Tuesday, December 20, 2022

Bila Wajib Tukar Minyak Masak

Assalamualaikum...

Hi korang...

Lama x share tips dapur kan...tengah scroll2 telegram nampak plak perkongsian ni...so SA share kat sini sebab tips ini memang berguna sangat untuk kita semua yang jenis selalu masak ni kan....SA selalunya dah guna 3 kali terus buang...Pak Zain lagi best...baru guna 2 kali dia terus buang...uiii...dah la minyak mahal sekarang....

Ikutkan minyak yang dah guna banyak kali memang x sesuai di guna lagi sebab akan menjejaskan kesihatan kan...tapi ada je kadang- kadang nampak gerai- gerai tepi jalan yang goreng2 tu...minyak dah hitam x tukar...nanti makanan tu jadi x berkhasiat..makanan fresh jadi dah x sedap dan x menarik rupa parasnya kan...



 

BILA WAJIB TUKAR MINYAK MASAK?

1. Warna minyak menjadi perang pekat.

2. Minyak berbau tengik

3. Warna makanan di goreng tak menarik.

4. Minyak jadi lebih likat

5. Asap banyak di hasilkan ketika di panaskan.

6. Rasa makanan yang di goreng tak sedap. 


So kena alert ye kawan-kawan..kalau untuk kegunaan di rumah..dah guna 3 kali boleh buang...tak pun kumpul dalam botol minyak terpakai dan jual semula..ada je orang beli minyak terpakai..x tau la diorang nak proses semula ke atau apa..SA kurang pasti plak bab tu...


15 comments:

  1. Saranan yang berguna. Saya pun sudah mengumpul 3 botol besar minyak masak terpakai. Tak tahu ke nak serahkan kepada siapa. Agaknya kalau letakkan di luar rumah boleh ke tak. Sebab setiap hari Sabtu merupakan pungutan bahan kitar semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba google kat area melaka tu ada x yang beli minyak masak terpakai...

      Delete
  2. TQ kakak cantik untuk tips yang ohsem ini..

    ReplyDelete
  3. Ayu pun memang 2-3 kali je. lebih memang tuang dlm botol utk dibuang jer

    ReplyDelete
  4. selalunya guna 2 kali je dah tak guna, lagilah kalau goreng ayam tepung kan minyak cepat kotor

    ReplyDelete
  5. Baca kat blog Puan Hazel...dia ada share tempat boleh hantar minyak masak terpakai di Putrajaya..sekilo kalau tak salah rm2.50..Berbaloi kalau bawa beberapa botol untuk dapatkan pulangan wang.

    ReplyDelete
  6. Baca kat blog Puan Hazel...dia ada share tempat boleh hantar minyak masak terpakai di Putrajaya..sekilo kalau tak salah rm2.50..Berbaloi kalau bawa beberapa botol untuk dapatkan pulangan wang.

    ReplyDelete
  7. bagus tips ni, memang kena praktikkan supaya kesihatan terjaga

    ReplyDelete
  8. Betul SA, 3 dan 6 itu selalu Kak Amie perasan kalau makan ikan bolu goreng tanpa tulang di kedai makan.

    ReplyDelete
  9. haah biasanya saya pun pakai 3 kali, dah kena buang dah...sini ada orang yang beli minyak masak terpakai, boleh kumpul sampai sebotol dan jual..

    ReplyDelete
  10. Ya, kena alert benda ni supaya tak terjejas kesihatan masa dah tua nanti

    ReplyDelete
  11. ammi biasanya minyak utk gorengan pakai sekali je pastu dah tak guna utk menggoreng lagi dah...tapi simpan utk buat tumis2 sikit2 tu. lagi pun jarang kat rumah ni menggoreng2 sejak ada AF

    ReplyDelete
  12. cik nor klu nampak warna lain memang trus msk botol utk dijual semula.mhal harga jual minyak masak terpakai sekarang..:)

    ReplyDelete
  13. terbaiklah.... sy pun dok kumpul minyak

    ReplyDelete
  14. saya pun rajin tukar dan simpan yang lama kak.. sini ada gak orang beli

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah