Assalamualaikum...
Lupa plak nak up citer yang ni...ni menu lauk pauk additional masa hari bertunang...tapi masak lauk ni petang Jumaat ke malam Jumaat macam tu...ini memang lauk favourite family SA...malah satu keturunan SA...tiap kali kenduri memang buat masak tempoyak daun kayu ni...daun pun bukan pucuk ubi semata ye...macam- mcam jenis daun yang SA x kenal...ikutkan resepi asal kena cari 99 jenis pucuk daun..tapi dalam pekan ni mana nak jumpa kan...kalau yang jual kat kedai tu for sure pucuk ubi semata itupun di hiris kasar...Mak Pah sikit tak berkenan kalau kitorang hiris kasar..kena hiris halus- halus macam hiris bunga rampai....
Masa buat ni yang susun daun Mak Pah...yang hiris SA....dan jugak anik bongsu...nangis oiii....kena hiris halus ye....nanti tengok gambar yang hiris halus tu...xde la halus sangat macam buat bunga rampai...kia halus la jugak tu...x halus kena marah...so petuanya pisau kena betul- betul tajam...half way SA menghiris terus keluar pi hantar adik SA pi office dia ada dinner...hahaha....balik- balik tengok dah siap nak masak dah...eh...hahahahaha....
pucuk ubi yang Pak Zain tanam
Daun Kadok
Serai
Daun kunyit
x tau pucuk apa
ni lagi la tak tau
kena halus2 ye...yang nampak kasar tu maafkan aje la...penat la nak buat halus2...hahaha
Adik ipar SA tolong mak masak...tolong kacau sebagainya la
Dah siap...jangan lupa petai ye...petai dalam 8 ikat rasanya...petai, ikan bilis kena banyak dan sama banyak dengan tempoyak
Menu ni la yang habis dulu...
Nasib ada simpan sikit untuk bekalkan pada adik badik dan rombongan Johor...rata- rata semua suka..semua puji lauk catering sedap dan lauk masak tempoyak ni pun sedap...senyum lebar Mak Pah...dia kalau mana- mana kenduri adik badik memang biasa bagi lauk ni...sebab tu la ini lauk speciality dia..dia bleh tau apa bahan yang cukup atau tak cukup kalau pi kenduri lain yang ada lauk ni...dulu ada je yang tempah kata Mak Pah..tapi sejak dia dah x kuat ni...dia x amik dah...tapi ilmunya diturunkan pada anak- anak..SA masih failed masak ni...kena belajar dan focus lagi...
Sedapnya..kalau jumpa memang makan ratah hihihi
ReplyDeleteSedapnya masak tempoyak daun kayu. tapi klu nak masak sendiri ni kena pakai food processor baru tak leceh nak menghiris pucuk kayu ni huhu...
ReplyDeletesedapnya..cuti 3hari hrtu tringin juga nak buat masak tempoyak daun kayu tapi asyik keluar bjalan mana nak masaknya
ReplyDeletecari jugak lauk ni hari tu but dah abis kot.. he he.. but lauk yg hari tu pun sedap..panas2 lagi dpt makan.. alhamdulillah
ReplyDeleteLauk kegemaran saya juga, kalau jumpa di kedai makan mesti ambil. Nak buat sendiri tak reti hehe
ReplyDeleteUii sedapnyaaa lahaii... nak gak try buat laa..
ReplyDeleteEh tunangannya orang Johor ke?
Arwah Ibu dah takde ni, tak dapat makan dah lauk ni. Kalau tak macam mak pah juga la, setiap kali kenduri mesti ada lauk ni.
ReplyDeleteambil la resipinya SA, nanti boleh ajar kami hehe
ReplyDeleterugi la ammi camni...ammi tak reti makan tempoyak
ReplyDeleteruginya kalau tak diturunkan pada anak cucu.. boleh meniaga ni bila pencen nanti
ReplyDeleteSedapnya tempoyak daun kayu.Kat rumah saya @ Kedah banyak aneka dedaun ulam..tapi time balik Kedah tak teringat la pulak nak masak lauk ni...aduiii...ngences
ReplyDeletemacam rumit nak memasaknya. saya suka je makan lauk macam ni tapi kalau pedas sangat terpaksa tolak.
ReplyDeletesedappp! Susah nak dapat. Kalau pergi restoran omak den, confirm ambil.
ReplyDeleteuishh,..sedap ni..mana nak jumpa kt kelantan ni..:)
ReplyDeleteBanyak prosedur nak masak menu ni rupanya.
ReplyDeleteMenu kesukaan saya ini.. Susah nak jumpa yang banyak bahan.. Selalu tu banyak daun ubi, daun lain kurang sangat sangat..
ReplyDeleteSukanya menu ni, akak pernah masak 2 kali je masa rajin dulu hehe.. sekarang kalau jumpa kat resto memang ambik menu ni.
ReplyDelete