Saturday, November 19, 2022

Kami Dah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia

Assalamualaikum..

Seawal pagi SA dah temankan Mak Pah dan Pak Zain pergi mengundi di Kampung kami di Rantau NS. Ye kedua2nya memang mengundi di sana. Dalam hujan yang renyai-renyai kami sampai tengok..eh..x ramai orang la...agaknya sebab hujan kan...sebab tu ramai yang x keluar lagi...bagus la macam tu sebab xde la bersesak-sesak kan..dengan kes covid yang semakin naik ni...elok la mengundi time x ramai..

Lokasi mengundi memang x berubah. Macam biasa Mak Pah jadi tumpuan sebab berkerusi roda...usai SA dapatkan nombor saluran terus je tolak wheelchair ke saluran 2...masih sama saluran kedua-duanya dan memang sama dengan YAB Tokmat serta Datin..

Jom tengok gambar...





Pak Zain dan Dato Ghani...diorang ni sepupu..Dato Ghani ni adik Tokmat


Macam2  yang dibualkan setelah lama x jumpa


Dania tunjuk Tokmat kat depan..


Pak Zain pun pi sapa Tokmat macam biasa
.tgok la dua2 pegang tangan tu...lama x jumpa


SA pun amik peluang selfie..Tokmat tanya Along mengundi mana...SA cakap kat Seremban Jaya, dia suruh tukar alamat akan datang..undi kat kg katanya...x ramai dh anak muda kat kg..alaaaaa....kita baru nak elak...


Nasib Pak Zain bleh sekali masuk ngan Mak Pah...ada la yg uruskan...kalau xde pun ada je petugas. Tapi tahun ni macam x meriah je petugas x ramai


Sambil tunggu sambil selfie


Tokmat dah settle mengundi


Macam biasa la jadi tumpuan


SA jumpa plak makcik2 dan sepupu...SA blom mengundi so tayang mini love je la...


Seronok sesekali jumpa..


Bulan depan berkumpul ye kat rumah SA, Pak Zain dah jemput diorang awal2 dah tadi...


Ni Mak long SA nyer turn..kakak kepada Pak Zain




Pak Zain pun sampai...


Semua nak bergambar





Dah settle part Pak Zain dan Mak Pah mengundi terus kami balik ke Seremban semula...turn SA plak...dah la area SA mengundi tu jammed...


SA saluran 9...dah 2-3 kali SA ni mengundi kat sekolah yang sama


Boleh tahan panjang barisan..lenguh gak pinggang tunggu turn


Dh nak sampai turn dh


Selfie jap




Kat jalan2 memang meriah pelbagai warna...



Petugas kaunter : celop jari telunjuk sebelah kiri
Me : okey done..(sambil tunjuk jari)
Petugas kaunter : blom....x terang..celop lagi..
Me : okey done...( tunjuk jari lagi)
Petugas kaunter : Kenapa warna x pekat ni..bak sini jari ( sambil dia celop cutton bud dan warnakan jari sis)
Me : dakwat ni x pekat kot...( xde insuran mulut ni)
Petugas kaunter : jari awak ada inai lain..baru kawen ke..( sambil dia bagi kertas undi)
Me : haha...( itu je kuar)

Sememeh jari sis tau...dh 2 kali celop dakwat x.lekat bukan la salah sis kan...🤭🤭





Dah settle  mengundi...dah settle memilih..siapa yang diundi dan siapa yang dipilih biarlah kekal rahsia...yang SA bleh cakap calon area SA td semua cha ya nun alif..pangkah je mana berkenan...betul la kata Tokmat...kena tukar alamat kampung...calon kat kg lebih realistik...haha...

Selesai dah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..menang kalah tu adat bertanding..yang menang jalankan la tugas atau tanggungjawab sebaiknya seperti yang diamanahkan...

Kita tunggu keputusan malam ini...

Keputusan x rasmi macam Merah naik ni.....

7 comments:

  1. saya pun antar mak ayah balik kpg mngundi dulu tadi, pastu baru saya, kt town je. so far since ikut mengundi, tak pernah lagi beratur pjg. smooth je.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya. Sini pagi hujan, pukul 11 baru peegi

    ReplyDelete
  3. Pak Zain sepupu Tok Mat rupanya. Ingatkan semua mengundi sini. Seronok mengundi kat kg balik kampung dapat jumpa kawan-kawan dan sedara mara. Saya pun masih mengundi di kg. Senang jalan kaki depan rumah je dan tak ramai orang. Marilah kita menunggu keputusannya.

    ReplyDelete
  4. Penat tunggu PM10 tak muncul-muncul.

    ReplyDelete
  5. Sedih juga bila tahu peratus Melayu yang keluar mengundi sedikit.. huhuhu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......