Assalamualaikum...
Bosan 2 hari duduk rumah dan puas melayan Opick dan Tiya, semalam cuti SA keluar dengan Dania. Semalam Dania off day...memang dah plan nak keluar tengok wayang dengan dia...so ke Palm Mall la kami dihantar Pak Zain sebab grab mahal namati...dari rumah kami ke Palm Mall RM28...selalu dalam RM16 je...sudahnya Pak Zain cakap dia nak hantar..isi minyak dia je katanya...hehe...
Tengok wayang kami lebih nak santai-santai je... then lepas habis movie kami jenjalan dulu...pas tu makan kat Nando's..
Snap sekeping dlm panggung sebelum iklan
Sinopsis Talbis Iblis
Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin. Namun hakikatnya Mak Ju mempunyai agenda tersendiri dan menyebabkan Hajar dalam bahaya.
Review SA
Slow sikit la permulaan cerita...tidak dapat dinafikan filem seram ini tidak dapat lari daripada filem-filem seram lain yang menampilkan babak-babak seram klise yang boleh diramal atau diteka namun naskah ini masih mampu membawa satu pesona baru dimensi seram untuk penonton tempatan. Tidak perlu terlalu berceramah menggunakan ayat-ayat suci agama tetapi cukup dengan sepatah dua dialog yang berjaya membuatkan penonton sedar bahawa permainan syaitan dalam memperdayakan manusia bukan sekadar gurauan dan kebijaksanaan memperdaya manusia yang terlalu tamak .
Pelakon utamanya iaitu Azira Shafinaz dan Nasha Aziz. Lakonan mereka sememangnya cukup berkesan kerana berjaya membawakan aura yang sangat bertepatan dengan karakter masing-masing. Berbeza dengan lakonan Zul Ariffin yang lebih kepada mimik wajah kerana kekurangan dialog dan kelihatan kurang diuji di dalam filem ini.
Eh x nak jadi spoiler...korang tengok la citer ni nanti ye ..SA rasa tau sebab apa yang diharamkan filem ni ditayangkan di Brunei. Banyak amalan syirik diperlihatkan especially bab lenggang perut dan mungkin ada mantera yang diguna pakai...
Untuk filem ni SA bagi 3 ⭐⭐⭐
Okey jumpa lagi next entry...hari ni SA busy dengan assist level kayangan punya meeting . Last minute kena terlibat assist bab lunch kat Hilton .Nasib depa suruh join lunch sekali nanti..haha....
Alamakk nk tgk citer seram ni mcm pk 2 3 kali haahaa.. Sejak dah tua2 ni cam x lalu plak bk tgk citer seram heheh
ReplyDeletemasa dia lenggang perut tu macam wow pakai tendang kelapa je boleh tahu. Dia siap tahu baby dalam perut tu cacat
ReplyDeleteazira syafinaz ke berlakon? minat azira ni.. nnt tgu astro je lah br tgk.. hehe
ReplyDeleteseram nak tengok cerita ni..riso teringat-ingat..sat gi nak pi toilet pun tatut..hehe...
ReplyDeleteTeringat kalau zaman kanak-kanak tahun 80-an...watak mak bidan yang seram ni selalu dibawakan oleh dramatis Rokiah Shafie...
ReplyDeleteKita dah lama tak makan nando's. Jumaat tuari konon macam nak pi tengok Talbis ni, tapi tak jadi sebab takut tak best dan malas nak keluar pagi. Kita kan suka tengok sebelum kul 12, murah sikit harga tiket, hehehe.Terus rasa bersyukur tak pergi tengok bila baca rv SA kat fb.
ReplyDeletenak tengok tapi takut. hehe. Watak bidan 'membela' ni memang klise, depends pada pengarah nak olah macamana
ReplyDeleteAhhaaa.. tiga bintang yea. seram seram suam terkejut mesti ada
ReplyDeleteSaya tak boleh filem seram jadi tak enjoy unless tengok dekat rumah bebas sikit nak lari
ReplyDeletecerita seram memang tak rasa nak tengok tapi kena fikir dua kali sebab ada abg zul hihi
ReplyDeleteGrab memang mahal sekarang ni kan. Beza dengan harga sebelum ni. Masing masing off dapatlah tengok wayang sama². Haritu tengok Tayangan Perdana filem ni macam seram.
ReplyDeletemacam best..blh ;layan ni..:)
ReplyDeletemacam kagum dengan orang yang tengok cerita hantu dalam wayang sebab takde bantal nak tutup muka hahaha
ReplyDeleteSelamat menonton
ReplyDeleteBestnya dapat spend time dengan family.
ReplyDeleteNak tengok.. tapi kat wayang terdekat tempat sy, takdaa lagi haritu cite ni... Kalau tiga bintang, macam tak berapa menarik ek.. Hahahaa.. Egt nak try tgk.. kuo tayangan perdana kat Astro mcm terkejuttz2 tu
ReplyDelete