Tuesday, January 31, 2023

Simple Birthday Celebration Nur Tiara Saffiya...

Assalamualaikum....

Masa cuti CNY hari tu kat SA kat JB, yang lain- lain smeua lepak kat rumah adik bongsu SA kat bangi...seronok betul memasing kat sana mandi kolam apa segala...Jeles plak rasanya...diorang keep on update aktiviti kat Bangi...

Termasuk lah sambut birthday si cantik Tiara tu...dak princess tu memang suka la bab- bab ni...rebut- rebut ngan abang dia nak tiup lilin...korang bleh tengok Opick x puas hati dalam video tu...Birthday ornag mesti nak kena sebut nama dia jugak masa nyanyi lagu birthday...Acu cakap ikutkan nak sambut sekali masa birthday Opick bulan 2 nanti...tapi Atuk suruh buat jugak sambut...itu yang diorang buat simple celebration tu....

SA mulakan dengan video eh...pas tu korang tengok la gambar tu...


















Part lilin tak leh sekali aje ye...

Lilin kena banyak kali sampai masing- masing satiesfied...budak- budak kan...bila bab tiup lilin birthday ni memang la kegemaran dan is a must....

Happy birthday si princess mama yang ke 4 tahun...makin besar..makin banyak akal...asyik nak cantik- cantik je...namapun dia sorang jer princess paling kecik dalam family kan..Bila bercakap bukan maik lancar lagi...pandai susun ayat...

Semoga membesar menjadi anak yang pintar dan berjaya dunia akhirat...menjadi kebanggan ibu dan ayah....

Lunch Nasi Campur RM12

Assalamualaikum...

Korang pun tau SA tengah diet sekarang kan...ntah kenapa hari ni SA terlampau lapar...sampai menggigl, sampai pening kepala...ah sudah...dh kenapa plak...rasa macam nak pitam...rasa berpeluh- peluh...terus SA check blood pressure...amik ko 153/94 ko..Dah kenapa plak...nak kata stress SA x stress,kerja pun tak banyak...

SA rasa lapar giler...sebelum makan SA makan dulu buah tu ha...ingat muda...rupanya lembut...x feel makan...hahaha..dalam pada x sihat sempat plak...



Buah mangga lembut


 Nasi campur RM12 ~ Ayam goreng bahagian peha kecik je kurus, sambal paru 2 ketul, sayur cendawan goreng..sambal belacan skit..


Ni hari tu masa hantar kakak Dania, adik ipar belikan air tebu ikat tepi...sedap..manis...

Alhamdulillah...rezeki lunch hari ni...

Harap- harap SA okey la jap lagi...SA rasa dose ubat SA nak kena naikkan ni...SA makan 5mg...dulu awal2 kena hypertesion SA makan yang 10mg...pasal x serasi...so doc turunkan dose...dah bertahun SA makan dose 5mg...kali ni macam nak kena naikkan plak...SA kerap dah sakit kepala...kerap dah rasa x tenteram..SA notice kalau darah SA naik..SA akan rasa x selesa, tak tenteram...eh macam- macam la..paling x suka tiba- tiba panic attack....

Ni tadi SA rehat kejap kat bilik rawatan dalam 10-15 minit...tak tahan ekon kuat SA keluar...sampai sekarang SA masih kat meja SA...mengantuk pun ye ni ha....


Trip JB ~ Pasar Borong Pandan

Assalamualaikum...

Sebenarnya kan...banyak tempat nak explore kat JB..ada banyak je hot spot tapi mana yang sempat jer la..nasib En Tunang SA jenis sporting, dia yang cadangkan banyak tempat untuk blog SA. Dia okey dengan minat SA ni...dia pun x halang SA menulis. Ye la...dari takde buat apa yang tak bermanfaat kan...update blog pun bleh dapat duit...hahaha...

Pasar borong Pandan merupakan sebuah tempat yang mempunyai daya tarikan di mana semua barangan dijual secara pukal kepada peruncit, industri, perdagangan, institusi, atau sebarang pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain dan perkhidmatan bawahan yang berkait. Secara umum, ia merupakan jualan barangan kepada sesiapa yang bukan pengguna biasa. Biasanya semua barangan ini dijual secara pukal. Tetapi kadang kala ada juga barangan dijual dalam kuantiti yang sedikit bergantung kepada permintaan para pelanggan.

Menurut En Tunang, Pasar Borong Pandan ni memang akan meriah bila tiba musim perayaan...memang ramai orang turun mencari keperluan raya. Selain dari penduduk JB, kawasan ini pun menjadi tumpuan orang- orang Singapore tidak kira hari biasa mahupun hari- hari perayaan serta hujung minggu. So SA berpeluang la ke sini hari tu...sama la lebih kurang dengan Nilai 3. Suatu ketika dulu pun Nilai 3 sangat menjadi tumpuan..siap adayang dari negeri- negeri lain buat rombongan ber bas- bas datang...tapi selepas PKP ni macam tak hidup dah Nilai 3. Tapi diorang yang meniaga guna platform lain..iaitu meniaga dalam Tik Tok...

Jom tengok gambar yang sempat SA snap untuk blog ni...



Source from google.com
 
























Menurut Division Statistik Bangsa-bangsa Bersatu, "pemborong" adalah julan kembali (jualan tanpa perubahan barangan baru dan terpakai pada peruncit, industri, perdagangan, atau pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain, atau bertindak sebagai agen atau broker bagi membeli barangan bagi atau menjual barangan kepada, orang sedemikian atau syarikat. Pemborong biasanya secara fizikal memsang, menyusun dan mengred secara pukal, memecah pada bungkusan lebih kecil, membungkus kembali dan mengedar dalam bilangan lebih kecil. Ketika pemborong kebanyakan barangan biasanya beroperasi dari tempat berlainan, pemborong makanan mungkin terdapat di pasar borong khusus di mana kesemua pemborong berkumpul.

Pada kebiasaannya operasi pasar borong bermula pada waktu malam hingga awal pagi. Purata pelanggan-pelanggan pasar borong ini terdiri daripada peniaga-peniaga kecil, pengusaha restoran dan orang biasa yang ingin mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan barangan segar.

SA x beli apapun kat sini sebab takde keperluan rasanya...hahaha..betul- betul beli air kelapa je sebab dah terlalu haus kan...then balik sebab esoknya pagi- pagi SA dah nak gerak balik ke Seremban...

Ada satu tempat lagi yang SA x sempat nak pergi...ekceli boleh jer kalau nak pergi cuma perut cramp...membuatkan mood SA nak explore kelaut..SA nak pi JPO..ada la benda yang SA nak survey..tapi takpe la..next time bleh datang lagi kan...


Trip JB ~ Bazaar Karat...

Assalamualaikum...

Hi korang..

Jom sambung citer trip JB, Lepas makan kat Menate Steak Hub JB tu, En Tunang bawak SA ke Bazar Karat JB. Mulanya SA macam malas nak pi..tapi dia kata sesuai kalau SA nak blog out pasar tempat- tempat kat JB so better kita pergi. SA bukan apa..dengan jammed teruk, dengan nak cari parking...sekali En Tunang kata..alaaa jom je la..untuk blog you. See dia plak yang prihatin bab blog SA...ye la..SA kena maintain PV dan Google Adsense kan...input kena banyak untuk tarik perhatian pembaca. Takkan asyik nak citer bab masakan je...jemu plak ornag nanti...

Pasar Karat Johor Bahru sangat terkenal dalam kalangan rakyat Johor dan Singapura. Ia terkenal sebagai syurga membeli-belah bagi rakyat Singapura. Pasar ini mendapat gelaran karat kerana pada awal pembukaannya barang yang dijual adalah bersifat langka dan antik. Macam- macam barang rare korang boleh cari kat sini...oh ye..SA masuk kejap kejap kedai gadjet. Nak tukar screen protector hp SA...

Jom tengok apa yang sempat SA snap...kena hati- hati especially handbag sebab orang terlampau ramai kan...wah...tempat ni jadi tumpuan juga ye...SA x pasti plak kat Seremban ada ke Bazar Karat. Rasa macam ada...



Kena ajar En Tunang amik gambar...dah kudung kaki SA ha...






Brader ni macam buskers la..cari makan ngan main guitar ..ramai plak amik gambar ngan dia..









Handbag imitation banyak berlambak


Smiggle pun ada




selipar budak2

 

Tak banyak pun gambar SA amik...orang terlampau ramai...risau plak kalau- kalau kena pick pocket kan...pusing- pusing...xde rasa nak membeli...so En Tunang ajak pergi tempat lain...eh..eh...pakcik ni tak penat agaknya...hehehe...dia ajak SA pi tempat paling banyak orang Singapore lepak...then SA kata okey la...jom...

SA mengadu penat, dia siap perli SA lagi...ooo...jalan sikit penat...kalau naik Gunung tu tak penat plak...alaaaa....itu lain kan..takde lautan manusia...haha....

Next entry kita ke Pasar Borong Pandan

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah