Friday, January 13, 2023

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Assalamualaikum...

Hi korang...

Salam Jumaat penghulu segala hari...semalam SA scroll FB dan terjumpa perkongsian tentang cara mandi wajib yang betul dan SA terpanggil nak share kat sini untuk menambah ilmu. Of course bukan ilmu yang baru tetapi bagus untuk kita refresh semula..

Selain tu kita boleh ajar anak- anak kita tentang pentingnya mandi wajib..boleh share dengan anak lelaki dan boleh share dengan anak perempuan. Walau mereka sendiri dah belajar di sekolah tapi as a parent kita patut tahu dan ajar anak- anak kita...




Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.

Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.:


1. Niat ketika air sampai ke tubuh

2. Membaca “Bismillah”

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun

6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:


“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”


Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:


“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”


Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:


“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”


8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)


9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan


10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.


Wallahu’alam


6 comments:

  1. Terima kasih kongsi ilmu yang sangat bagus..
    Kadang2 kite dah tahu tapi as a reminder elok kite banyak kali baca pun xde masalah.
    Janji semua perbuatan kite ketika mandi wajib tu adalah betul

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas reminder SA!

    ReplyDelete
  3. Good sharing...peringatan bersama

    ReplyDelete
  4. tq SA...walaupun biasa buat tapi ada baiknya kita sentiasa belajar. kot-kotlah selama ni kita ada tertinggal rukun ke kan

    ReplyDelete
  5. Tq SA benda yang biasa tapi perlu kita sentiasa ingat cara yang betul melakukannya. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah