Friday, September 16, 2022

Nasi Lemak Di Hari Malaysia

Assalamualaikum..

Hi korang...

Seronok tengok kawan-kawan pi jenjalan jauh2 cuti lama ni..tapi sendiri nak pi berjalan rasa macam alahai...x mampu nak hadap jammed nak hadap orang ramai....korang pi berjalan mana? SA lepak rumah je hari ni..mengemas apa yang patut .

Aktiviti pertama cuti Hari Malaysia..Balik kerja malam tadi Pak Zain cakap Mak Pah request nak nasi lemak..kacang xde..jam dh kul 9.45pm..pecut pi Zemart sebab anak dara kerja situ..sampai je Zemart dh tutup separuh...Pak Zain inform Dania tolong belikan kacang tanah..bahan lain ada kat rumah..maka jadi la nasi lemak pagi ni...kalau dapat sambal kerang sedap ni...

Masak seperiuk nasi lemak...dapat Dania bawak bekal pi keja...settle nasi lemak..lauknya banyak lagi...masak nasi biasa je..pas tu SA nak fikir masak apa plak untuk makan tengahari..perut kenyang lagi ni...



Sepinggan nasi lemak complete...


Nasi lemak ni Pak Zain yang masak


Sambal nasi lemak by Mak Pah

Telur rebus SA nyer kerja..suka masak macam ni


Up Ayam goreng panas-panas

Timun ni dari kebun Pak Zain kat hujung simpang tau ..timun jepun..


Kacang tanah dan ikan bilis goreng

 

Alhamdulillah...syukur rezeki di hari cuti ni....petang nanti ingat nak jalan pasar malam la..kalau x salah ada pasar malam kat Ampangan...

Lepas ni apa plak nak masak ni....

Selamat Hari Malaysia korang...

12 comments:

  1. sama la menu kita pg ni
    lepak rumah mkn nasi lemak sambil layan anak2 bulus he hee
    selamat hari MALAYSIA buat semua rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  2. kenapa ayam dia nampak mengiurkan sangat nii?

    ReplyDelete
  3. Cantik warna telur rebus tu..
    Kalau saya buat nasi lemak pagi..kira merangkap tengahari dah...🤣

    ReplyDelete
  4. Seronoknya masak sorang satu menu. Lagi cepat dapat makan :D
    Nanti SA up le cerita kebun Pak Zain tu... Teringin nak tengok. First time ni PH tengok hasil tanam sendiri timun Jepun tu 👍

    ReplyDelete
  5. Mengancam betul gambar nasi lemak SA ni. Selamat Hari Malaysia!

    ReplyDelete
  6. Wahhh kita suka la tgk rupa sambal nasi lemak mak pah tu.. Nmpk menyelerakan...!!

    ReplyDelete
  7. Sama menu sarapan nasi lemak, tapi kami makan di luar.

    ReplyDelete
  8. Meleleh air lio tenguk sambal mak pah

    ReplyDelete
  9. fuhhhh dapat ni memang nikmat!

    ReplyDelete
  10. One thing. Sambal tu nampak sedap okay.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah