Thursday, October 6, 2022

Takkan Makan Buah Aje Kot ....

Assalamualaikum...

Sejak dah ada pisau sendiri kat work station ni...rajin SA bawak buah...potong sendiri je...x nak guna pisau pantry sebab tumpul...rosak rupa paras buah2 SA...x paham camne yang lain2 relax je potong buah sampai macam nak hancur dikerjakan...

Hari ni SA bawak buat pear dan orange lagi .itu je stok banyak kat rumah...hari tu tetamu istimewa bawak buah  tangan banyak plak...dari x bermakan better bawak pi opis and makan as a kudapan...



Buah pear...sedap...crunchy


Buah orange sebiji ..tengok potong ngan pisau tajam..cantik aje kan


Selfie makan buah hari ni...

 

Kenapa consume buah setiap hari?Makan buah memang baik untuk kesihatan tubuh badan kan..

  1. Mencegah penyakit 
  2. Meningkatkan daya tahan badan
  3. Sumber vitamin A, B6, C dan asid folat-folasin
  4. Kandungan Mineral ( kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium)
  5. Serat
Haa...itu la sebabnya..sekarang pun SA dh mula banyak makan sayur dan buah...kena pelbagaikan cara masakan sayur...rebus, celur, buat sup tanpa minyak dan kukus...sedap uiii...

Selain tu SA kan dah mula cut sugar, garam dan minyak...cuma semalam la cheating day sebab boss belanja makan sedap....hari ni kena start balik...roti pun dah tukar ke roti wholemeal semula...buat sandwich pun guna wholemeal...masam je muka Dania...x sedap katanya....

Yang x sedap tu la sihat kan?


13 comments:

  1. Macam mana buah tu nak masuk dalam mulut, nganga la sikit, hihi. Teringat dulu3, orang Johor kalau nak beli buah cam ni, kitorang pi beli kat Woodlands, hehehehe. Masa tu, manalah ada pasaraya macam skrg ni yg byk jual buah. Lagipun buah kat Spore murah2, duit kita ngan dia pun tak silap sama nilai.

    ReplyDelete
  2. beli pengasah pisau la kak biar tajam pisau dekat pantry heheheh. Yelah kan kalau pisau rasa tak feel nak potong apa-apa kan.

    ReplyDelete
  3. org istimewa yg bawak...walaupun buah tu dah kecut pun confirm masih sedap

    ReplyDelete
  4. Kak Sue pun suka makan buah, kat rumah Kak Sue memey harus kena ada buah..

    ReplyDelete
  5. wahh makan buah2 potong je dh mcm artis ., hehehe

    ReplyDelete
  6. kalau liez mmg potong selera nak makan buah yg hancur dek sebab pisau tumpul

    ReplyDelete
  7. Hati2 memotong buah
    jangan terpotong jari
    Darah tengah manis

    ReplyDelete
  8. Baca dulu komen kawan-kawan kat atas.....terhiburšŸ¤£

    ReplyDelete
  9. betul kak, kena fikir eat healthy dah ni.. saya ni bila tah nak mula hikhik

    ReplyDelete
  10. Bagus makan buah ni. Snek sedap dan sihat. Senang ada pisau tajam. Sakit hati juga kalau guna pisau tumpul.

    ReplyDelete
  11. Samalah kita, Kak SA. Saya pun dah mula banyakkan makan buah-buahan

    ReplyDelete
  12. sedap tu buah2 kak.. benda wajib gak ada kat rumah

    ReplyDelete
  13. haha..sabar dania..mmg yg tak sedap tu hat sihatnya..aunty pun suka makan roti wholemeal...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah