Tuesday, October 18, 2022

Resepi Sup Telur Chinese Style

Assalamualaikum..

Hi korang...

Aduhai semalam SA busy gilos la...syukur x sempat nak giler lagi ..hehe...balik kerja semalam SA sempat scroll FB and nampak orang share Sup Telur  Chinese Style ni..x tau nama betul dia apa..dh org tu cakap sup telur..ikut je la..well SA suka dan SA copy nak letak kat sini.. senang nanti nak rujuk...

Letak cendawan shiitake pun sedap ni kan.

Eh nak buat la nanti..

Kat bawah ni gambar2...sorry kalau buat korang terliur..sebab SA dh memang sedia terliur dh sebenarnya...filamen crab tu kalau dapat letak fresh crab kan best kan..confirm manis...







Resepi sup telur chinese style ❤️❤️

Resepi; bahan utama:

✓ Bawang putih (cincang halus)

✓ Halia (cincang halus)

✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)

✓ Filamen ketam (dihiris nipis)

✓ Telur ayam (dibancuh)

✓ Tepung jagung (dibancuh)


Kiub pati ayam tanpa MSG : https://shope.ee/LBgCIVAHI


Cara memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.

2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.

3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.

6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.


Kredit Zurina Zulkefli


14 comments:

  1. Eh nak try juga la nanti macam senang je nak buatnya

    ReplyDelete
  2. Dulu rajin buat , sekarang macam lama dah tak buat .. tegok ni terus rasa macam nak buat hahaha

    ReplyDelete
  3. nampak sedap.. kalau makan panas2 ni sure nyaman je...emmm

    ReplyDelete
  4. wah sedap nih kak, makan dengan roti ke mantau sedap kot kan

    ReplyDelete
  5. nak try jugaaaa. tengs share resipi

    ReplyDelete
  6. ohh begitu rupanya buat sup telur.. sy buat selalu tak menjadi

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  8. ammi pernah cuba tak jadi sarang telur tu... kalau teringin nak sup chinese style gini mmg pak incik ammi yg kena buat

    ReplyDelete
  9. nmpk simple, tapi mesti sedap dan lazatt nih., nyum2

    ReplyDelete
  10. Saya suka menu ni... Sedap chinese style punyaaa 👍👍

    ReplyDelete
  11. Fav VM ni, suka sangat buat ehehehhe

    ReplyDelete
  12. Sedap ni. Betul kata akak, dapat isi ketam betul tu lagi sedap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah