Thursday, November 17, 2022

Lauk Dinner Malam Semalam

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni SA bersiaran dari office selepas MC 3 hari di landa tonsillitis, batuk dan demam kuat. Jangan risau SA bukan positive covid...sakit penghapus dosa kata orang..hehehe...sepanjang MC SA lalok dengan ubat- ubatan aje, badan pun tak kuat dibuatnya...dari seorang yang lasak SA terbaring je...semalam la dapat masak lauk tengahari...tak amik gambar plak...tapi dinner malam semalam adik SA ada datang rumah satu family...so SA masak la satu lauk...lepas tu dia masak terung goreng berlada dan telur dadar...

Sedap skit la makan malam semalam sebab ramai kat rumah kan...melayan celoteh si Aydan tu buat SA rasa sihat skit...dalam pada sihat yang bukan sepenuhnya SA masuk jugak kerja hari ni...malas nak tambah-tambah MC. Bulan depan dah la akan banyak cuti...nasib cuti masih ada 11 hari lagi...

Jom tengok gambar...


Terung goreng berlada


Telur dadar


Daging cincang masak lemak cili api campur kentang


Gigih masak malam tadi...

Sambil masak sambil borak ngan si Lissa...macam- macam yang kami borakkan...pukul 10 lebih baru dia balik...

15 comments:

  1. perut tengah lapar nampak lauk SA plk huhu terliur habis la

    ReplyDelete
  2. dlu tk mkn menu terung tp kalo buat berlado or goreng celup tepung mkn

    ReplyDelete
  3. Terung tu mmg fav sy.. dr hari isnin plan nk buat tp mak asik bg lauk je utk dinner so mlm balik umh x masak

    ReplyDelete
  4. Masyaallah.. dalam tak sihat pun boleh masak lemak daging tu.. sedapnya nengok.. Semoga cepat sembuh ya SA.

    ReplyDelete
  5. Saya suka betul terung berlada tu... terliur!

    ReplyDelete
  6. baru plan nak masak terung berlado gak ptg ni

    ReplyDelete
  7. tolo dadar memang menaikkan selera hhha

    ReplyDelete
  8. Menu daging cincang masak lemak cili api campur kentang tu yang menarik mata hehe

    ReplyDelete
  9. wah, ni balas dendam lepas baik demam ke? terliur tgk lauk2 tu.

    ReplyDelete
  10. Rasa nak gi cari terung jugak la ..🤭

    ReplyDelete
  11. sup tu sedap nampaknya.
    semlm aida buat sup ayam.
    set dgn kicap cili padi, SA.
    mengaum perginya :) ha ha ha ha alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. semoga cepat sembuh kak SA, kena sakit tonsil memang perit tekak

    ReplyDelete
  13. Gandingan lauk pauk yang menyelerakan. Pedas paling penting. hehe...Auto berselera bila makan ramai ramai. Semoga cepat baik kak. Aamiin...

    ReplyDelete
  14. Best dah lauk tu..malam-malam dapat hirup sup..memang wow la.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......