Monday, December 19, 2022

Resepi Kari Ikan Kembung Campur Bendi

Assalamualaikum..

Hi korang....

Sebenarnya entry ni dah lama dalam draft...bulan lepas lagi..SA lupa nak publish...takpe la kan..still boleh share jugak kan...SA takde benda nak share dah..rasanya macam semua dah share....hahahaha...kang share bab SA nyer majlis ada plak yang perli SA lagi , macam SA sorang jer yang nak bertunang and bahagia. Citer anak kat kolej kang..ada gak yang perli gak macam anak dia sorang je yang belajar kolej...haaa...serba salah plak jadinya...sudahnya SA buat bodoh je...lantak la...yang penting kawan- kawan kat dalam blog SA ni semua best, semua positif dan semua memang memberikan semangat untuk SA..Serba salah plak SA nak share...rupanya ada yang x suka dan x selesa...hati orang kan...tapi jangan risau bukan korang- korang blogger yang x selesa ngan SA...ada je orang luar...

Jom berbalik ke masakan yang SA masak bulan lepas...

Kadang-kadang tidak terfikir bahawa ikan kembung sedap juga kalau dimasak kari. Kembung di pasar tu tidak sukar untuk kita mendapatkannya. Semenjak di musim Covid-19 ni,segala jenis ikan yang menjadi kesukaan dan murah beberapa tahun lepas jadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Di supermarkit pula, ramai yang berbelanja sehinggakan makanan laut seperti ikan dan ketam harganya terlonjak mahal disebabkan oleh demand yang tinggi jugak...so kita yang rakyat marhaen ni nak tak nak terpaksa la beli jugak kan...kalau tak sampai bila x makan ikan...asyik2 ayam je...




SA beli 6 ekor...nauzubillah mahal harganya...


Masak 3 ekor je and potong 2


Bahan-bahan:
  1. Beberapa ekor Ikan Kembung disiang dan dicuci
  2. 3 biji bawang kecil dihiris
  3. 3 ulas bawang putih dihiris
  4. 1 bungkus kecil rempah ikan  Adabi dibancuh air menjadi paste
  5. 2 tangkai Daun kari
  6. 10 Kacang bendi (ikuat suka)
  7. Santan kotak ayam brand
  8. Garam secukupnya
  9. Gula sedikit
  10. Perasa sedikit






Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau dan pecah minyak
  2. Masukkan daun kari da kacau seketika. Kemudian masukkan rempah yang dibancuh dengan air. Tumis lama dengan api yang sederhana supaya rempah garing dan naik minyak.
  3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan santan dan air asam jawa. Kacau supaya kuah karinya cantik dan tidak berketul. Biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan ikan dan bendi.
  5. Masukkan garam, gula dan sedikit perasa.
  6. Matikan api dan hidangkan.



Dah siap!!!

Kalau tak disebabkan dah jemu masak lemak cili api dan masak asam pedas...tak jadi la kari ikan kembung ni...ini pun boleh buat makan bertambah ni sebab di lawankan dengan telur dadar dan jugak ikan masin goreng ke...nak plak kalau buat sambal belacan kan...Memang x fikir la diet ke laut ke apa...esok2 la plan diet...hahaha...best ikan kembung yang SA beli ni sebab dia ada telur gak...gemuk- gemuk dan banyak isi...buat laksa pun sedap ni....nanti la dah settle segala benda boleh la plan buat laksa plak....


15 comments:

  1. Kari dgn telur dadar & sambal belacan mmg ngam sangat kan SA.

    ReplyDelete
  2. Alahai siapa tu, toksik betul. Takpe, share je kat blog. Biasa komuniti blog ni positif.

    ReplyDelete
  3. Tak pe, Kak SA. Seronok je baca update tentang Dania dari Kak SA.

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak..lama saya tak masak menu ni

    ReplyDelete
  5. Waa.. sedapnya.. ikan kembung kalau goreng begitu saja pun dah cukup sedap.

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Sedap.. pastu tambah sambal belacan dnegan kicap.. Asyik.. hehehe..
    Sesekali kena tukar masak ikan juga kan kak.. Asyik ayam je, jemu juga..

    ReplyDelete
  7. eh eh...blog kite, ikut suka kita la nak tulis pasal apa.
    kalu x suka swipe jer.. kann
    as usual..dappdap..untung uncle dapat ni... kenyang perut senang hati

    ReplyDelete
  8. Kat Kedah memang fofuler ikan kembong masak kari ni SA...tapi depa panggil "ikan temenung"..
    Kalau pi Kedah cari "gulai temenung" banyak la kat sana..Sarapan pagipun ada menu nasi putih gulai temenung..tak tau pasai pa panggil ikan temenung..hihihi

    ReplyDelete
  9. Abaikan yang toksik. Kita cerita perihal anak dan keluarga agar jadi memori yang kita boleh simpan dan kenang.

    ReplyDelete
  10. ajak sekali yang tak suka tu jadi blogger kak..haha
    3ekor lg goreng lawan pula dengan sambal belacan mau makan bertambah2 ni

    ReplyDelete
  11. Memang mahal harga ikan ye SA. Tak apalah, nampak ikan itu pun fresh. Sedap sangat tu masak kari campur bendi.

    ReplyDelete
  12. yeee, semalam pergi beli ikan kembung..yang saiz kecik pun dah rm14 sekilo..aduhaii..kita ni da la tengah berjimat cermat sangat2..sedap kari ikan kembung letak bendi, saya suka juga masak gini..

    ReplyDelete
  13. mulut orang mmg payah dikatup SA...lantakkan aje.

    ammi kalau masak kari ikan kecik camni ammi prefer goreng2 manja biar ikan tu kental sikit...kalau tak nampak terpacak2 je tulang dia. ngeri rasa

    ReplyDelete
  14. sekarang ikan ni dah jadi lauk kayangan kan kak.. mahal bebenor

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah