Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua... SA nak share sikit perkongsian yang di share dari group whatsaap mengaji untuk pengetahuan kita semua.. insyaallah perkongsian untuk ke arah kebaikkan...
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
*Tegur Menegur*
Ada orang menegur orang lain tentang sesuatu perkara, padahal dirinya sendiri lebih banyak melakukan kesalahan itu.
Ada banyak perkara boleh diselesaikan dengan berbincang dengan cara baik tetapi ramai yang suka memilih ego sendiri.
Akibatnya hubungan menjadi retak dan musnah.
Alimnya seseorang bukan lah kerana amalan agamanya, tetapi sejauhmana beliau punyai ilmu dan faham tentang apa yang diamalkan.
Memang benar tidak dikira beriman seseorang itu sebelum dirinya diuji.
Seringkali kita melihat keburukan orang sebagai satu kesalahan, tetapi kita tidak sedar bahawa keburukan yang ada padanya adalah satu ujian yang Allah turunkan kepada kita untuk melihat apa tindakan kita terhadap situasi itu.
Apabila orang buat salah dengan kita, kita suka membalas dengan turut membuat tindakan yang salah.
Sedangkan sebelum ini hanya orang itu yang berdosa, tetapi kerana tindakan kita yang dipenuhi nafsu kemarahan, kita turut mendapat dosa.
Diwaktu kita senang, usahakan untuk membantu orang, diwaktu kita susah belum tentu orang akan membantu kita.
Maka, ikhlaskan diri dalam membantu orang lain, Jangan mengharapkan balasan baik dari manusia, kerana mereka juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.
Semoga bermanfaat..
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Berselawat Dalam Majlis*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ
Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya telah mencukupi sepanjang ia berada di majlis tersebut. (Sunan at-Tirmidzi No: 3468) Status: Hassan Sahih
Pengajaran:
1. Majlis yang diberkati, di dalamnya disertakan dengan kalimah Allah dan selawat ke atas Nabi SAW
2. Berselawat sekali apabila berada dalam satu majlis atau program mencukupi bermaksud sangat mudah untuk dilakukan tetapi memiliki pahala yang sangat besar termasuk keampunan.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr RA, ia berkata:
مَنْ صَلَّى عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِيْنَ صَلاَةً, فَلْيُقِلَّ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ.
“Barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW sekali sahaja, maka Allah dan para Malaikatnya akan berselawat kepadanya sebanyak tujuh puluh selawat, maka perbanyaklah seorang hamba dalam membacanya.” (Al-Musnad Imam Ahmad X/106-107 No. 6605) Status: Hadis Hasan
3. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya.
4. Memperbanyak selawat pada bila-bila masa amat digalakkan
Rahsia Kejayaan..
AHAD - al mulk
ISNIN - ad dukhan
SELASA - al hasyr
RABU - al waqiah
KHAMIS - yasin
JUMAAT - al kahfi
SABTU - as sajadah
SEBELUM TIDUR - al mulk
Jom sama-sama cipta kejayaan...amalkan membaca surah-surah tersebut.
terima kasih SA... tulah setiap apa yg kita buat cuba ikhlas. Cuba jangan harapkan pujian, balasan...
ReplyDeleteAlhamdulillah..perkongsian yang bagus...salam Jumaat penuh barokah
ReplyDeleteSalam Jumaat SA..
ReplyDeleteSalam jumaat
ReplyDeleteSemoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Terima kasih
salam jumaat kak, adab menegur sesama kita biar dengan cara sopan dan lembut bukan penuh sindiran
ReplyDeletealhamdulillah tq kak atas perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian dan peringatan ni kak :)
ReplyDeletePerkongsian yang baik. Marilah menuju kejayaan...
ReplyDeleteinsyaAllah tq share kak
ReplyDelete