanjang perjalanan untuk ke majlis pernikahan Imran dan Fatin...awal pagi kami dh siap dah menuju ke masjid lokasi majlis pernikahan..akad nikah dijadualkan pukul 9am, kami sampai awal supaya x kalut..

Pengantin perempuan sampai...tok kadi pun dah sampai...pasangan Imran dan Fatin merupakan pengantin pertama or maybe satu- satunya yang bernikah pagi tu...so akad nikah berjalan dengan lancar..dari riak wajah Imran jelas terpancar segala macam perasaan...confirm cuak..confirm tak tenteram...entah macam mana la nanti En Tunang...tak dapat plak SA nak bayangkan nanti...heheheh....Bukan Imran aje cuak ye...yang lain- lain pun sama especially Ibu pengantin, Nenek dan keluarga terapat..SA yang tengok pun rasa berdebar- debar...lepas dengar perkataan SAH tu....lega masing- masing..ada jugak yang mengalirkan airmata kegembiraan...




































Alhamdulillah ..

Dengan sekali lafaz sahaja Imran dan Fatin sah menjadi suami isteri...selesai majlis Nikah dan kami semua gerak ke homestay semula untuk bersiap sedia majlis bersanding plak...masa ni la perut SA cramp teruk...puas SA menahan. Patut SA tukar baju lain untuk majlis bersanding...tapi SA x larat...cepat- cepat makan ubat...

Tepat pukul 12.30 tengahari kami dah sampai kat homestay untuk majlis bersanding, hujan dah mula turun masa ni.. Ketibaan kami disambut dengan mercun pada awalnya...setahu SA di Johor masih diamalkan tol kan..tapi SA macam x nampak plak masa tu..maybe ada cuma SA kat belakang kan...x sempat nak ke depan..so SA terlepas part tu...itu yang SA nak amik video sebenarnya...nanti check balik dengan En Tunang if ada x part pengantin lelaki kena tol tu...















Yeay...semua pun happy...Imran dan Fatin dah nikah...dah bergelar suami isteri...majlis di sebelah pihak perempuan selesai...tunggu majlis pihak lelaki plak March nanti...SA x pasti plak masa majlis pihak lelaki SA dapat hadir ke tak memandangkan masa tu SA akan sibuk dengan kerjaya..dan kalau tak salah majlis sebelah pihak lelaki beberapa hari sebelum Ramadhan kot. Will see how nanti...rasa macam rugi plak x pergi nanti sebab SA kan dari pihak lelaki...

Selesai part ni...tapi masih ada lagi part lain yang SA nak update nanti ye....

8 comments:

  1. selamat pengantin baru buat Imran dan Fatin... Ohhhh kata orang muka cuak ek, kita tengok bulan 9 nnti masa dia tu kan cuak ke idok hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru kepada Imran dan Fatin.

    ReplyDelete
  3. Selamat Pengantin Baru...cantik dua-dua mempelai...

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru keduanya sama cantik sama padan. ;)

    ReplyDelete
  5. Selamat Pengantin Baru Imran dan Fatin. Best tengok orang naik pelamin. Kita ni entahlah berpeluang ke tidak

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru buat Imran dan Fatin. Masa akak tunang tu, saya duduk semeja dengan Imran nihlah. Tak sangka di keluarga sebelah tunang akak.

    ReplyDelete
  7. cantik pulak duit hantaran ke mas kahwin tu kak? dihias macam tu cantik nampaknya.. semoga hubungan berkekalan buat pasangan pengantin..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......