Friday, October 14, 2022

Program Bersama Majikan PPZ- MAIWP

Assalamualaikum...

Selamat petang korang....macam yg SA janjikan td...ni la program semalam...Program Mesra Majikan istimewa sempena Maulidur Rasul dengan tajuk Bukti Cinta Rasul.

Bukan setakat ceramah perdana je..tapi ada juga disedikan kaunter info zakat kepada yang nak buat Skim  potongan zakat bulanan PPZ- MAIWP.

Macam-macam skim ada semalam...ada yg perkenalkan beberapa Zakat seperti Zakat pendapatan, Zakat Harta, Zakat Emas, Zakat I-sinar, I-Citra dan macam-macam lagi la...

Sempat SA snap gambar kat bawah ni..bukan korang x kenal SA kan...moderaror untuk program ni Ustaz Mohd Dziyaulhak Hashim yg baju putih tu dan penceramah jemputan adalah Imam Muda Asyraf iaitu selebriti dakwah..













 

Alhamdulillah...

SA dh buat penambahan Zakat Pendapatan semalam...so akan berlaku penambahan potongan gaji untuk zakat nanti bermula bulan 11...kita semua sedia maklum kan zakat pendapatan adalah zakat yang dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan. Zakat dari segi bahasa maksudnya mensucikan, subur, berkembang. Banyak  pengertian yang dikembangkan daripada perkataan diatas, contohnya mensucikan harta, menyuburkan silaturrahin dan mengembangkan punca rezeki. 

Dari sefi istilahnya pula, zakat adalah mengeluarkan harta mengikut syarat yang ditentukan oleh syarak dengan kadar tertentu kepada golongan  tertentu.

Bila kita berzakat, kita keluarkan harta kita tapi in return kita akan dapat lebih daripada apa yang kita keluarkan. Ia menyuburkan harta kita menjadikannya lebih merimbun...gitu....

Hikmah zakat ni ada banyak, antaranya:-

  • Mensucikan harta benda kita
  • Meluaskan rezeki
  • Mengelakkan perasaan iri hati di kalangan mereka yang tak bernasib baik
  • Mewujudkan hubungan sesama insan melalui zakat
  • Memberi peluang golongan berada beribadah
  • Menyatukan umat Islam dalam hal ekonomi
  • dan banyak lagi.

Kita keluarkan zakat dari aset (zakat harta) yang kita miliki. 2.5% dari harta yang layak dizakatkan, yang dah cukup haul (genap setahun) dan nisab (kadar minimum harta yang layak dizakatkan –  bersamaan harga 85g emas).

Adakah zakat ini menyusahkan?

Tentulah tak kan...dia win win situation. Baik kepada penerima apatah lagi pemberi..

Betul tak?


3 comments:

  1. Bagus juga ada program ni. Lebih jelas, boleh bertanya dan bayar zakat ikut apa yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  2. bagus ada program macam ni kak.. sedarkan tanggungjawab kita

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah