Tuesday, January 3, 2023

Ini Baru La Asam Pedas...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Kisah semalam...lepas pergi hantar Dania balik Kolej dia..terus SA di bawa ke Melaka secara paksa rela..hahaha..dah la tumpang orang tiber plak nak kata x nak kan...so kena la ikut adik SA. Suddenly je Biras dia nak belanja makan...suddenly jugak SA terjebak dan terpaksa ikut ni...so kami jumpa kat restoran tu terus...maaf SA memang x tau selok belok Melaka..ikut jer la...cuma sedikit segan la..sebab join aktiviti family orang kan..walaupun diorang x kisah. Tetap rasa janggal tu...Mulanya memang Lissa offer Dania ikut sekali pi jenjalan dulu tpai makcik tu x nak ikut plak...dah hampir sampai Melaka dia cakap pusing la balik amik dia...memang x dapek la kan...hehehe...next time la...

Melaka memang la terkenal dengan Asam Pedas. Tapi x semua tempat asam pedasnya sedap dan kena pada tekak kan...tapi kat sini memang sedap betul asam pedasnya..SA rasa dari Lissa punya pilihan kuah dia sedap, cukup rasa..cukup segalanya...SA plak x pilih Asam Pedas sebab dah petang kan...lebih kepada nak makan mee goreng je...so SA order la Mee Goreng Seafood. Sekali sampai tudiaaaaa....seafood selambak..sampai boleh la consider kena gout..SA bahagi- bahagikan seafood kat adik SA..x terdaya nak habiskan..



Tu ha kedainya...Asam Pedas Claypot, selain asam pedas ada masakan ala-carte jugak dan ada jugak stimbot..


Senarai makanan yang ada


Sikembar Eya & Eca ...alaaa...gegar...


Terima kasih biras Lissa , Eira belanja, yang hujung tu mertua Lissa


Kiri suami Lissa dan kanan abg ipar Lissa, suami kepada Eira


Menu 


SA dan adik SA, Lissa


Sikembar


Si hensem Aydan


Seronok tengok dia makan
 


Mee goreng Seafood SA....portion besar dan terkejut tengok seafood selambak dalam plate tu


Sikembar makan nugget je...kenyang katanya


Eca tu bad mood, nak tengok wayang semua kata x sempat..hahaha...nak sekolah dah kan



Asam pedas ikan tenggiri...so far ini yang the best yang SA pernah rasa..tempat lain kadang kurang rasa dan cair...tapi tu la viral plak kan...


Set nasi ni didtangkan dengan asam pedas tadi..


Up sekali lagi sebab best...sampai sekarang terasa- terasa..


First time makan kat sini...first time jugak join family Lissa ni...Bias dia memang selalu berkongsi rezeki...terima kasih daun keladi...nanti kalau nak pi makan mana- mana ajak la lagi...ehhh...hahahah...sebenarnya SA segan gak la kan...x pernah join family orang...tapi SA buat biasa je...sempat la SA ucapkan terima kasih...sebenarnya kan...biras Lissa ni la yang SA amik catering tempat dia kerja masa majlis SA last 2 week...

Lepas dari makan- makan ni...singgah kedai RM2, SA terjebak gak...tapi beli benda- benda nak guna je la...lepas tu balik...pukul 9 malam baru sampai rumah...


9 comments:

  1. Memang tengok pada rupa, ini barulah asam pedas!
    Semoga dilimpahkan rezeki kepada biras Lisa kerana tidak berkira, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. perghh...mi goreng seafood dia terbaik...bersusun udang, kepah...sedapnya asam pedas...

    ReplyDelete
  3. tertelan airliur tengok meegoreng seafood SA geram tengok

    ReplyDelete
  4. memang meriah betul seafoodnya, dahla dia goreng tu nampak macam ranggup betul. Nampak pekat kuah asam pedas tu mesti sedap hirup kan

    ReplyDelete
  5. tu cuba cari nanti ni. hujung bulan ni nak gi melaka..vacation yg tertangguh hari tu

    ReplyDelete
  6. Tudiaaaa..mee goreng seafood diaaa..nalla
    Asam pedas nampak pekat elok..
    Betul kata SA..kadang yang tak berapa tu yang viralnya...hihihi

    ReplyDelete
  7. Portion memang banyak. Makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. nampak pekat kuahnya...ammi masuk dlm list la kedai ni

    ReplyDelete
  9. Haah kalau saya segan sertai keluarga mertua adik.
    Hehe Kak SA, betullah menonjol makanan lautnya tidak nampak sangat nasi goreng.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah