Assalamualaikum...
Kenapa la hari ni....
Masuk rumah Dana ada sotong goreng kicap..masuk instagram reel ramai buat sotong sambal...SA dah la tengah craving...tapi nak sotong sambal...tapi yang resepi kat bawah ni macam sedap plak...eh..dugaan petang Jumaat betul la...nak plak SA memang esok x kemana..memang esok cadangnya nak beli sotong...
Ya allah terliur SA tengok gambar...kita tengok esok menjadi x plan SA nak masak lauk sotong ni...apapun SA simpan resepi kat sini untuk rujukan kita semua ye...Nanti free bleh cuba kan...
SOTONG MASAK HITAM PEDAS
Bahan-bahan
- Sotong 500g
- Dakwat sotong
- Cili kisar 5 sudu besar
- Perahan Asam jawa 1 sudu besar
- Serai 1 batang ( dikatok )
- Halia 1 cm ( dihiris )
- Lengkuas 1 cm ( dihiris )
- Daun limau purut 2 keping
- Serbuk belacan 1 sudu kecil
- Cili padi hijau 10 batang
- Bawang putih 3@4 ulas ( dikatok )
- Bawang besar 1 biji(dipotong bulat)
- Garam
- Serbuk perasa
- Serbuk kunyit
Cara Masak
1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit)kemudian toskan .
2. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau
3. Masukkan cili kisar ,masak sehingga pecah minyak,kemudian masukkan cili padi hijau ,daun limau purut , halia , lengkuas dan serbuk belacan Dan diikuti dengan perahan air asam jawa
4. Masukkan sotong ,dakwat sotong Dan bawang ,Gaul rata Dan masak seketika.perasakan dengan garam Dan secukup rasa.
6. Angkat dan siap untuk dihidang
- cc Nurul Ateekah
Credit Telegram : Resepi Dunia Masakan
saya tengah lapar ni nampak semua orang duk hidang sotong la ubi telampung la kfc la saya dah tak sabar nak tunggu 4.30 nak balik makan nasi hahaha
ReplyDeleteSedap lak tegnok sotong ni.. tertelan air aini tadi padahal dah lunch td..haha.. Tengok sotong teringat cerita Sutun
ReplyDeleteheehehe wajib buat kak kang teringat-ingat
ReplyDeleteGunakan dakwat sotong, rasa kuahnya lebih sedap.
ReplyDeletesedapnya..tiba2 jer lapar tgk sotong ni..:)
ReplyDeleteIbu tgk org makan megi teringin megi. Tgk plak menu sotong mana nak cari sotong memalam ni. Hahahahaha!
ReplyDeleteNampak sedap betul..Ngences nih
ReplyDeleteTak sabar nak tengok hasil masakan Kak SA pula.
ReplyDeleteWAh,,try lah kak. Saya tak pernah lagi masak sotong dengan dakwatnya sekali
ReplyDeleteOwh dia guna dakwat sotong.. Nasib baiklah da makan sotong weekand hari tu.. Kalau tak memang terliur nie..
ReplyDelete